Wednesday, March 28, 2012

Serai Empire Subang

 Semalam farewell utk boss Purshasing.

Bye-bye boss ;) dia resign sbb nak kawin pastu ikut husben ke UK (ke) US antara dua tu laa masa depa dok borak-borak haku tak amik pot dia bercerita sbb aku dok sibuk bergosip dgn kak alijah tu lagi beshhh hewhew..tp bestlah kan..berenti keje pastu g oversi mesti bakal the suami dia kaya kan..

tak kisahlah.

Sepanjang 2 tahun bekerjasama dgn boss ni ok oklah .sbb dia mmg tak amik kisah aku nak online kah nak cuti bermingu-minggu kah nak mc kah nak terjun bangunan kah tu semua dia tak pedulik janji kerja yg dia bagi siap! senangkan? senangggg tp kalau dia sentap ko siaplah sound tepek terus *menangislah kau disitu* hewhew namun syukur sepanjang bekerjasama dgn dia taklah pernah kena sound ke marah ke sbb ai kan good girl  >__< hehee

 Dua gegirl ni bab mkn,bergambar mmg shuker..tak yah nak paksa-paksa ;P paksa org amikkan gambar tu biasