Tuesday, March 29, 2011

"steam" ;)

Haii haiii..isteri askar kembali lapor diri =P

wahhh sejak suami balik tajuk diletak mcm gatal kann heeee welllll ;) ngeh ngeh aipppp betullah nak citer pasal dinner mlm td...kami anak banak p mkn kt johnny ber steamedlah mlm td :) mamy citer je lah ek tanpa gambar..mana cable pun haku tak tau mana dicampak..yelah pindah randah sana sini last2 cable henpon,camera semua gone! ~

baba rindu nak mkn celup2 ai ok je harraz? mkn nasi goreng belacan oklah selera dia dah ada pastu demam pun syukur alhamdulillah dah kebah..ow ya sebelum masuk johnny mamy dah tapau siap2 tarayoki kt sushi king's mak datokkk shedappppnya tarayoki nihhhh lembuttt gebuuuu nasib abg askar tak suka jadi mamy makan sorang heheee lagi satu,green tea kt sushi king sedappppnya! sambil dok tunggu taroyaki siap adik kt situ bglah minum free siap refil bagai sementara nak tgg yg mamy order tu siap..dah ajak baba mkn situ..dia ckp ok nnt dia temankan mamy :) heee susahlah tekak tak sama nih...kami berdua memang berlainan selera =P

cepat je masa berlalu kan ni dah 3 hari baba kt rmh hadoii tak sanggup fikir kan 21/4 ni lagi sekali kena dok berjauhan..ohhhh ok ok biarkan je masa berlalu dgn tenang :)

line internet ni lajulah pulak..kalau tidak nak open blog pun tak boleh...ni siap boleh updated lg..tu yg boleh updated blog ;) kan best line lajuuuu je senang keje haku nak catit diari =P

ok nak siap2 p cari mkn =P dapur cam biasalah nak jimatkan gas padahal tak reti masak =P
daaaaaa sampai bertemu lagik ;)

Monday, March 28, 2011

3.58am ;)

Misi tak bertauliah lapor diri =P


Alhamdulillah suami tercinta sudah selamat sampai dlm tghhari smlm :) mamy yg amik abg askar tu kt klia punyalah debar2 last2 jumpa dia selamberrr je :P biasalah kata askar kannn *poyo* tu lebih ngeh ngeh


buat apa subuh2 hening ni ya *ehem* opsss jgn fikir bukan2 k baca tak ayat first kt atas tu hehhhehe ok mlm ni mamy jadi misi jaga anak bujang tetiba demam :( terkejut jumpa baba kot..alahaiii sian anak busyuk manja ni..sudahnya kami suami isteri take turn berjaga utk pantau suhu harraz..ni giliran mamy berjaga jadi curi2 updated blog ;)

agak panas suhu dia mamy sgt susah hati :( dah lah ubat takmo mkn cool fever takmo lekat...Ya Allah susahnya budak kecik ni nak makan ubat...kalau ubat masuk mungkin taklah panas sgt suhu badan dia...ni langsung takmo mkn ubat! ubat masuk kt bontot tu ada kt rmh mak..takkan subuh2 ni nak berangkut p rmh mak...pastu bincang2 dgn suami kami trylah alternatif lain utk kurangkan suhu harraz..dgn jelungkan kepala dia dgn air asam jawa dicampur beras..

...sambil pasang cd lagu katon dan mamy nyanyi pujuk2 nak jelung kepala dia =P hadoiiii dah besar ni demand bukan main k! alhamdulillah dlm sejam ni suhu badan dia beransur turun...dan skrg ni abg askar dan anak askar tgh tido lena dan mak askar cepat2 gedik lapor diri =P

doakan anak mamy cepat sembuh ya...nnt boleh kami pegi holiday dgn riang gembira ;)

Thursday, March 24, 2011

Selamat dtg Jumaat :)

Selamat Sejahtera :)

Lama tak updated..sbb pertama~ sikiiiittt bizi mcm lipas okey nak siapkan apa yg patut pastu kejar2 supplier ada yg pending2 ni nak settlekan cepat2 next week kan mamy dah start cuti ~ hadoii sgt letih ..

sbb kedua ~ tak de citer best nak updated hehheh..kalau ada citer best tu laju2 lah di share2 kt sini pastu syok je ada tindak balas komen dr kwn2 blog ;) ok takpe nextweek mamy ber holiday bolehlah kumpul citer best2 sikit nak boh kat sini... tu pun kalau jadi nak p holiday =P tp taklah terus2 updated sbb waktu bercuti kali ni mamy nak lapangkan minda..dah buat janji dgn suami kualiti masa kali ni hanya nak luangkan utk anak :)

baju2 yg kt rmh mak dah pun mamy packing utk di bwk balk ke rmh sendiri :) hmm home sweet home sgt rindu rmh sendiri :) suami cuti sebulan pastu ada baki dlm 3bulan misi kt Lebanon tu ~cepatlah masa berlalu sbb mamy tak suka kehidupan berasingan begini T_T "abg pun sama kan?" =P

ow ya mamy dah stanby baju baru utk p bercuti overkan? takpelah  stanby lah awal2 nnt kan nak bergambar ;) ni tgh berkira nak p ikano kt brand outlet..hari tu dah berkenan shawl kt situ... 3 pcs rm 50 corak lawaaaa sgt! ok tak pe berangan dulu ;) gaji sendiri tak tau dpt bape hb tp gaji suami dah kuar =P curik sikit amik buat beli shawl takpe kot kan =P

ok kwn2 blog yg mana singgah sini pastu tgk blog mamy tak updated bukan mamy bersara k =P mamy hanya bercuti  dlm 2 minggu begitu :) nnt ada masa mamy tetap p lawat blog2 kwn semua dan klik2 apa yg patut :D

bubbaiii semuaa :)

yg benar;
mamyharraz hatinya sedang girang gembira :)

Monday, March 21, 2011

Dimana belon panas?

Pagi semua :)

Jumaat lepas kan mamy p site ofis,jadi dr situ tahu lah kt Putrajaya ada Pesta belon panas..kebetulan pulak company {BGB} ada sports dragon boat kt tasik Putrajaya Sabtu tu..apalagi diskus2 dgn kwn nak bawak anak masing2 lah ke Putrajaya :) alaaa plan2 gitu je tak lah serius =P

Sabtu tu ofis memang on..,tp staff dibagi kelonggaran sapa2 yg tak mo masuk ofis wajib pegi tgk dragon boat kt Tasik nun....bukan sambung tido kt rmh ya ;) ok jadi apa2 citer pun mamy kena masuk ofis sbb ahkak kan buta jalan =P kang bukan sampai Putrajaya silap2 sampai ke Johor Bahru *over* hehe tp itulah hakikatnya T______T start je enjin tak pernah sampai on time...mesti sesat barat baru jumpa tempat T_T ~ ohhh sy perlukan gps ^_^

Ok, jadi pagi tu masuk ofis jap dlm jam 12 lebih baru bergerak tuju ke Putrajaya :)

 Org KL kalau masuk Putrajaya memang jakun T_T kalau boleh semua ceruk nak amik gambar =P
 Backgrond tak cantik =P tp sebelum berpeluh baiklah amik pic dulu dgn anak bujang ni haaaa
kami kt kaw.ekspo ~betul kan tempat begini dipanggil ekspo.. jalan kt situ lecak jadi budak gemok ni nak berdukung je pastu jln tu ada batu2 kecik tajam pulak tu, mamy yg tua ni pun terpeleot2 T_T letih haku dah lah cuaca masa tu terikkkk *bayangkanlah* tp tetap hepi ^___^
 jejak2 je melambak mainan depan mata apalagi budak ni rambang mata nak itu nak ini =P
tengoklah muka tak puas hati dia =P tp harraz memang good boy mamy ckp kt dia pilih hanya SATU! dia dengar ckp mamy ^_^ hehhhehh mcm kejam kan? tp kena buat syarat begitu dr awal dr harraz baby2 lg mamy dah warning =P sbb mamy tak sanggup anak berenjat2 badan bila dia tak dpt sesuatu ;)
 Masa nak balik tu hlikopter mendarat kt depan bangunan MOF cepat2 dia senyum sbb ingat mamy nak bwk dia naik heli tu =P
Harraz nak naik siap buat drama "babaaaaaa tunggu jgn tinggal kakalllllllll huwaaaa!!"
kelakar okeh =P sori harraz mamy tergelak2 masa pujuk awk ;) okey memang sikit sedih sbb harraz sangka baba dia ada dlm heli tu tp ampunnnn mamy memang tak boleh tahan gelak T_T  yelah camner dia boleh imagine baba ada dlm helikopter tu? "abg cepatlah pulang anak u rindu sgt sgt sgt sgt okey" T_T
last entry muka tak puas hati anak seorang tentera darat =P heheee
Belon panas tak kunjung tiba =P jadi tak dptlah Harraz tgk belon ke udara petang tu...rupanya ada masa2 tertentu belon tu naik ke udara..ok takpelah lain kali mamy bawak kesini lagi ya anak ^_^


sabar ya anakku nnt kita naik Belon balik ke Sabah hehehhh ;)

Sunday, March 20, 2011

Putrajaya 5G2 Site Office

Khamis lepas pagi2 boss bgtau soh stanby p site ofis kat Putrajaya hari Jumaat.

Emosi bila dpt arahan adalah *bengang* =P tp bila relax, bertenang fikir2 balik best jugak sesekali jln2 site ;) yelah org HQ kan mengada sikit tak boleh kena panas heee
4 org diarahkan ke sana utk selesaikan masalah yg timbul :) heee ayat kami ni mcm teror kan? tp itulah hakikatnya =P bila benda dah kelam kabut org HQ lah yg dtg selesaikan masalah..sebut je soh inspections? bolehhhh soh kira2? pun bolehhhh ;)
 Ada mcm arkitek tak? ngehngeh arkitek ni sudah bersedia mulakan tugasan bersama 3 lagi arkitek terlatih ;)
sebelum tu kenalah kaji dulu apa masalahnya kan baru boleh mulakan keje yg dah bercampuk aduk nih T____T
 Ok sgt penat!nak studi balik nombor2 bangunan pastu tower yg mana satu haiyooooo sgt stress!
heheee drama kena lebeyyy ;) tp apapun dpt di atasi ya lagi2 dpt lunch yg sgt mengenyang kan :)

mamy teringin nak makan kt Saba tp bila tanya budak2 site depa tak tau :( info yg mamy tau retoran tu ada kt Putrajaya tp ceruk mana tak tau T____T habis nak soh kwn bawak camner? dah lokasi pun haku tak tau.. last2 p mkn kt cyberjaya...yg best tu tak dpt mkn restoran arab tp mamy dptlah lepaskan kempunan minum barbican kt situ ^___^

ow ya sebelum mamy bercuti ni ...mungkin akan kesini lagi...masa tu nak jugak ke saba restoran tu hopefully lah :))
 Kak liza {baju kotak} memang teror ^___^ sekejap je masalah yg serabut dpt diselesaikan :) teratur je dia punya planning keje..apa patut buat,yg mana dulu patut di dahulukan :))) memang bestlah dpt partner yg bekerjasama ;) kak sherry,chris,kak liza anda semua memang best!!

Harap2 depa pun selesa dgn mamy :D
 Berlatar belakang projek Bina Goodyear paling mahal setakat ni yg berharga 450Juta! ;) ada dua tower sebelah Pelancongan Malaysia , dan satu lagi Kesenian dan Kebudayaan :) ni terletak kat Presint 5 betul2 sebelah Pullman :)

Buat masa sekarang projek Bina Goodyear ada 2 sedang on kt Putrajaya lagi satu dekat Presint 2 :)
dan projek Bina Goodyear dah pun berjaya siap adalah POJ..alaaa mahkamah tuuuuu ;) heeee bila tgk projek2 dah berjaya disiapkan *sgt bangga*  ;) ehemmmm ehemmm bonus this year kasi lebih ya ;)
Inilah bangunan Projek ofis mamy dr jauh..
Seni bina memang halus siap ada tombak keris bagai...sgt cantik! hari tu tak sempat nak round2 dlm bangunan tu sbb hari hujan...takpe next day mamy pegi mesti nak amik pic kt dlm bangunan :)

Next entry pun citer pasal Putrajaya ;)

Wednesday, March 16, 2011

Monster ku ;)

Nak citer kisah monster mamy ;)

kejap je nak masuk 3 tahun.. mei ni genaplah umur budak busuk ni ^^
lambat dpt kaki..umur setahun tiga bulan baru hegeh2 nak berjln..
tak de tatih2 bangun terus berlariiii jer =P pelik haku bukan dia reti jln slow2 tp dia BERLARI! heee

lahir2 badan dia memang dah bobok k, sgt hantap jadi mamy sgt pelik bila dukung anak org lain ringan mcm kapas =P sbb anak sendiri sgt gebuuu heee alhamdulillah harraz tak banyak ragam..kenyang perut dia ok lah..tp jgn lapar mengamuk okey T_T tskk perangai sebijik mcm mamy =P dulu mamy kuat tido tp sejak monster hadir dah kurang dah tabiat tu yelah nak tido camner kalau mlm2 bangun menyusu sampai 4-5 kali T_T tapiii sikit pun mamy tak rasa terbeban ;) skrg kurang dah dia bangun tgh mlm nak susu..hmm mamy pulak rindu nak buat rutin time monster baby :)

sekarang ni mulut dia masyaallah pot pettt pot pettt 24 jam!
tido je dia berenti berckp T_T
liat nak mandi T_T gerammm je smlm nenek mandikan meraung mcm kena cubit =P
dah siap dia dtg kt mamy nak pakaikan dia baju pastu tanya dia kenapa dia nangis
"kenapa kakal nangis?"
dia jwp
"nenek tu lepuk kakal habis bocor badan kakal" ~ huaaaaa sambung nangis =P

kadang2 mamy geram tercuit dia~ dia marah okeh =P
pastu dia ckp "mamy ni knp tolak kakal?habislah badan kakal koyak" hehe

mak citer smlm ;
jiran hujung nampak harraz jln sorang2 pastu jiran tu tanya "mana nenek?"
harraz jwp ~ "tu... nenek jln mcm raksasa nampak?" T_T suka2 dia ckp nenek mcm raksasa T_T

dia suka ganti nama dia sbg 'kakal' singkatan haikal kot ^__^
tp kadang2 bahasakan diri dia harraz :)

dah kenal nama2 family heeee nenek yg ajar =P
mamy nama hati  ~sepatutnya Norhayati =P
baba nama usop ~sepatutnya Yusof
nenek nama eha ~tak reti sebut Zaleha
atok nama beri ~ keh keh sepatutnya Sabri =P
cikngah nama za ~ tak reti sebut Norhaniza panjang sgt =P
acu nama amir ~ oklah yg ni sbb nama acu Azmir ^____^

last nama ni dia reti sebut penuh =P
kucing nama KINTAN heheee yg ni dia boleh sebut penuh =P
tak de citer best nak share..sbb tu create citer ni pagi2 ni hehee ;)
ohhh misss sgt2 dgn budak busyuk ni

Monday, March 14, 2011

borak ;)

Selamat pagi :)

takde citer nak share..jd takde pic =P tp ada rasa nak share..kita borak2 lah k ;) hati mamy tgh debar2 ni sebab? hee leave form dah pun diisi jap lg boss tgk konfem terkejut panjang okeh cuti mamy apply kali ni :)
plan nak pegi bercuti tu memang ada tp tak tau lah jadi ke tak...sebab suami balik mesti dia nak rest kannn so mamy taklah nak desak2 sgt pasal percutian tu...asalkan dpt luangkan masa together with my family dah besar rahmat mamy rasakan ;)

line internet kt rmh sgtlah slow..dah bayar lg slow.. lambat bayar laju lah pulak..tp takkan tak nak bayar..kang laju semacam tetiba kena cut menangis terus tak dpt online =P bila dah bayar makinnnnnnn slow! nak loading satu page pun 1/2 jam T_T sbb tu nak dekat sebulan mamy tak bukak fb blog kalau kt rmh..habis tu kalau bukak fb header fb je kuar...camner tu? nak bukak blog lagi menangis T_T nak sign in pun tak boleh :( makanya line internet  kt rmh hanya mamy gunakan utk be YM dgn suami ni pun nasib boleh on YM kalau tidak nak jer haku bakoooo =P skype langsung tak boleh okey ohh sedih! ok takpe suami balik sini nnt mamy tukar line internet lain!

banyak tag mamy tak buat lagi  =P ampunnn ya kwn2, ok nnt senang2 mamy buat sbb sejak2 ni biziiiii sgt hidup ni ^__^ heeee ni pun taip2 sambil buat keje taip buat keje taip buat keje kesian kannnn ;) ok takpe..tak kisah banyak keje pun mamy sentiasa redha huuhuuu ^_^

ok nanti ada citer best mamy boh pic sambil citer2 ya ;) ni nak sambung buat keje jap :)

*************************************************************************

dah publish tp nak edit sikit =P
baru teringat...ok begini, 15/4 ni blog  mamy genap setahun :) dgn itu dengan ikhlas hati mamy mau share gembira dgn kwn2 yg telah mamy pilih utk diberi surviner yg tak seberapa ;) dann sudah pun mamy pilih atas sebab2 dan atas pilihan hati mamy sendiri :) yg paling penting kwn2 blog yg mamy pilih ni selalu ada dekat dgn mamy waktu mamy cuba mengadu dan share cerita :)

yg tak terpilih tu jgnlah kecik hati...sebab asalnya nak gak try buat contest tp tak reti =P
jadi mamy deside pilih secara rawak melalui komen saja boleh kannnn ;) follower mamy pun dah bertambah suka tauuu ^_____^  sekurangnya ada tindak balas sejak mula mamy ber blogging :)

ok nnt dah genap2 setahun  blog mamyharraz..baru mamy umumkan siapa yg mamy pilih ituuuu ;)

Sunday, March 13, 2011

Hujung minggu...

As Salam :)
entry laju2 sbb mood mamy mcm blur :(
terasa... sgt.. berita tsunami..gempa tu semua hmm mcmmana nak explain ya..
tp..yg nyata mamy memang susah hati :(
Ya Allah moga Kau satukan keluargaku semula seperti sediakala..sebelum apa2 perkara buruk terjadi...

ok ok..kena think positive,....
think positive
positive
positive!!!!

hujung minggu hari tu jalan2 dgn anak bujang :)
dah besar anak mamy...tak banyak ragam senang sgt mamy handle :)
jln2 kt Jaya Jusco Kepong...makan2 pastu sempatlah beli selai baju utk diri sendiri ;)
tu pun sale 70% heeee murah giler...kaler hijau ;)
mkn kt chicken rice shop
banyak kakal makan sukaaa mamy tauu..
harraz kena makan banyak..sebab banyak tenaga nak guna heee
pastu dah puas round2..
bwk harraz mkn roti bakar pulak kt old town :)
mamy minum cendol gula melaka sedappppnyaaa
saja pilih dok depan pintu :)
time jln2 kesini hati mamy risauuuu sgt fikirkan keadaan baba kt Lebanon..
yelah berita tsunami tu cukup ngeri...text msj kt baba...Alhamdulillah lepas mamy text mesej..terus baba call bgtau keadaan sana baik2 saja...sana baru turun salji..dia pesan jgn stress atau bimbang sgt...fikir positive dan buat2 biasa saja..berdoa banyak2 dan selebihnya biar Allah yg tentukan..
Ya Allah...hanya Kau yg tahu apa yg berlegar dlm fikiranku saat ini :(

semalam 13/3 hari jadi adik lelaki mamy :)
tak celebrate apa2 pun cuma belikan dia kek coklat kegemaran dia :)
tak dan mamy nak snap pic harraz dah kecoh nak mkn kek nih =P
apa pun Happy Birthday abg,keje baik2 cari makwe lawa dr along & angah eks =P


ok mamy nak settle kan keje dulu ;)
daaaaaa

Thursday, March 10, 2011

sgt bizi T_T

Selamat Tengahhari :)
minggu ni memang bizi bizi biziiiii *over* heee
minggu ni jugak asyik balik lewat T__T
pastu hari2 mengadap jem kt ldp >_<
geram gerammm kenapa ldp hari2 jem?

hujung bulan ni mamy nak amik cuti
pastu pertengahan bulan 4 pun nak amik cuti panjang ^___^
sbb tu kenalah settlekan apa yg pending dan apa yg patut mulai skrg ;)

ok, takpe... bizi camner pun masih sempat menyibuk kt blog2 kwn ^__^
masih sempat on FB dan masih sempat cit cat kt ym ^___^ heee
Jumaat sapa yg lunch panjang tu mesti besttt kann
ofis mamy cam biasa je...lunch tetap satu jam T__T

hari tu mkn kek durian durian kt secret...dapppppnya
tp jarang dpt sbb tiap kali p secret durian durian mesti tak de..
sbb tu hari tu pegi asalnya nak beli perisa lain..nampak je durian durian terus *tukar fikiran* =P
heee sudahnya mamy yg mkn sorang2 =P harraz tak suka ;)
kalau perisa cokelat lajuuu je dia mkn...ok lain kali mamy beli perisa cokelat ya =P

aduhhhh tgk balik kek ni terasa maukkkk mkn lagiiii

Wednesday, March 9, 2011

makan pizza :)

Hari kejadian Jumaat lepas ;)
pagi2 dah kecoh sbb dpt email bgtau tournament bukan 13hb!
tp keesoknya 5hb ~sabtu 
 mak2 terdiva yg tak penah ada sport shoe,suar sport,stokin bl bla sgt2 gelabah okeh =P
jadi ramai2lah p giant kelana jaya cari apa yg patut utk dipakai ~
haiii company ni pun satu kami dah tua2 ni baru nak ada kan tournament T____T

yang hebat tu tanpa trainning! tetiba masuk tournament =P
ohhhh sgt kelakar kami dlm court masa game tu on heee
kami dah debar2 giler pastu siap janji2 jgn gelak2 masa tampar bola!kena fokus!buat2 mcm pemain yg profesional =P jgn tunjukkan yg kita tak reti main ~ ni mamy yg pesan kt team sendiri :)
tapiiiii bila tiba game on haku yg gelak lebey2! camner tu T______________T

mana tak gelak terhegeh2 kejar bola nak tampar tak dpt! pastu pengadil tu dok pripppp pripppp
bg arahan mamy & the team tak faham T_T
adoiii memang termengong2 dlm court tu =P
rupanya main bola tampar ni ,kena lakukan pusingan kalau setiap kali kita dpt mata ..
maknanya kita bukan dok stay keras kt situ sampai habis game,tp tiap kali kita dpt mata kita akan tukar tempat~pusing pusing sampai lah ko kalah =P heee

kami taklah kalah mati :)
dapat gaklah mata first lawan
BGB 16
SUNCON 31
dannn dptlah lawan dgn 3 company lain :))

- ok habis citer sukan -
set lunch pizza murah kan :)
tambah cheese yg tepi tu sedapppppnyaaaa
depa dok bergosip...YE amik pic =P
YE asyik tukang snap pic je kannn  hee ok nnt mamy amik pic dgn YE pulak :)
habis dia yg selalu ofer nak amik pic..pastu lupa nak snap pic dia =P

sebab mkn pizza ni lah kami masuk ofis lewat T_T
pastu kena sound dgn boss baikkkkk punya heee
jgnlah emo2 boss apasalahnya kami outing lunch sesama kannnn ;)

- habis citer pizza -

cikngah bagi kt mamy :) tq ya cikngah..
tp kannnn mamy tak boleh lah teruskan programe diet ni T___T
huuu terseksa jiwa raga...ok fine!
sapa2 yg kuat semangat je boleh guna produk mahal ni utk diet..tp bukan mamy T__T
jgn tak tau bakal suami cingah amik jus mate ni memang berkesan..cikngah pun amik produk DR 11 memang berkesan jugak :) sbb tu cikngah bg jus mate ni kt mamy yg kekonon nak diet nih =P
tapiiii ampunnnn sgt2 mamy tak bolehlah ikut programe diet ni =P
rasa jus mate ni sedappp rasa oren+susu begitu~
tp tulahh mamy memang tak boleh telan T_T
tp pack yg berbaki tu kenalah habiskan :)

nampaknya kalau mamy nak diet kena cari alternatif lain ~
puasa ke kurangkan makan ke ^^
puasa tak de masalah..tp kurangkan makan?boleh ke ngeh ngeh..

ok tamat citer utk masa ini ;)
mamy nak buat keje jap hujung bulan ni nak amik cuti sbb tu kena setel apa yg patut :)
oh ya...lunch jap lg ada potluck :)
habis camner haku nak diet?????? T_______T ~ nangislah ko mamy oiii =P


Tuesday, March 8, 2011

Lunch Time :)

Selalunya lunch time mamy memang suka keluar..
tak kiralah kemana janji haku boleh keluar dr ofis yg sejuk mcm dok dlm frezer tu =P
sebab tu sapa2 pelawa lajuuuuu je ikut heee..

..ikut kak Shery bayar maintenece rmh dia kt Boltan arah ke Subang :)
kebetulan ex-ofis met ~cikwan keje kt situ tu yg nak sgt2 ikut kak shery ;)
yg best pulak urusan semua cikwan yg buat..jd berganda2lah best..
bukan mamy je yg ikut..tp penuh satu kete yg follow..
yg lain2 tunggu kt kopitiam sementara kak sherry berurusan~
semetara tunggu semua setel..kami bergambar2 lahhh heee jakun okeh tgk pejabat org =P
canggihnyaaa...hai bilalah BGB nak maju gaya gini?..
kat ruang reception ada ruang mkn ala2 cafe lengkap dgn microwave ,mesin minuman
tekan je nak nescafe ke nak mocha ke milo panas sejuk semua adaaaa huwaaaaaa *tensi* tauuuu bilalahhhhh BGB nak pasang semua benda alah canggih begituuuuuu T______T

tengok kt belakang mamy tuh..
apake nama game tuh..alaaa yg jolok pastu bole tergolek masuk tu haaa yg tulah =P
pastu yg jenis ko pusing2 guna tangan tu alahaiiii canggihnya....kalau agak2 tension ko bantai je benda alah ni lepas kan tension jd tak perlu hangin2 dgn manusia..ko hentam je benda alah tu....best kannnn
hee ni tebalkan muka je soh kak sherry snap laju2 =P

cikwan yg pakai tudung pink :)
mamy & kak sherry tak sempat mkn...jd tapau je mknan...
heee serik okey..last week p mkn pizza masuk lewat sekali boss menyinga huuuu ngeri ngeri
tp kami ni bukan tau serik..tetapppp mauk keluar secara berjemaah heee ^___^
yg tolong snap pic nih Y.E :)

Monday, March 7, 2011

Semangat Tentera!

Semangat Tentera :)
Ahad lepas bawak Harraz p tgk hari terbuka ATM kt Dataran ;)
teruja anak askar ni tgk anggota tentera seangkatan baba pakai uniform Tentera :)
tapi agak sedih...sbb Harraz fikir mamy nak bwk dia jumpa baba kt situ :(
bila dia tgk anggota tentera ramai2 kt situ dia dah mula tanya "mana baba"?

Sorry Harraz...mamy bukan nak bawa awk jumpa baba...baba kan jauh di Lebanon..
sabar ya anak :'( nnt hujung bulan ni baba balik :)


hepi sgt dia dpt tgk kete kebal :)
mamy yg tua ni pun suka...apalagi harraz kannn heee
yg tak lalu tu dia asyiklah nak berdukung~letih!

bergegar dunia bila benda ni bergerak
kalau negara berperang mana nak runtuh sana sini...benda alah ni pun ntah berapa tan agaknya..
berhimpit2 okey nak snap pic ni!nasib haku tak kena lenyek =P
kata isteri askar...semangat mesti over =P
tengok..sampai benda ni dah gerak kedepan mamy stay ikut tauuu ;)
heee benda ni pun satu...lalu depan mata lajuuuuu jer nak kena snap cepat2 ~
alaaa pic heli lupa nak masuk kt sini...
mamy bahagia tgk harraz hepi sgt dpt tgk kete kebal,payung terjun dan helikopter secara dekat
nampak sgt dia teruja :)) bila nampak heli dia jerit "baba hati2"heeee
pastu nampak anggota yg buat payung terjun harraz sedihhhh pastu ckp  "baba jangan lompat bahaya" =P
heee org dengar dia ckp mcm kelakar...tp mamy yg dengar sedihhh sgt T_____T
terima kasih mak sudi temankan kami dua beranak :)
walau baba jauh dimata kita,mamy bawa juga harraz kesini utk rasa suasana dunia Tentera 
sbb mamy nak semangat sbg anak Tentera ada dlm diri Harraz :)
Harraz kena bangga jadi anak tentera ya sayang :)
mamy juga bangga jadi isteri seorg Tentera :)

Sunday, March 6, 2011

Sports Tournament Binagoodyear Berhad

Salam Pagi :)
hari cuti blog mamy pun cuti..nak updated camner kalau line lembab..
Sabtu lepas mamy joint Company buat Sports Tournament kt area Bangi..
nama tempat tak tau hee sbb follow kwn follow2 tau2 dah sampai..
jd jangan suruh haku dtg kali kedua sbb confirm sesat =P


Janji-janjian tunggu kat kfc tol sungai besi :)
kami semua follow kete boss..
jd sebelum boss sampai kami awal2 dah terpacak tepi higway sg.besi ;)
muka adalah pucat! habis nak bersukan takkan haku nak pakai mekap =P
hee ai bukan artis k...nak menten lawooo jerk heee T___T

yg terpacak comel tu anak big of director hensem okey ^__^

sebelum acara mula
dewan ni ada ekon bestlah
sini tempat perlawanan badminton
jgn harap kami dpt tempat sejuk ni k T___T
depa letak nama mamy soh lawan bola tampar kt padang T___T
kasut sukan baru
sarung lengan baru
seluar baru
t-shirt baru
stoking pinjam =P heee pinjam stoking mak

ni sebahagian staff BGB
ni pun cekup yg mana ada masa depa keluar toilet =P
cepat2 ajak bergambar
ada sesetengah depa..peel susah nawww nak bergambar!apesal ha?
yg haku pelik bila bg email muka depa takde mula laaaa
dok tanya "mana ai tak de pun" 10 x dok zikir kt telinga haku ~ pang sekali mauuuk?
sebalik jaring :)
ni team bola tampar ;)
team lain..lain padang
walaupun team kami kalah mati T_T tp oklah sekurangnya sabtu lepas sgt2 fun each other..
yelah kadang kt ofis selisih bahu pun pandang ke lain kannnn bila ada aktiviti begini merapatkan lagi hubungan sesama rakan sekerja :) mula2 dpt email soh joint mamy mcm tak suka..tp bila difikirkan balik..apasalahnya joint rakan sekerja utk eratkan hubungan sesama sendiri..kalah menang lain cerita janji that day kami sgt2 enjoy :) kalau menang memang ajaiblah tanpa trainning tetiba masuk tournament! hee memang kelakar...masuk gelanggang mcm serah diri jer tunggu bola dtg pastu haku tampar jelahh ;)
sudahnya sampai hari ni badan sakit2 okey T___T

me & kak sherry :)
lawan dgn putrajaya holding,suncon pastu ada lg satu mamy lupa nama com.tu ^^
depa memang dah teror jadi tak heranlah kalau kami kalah =P
hoyerrr walau kasut pink ku tu harganya RM10 tp menten lawa ok ^__^
apapun mamy sgt enjoy last saturday dan bila pula BGB mau adakan Trip ya?

Thursday, March 3, 2011

Terliur mengiur ;)

Semalam sebelum balik mamy p jalan2 blog kwn2..
nak baca siap2 kang balik rmh internet kalah siput slow nak mamp!!....
nak loading satu page pun setahun =P

bukak je blog mekchu wuuuu tip tap tip tap air liur ~
TERINGINNYA pancake durian tuuu!!!
kecewa sikit sbb mekchu beli kt Midvalley...camner mamy nak kesana ..jauh..T____T
pastu mamy belek2 komen,salah satu ada mention kt ikano ada branch pancake ni ~
apalagi tak fikir panjang terus berdesup ke ikano :))
hadoiii kalau haku peknan matilaaaaa kang tgk blog situ sana sini dok citer mknan dan dan haku nak camner? T___T <  hee ok ok tak de kena mengena citer peknan =P

sambil p bayar bil internet Maxis kt The Curve ~



hoyeeee jumpa okeh! sukaaaaaa ^_____^
dlm Ikano kat P1 berdepan dgn kedai roti {nama kedai roti tu jgn tanya} dgn Uncle Lim's :)
kecik cinonet je kedai pancake nih...sederet dia ada jual coklat..jeruk heee

gebuuuunya rasa nak picit2 je
rupa bantal pun ada kannn
tp rasa dia serius sedapppp nak mati !!=P feeling mesti over heee
tp sapa2 yg tak suka durian tak dptlah nak tolong ngeh ngeh..
ehhh ehhh kejap mamy boleh tolong sapa yg tak suka durian...hee lupa..bukan pancake durian je yg ada kt situ..tp perisa cempedak,manggo pun adaaa ^_______^



beli dua perisa :)
durian dan cempedak dua2 sedapppp nak matii hee ^___^
nampak gebu tak? tak cukup gebu? okey meh tgk pic bawah ni ;)











 amacam? gebu tak heeee
cikngah menikmati pancake durian :)
pancake cempedak kaler oren2 sikit ;) lupa nak snap pic pancake cempedak


pic terakhir bukan nak tanya gebu ke tak okey =P
hee atas permintaan dua kesayangan mamy {syariza & izan}
nak tgk shawl ropol2 mamy pakai smlm kannn ;)
gitu lah rupanya...hee kalau izan dan syariza mau bagitau mamy k ;)


Wednesday, March 2, 2011

suka cantik?

Sapa tak suka cantik2 kann
mamy lagiii suka hal2 cantik2 nih..
tp kan bab nak cantikan kete tu malasssss sgt =P
ada setengah org sanggup berhabis duit sbb nak cantikkan kete..
tp bukan mamy! hee tak kosa okeh..baik i beli brg mekap dr i beli spotrim bagai =P

Tinted kete ni pun sbb baba dan cikngah bako bako soh pasang tu pun time ofer giler2 hee
kalau ikutkan mamy memang togel jelah kete ku ituuuu T____T


Semalam hantar kete p cuci betul2 punya heee
selalunya mamy masuk dlm washer otomatik yg pandu lalu tu senang ~ dgn haku2 mesin tu cuci =P
tp washer otomatik ni tak byk tempat yg ada..selalu cuci kt area kepong tu pun ada satu je~

mamy cuci kt giant kelana jaya...letak kete depa cuci mamy round dlm giant =P
RM15 cuci vacum kenapa mahal benar? ke memang harga memang begitu..bukan RM8 ke???
ke sbb tempat cuci tu dlm area giant sbb tu mahal? haiyooo ni lah padah org yg jarang cuci kete T_____T
pastu ada pakej2 lah pulakkkk utk halau bakterialah apalah hmm memang menarik sbb dlm kete mamy konfirm banyak bakteria kulapuk bagai T___T tp mahallah....paling murah pun dlm RM45 camtulah..baik haku beli baju =P hmm ok ok akan difikirkan pakej2 utk nyah kuman tu...tp not now lah =P

ada anak kecik mana lah kete ku nak lawa menten...kang dia makan kopok bertabur dr depan ke belakang...tu belum vitagen tumpah...mayonis beger..kit kat..krim roti suka2 dia calit sana sini fuhhhhh *pitam*
pastu pulak minggu lepas air soya tumpah seplastik okeh T________________T
hadoiii sapa2 tumpang kete mamy dok jelah diam2 jgn komplen2!! kang haku sentap! T______T
sbb tu smlm laju2 p cuci betul2 kang mana tau ada yg nak tumpang kete haku ada yg *pengsan* dgn segala bau2an yg melekat =P org lain takpe lagi..buatnya atok harraz tetiba nak bwk kete mamy camner?? *matilaaaaaaaa* haku >______________<


ok habis citer kete :))


ni citer tuan kete pulak ;)

heee hari ni pakai eye shadow kaler biru ^___^
shawl ropol2 kaler biru jugak ^____^
benda yg ada unsur ropol2 memang mamy sukaaaa
kiut ke tak ke haku pakai tu belakang citer =P

tp tak nampaklah pulak ropol2 kt tepi tu kannn ;) ~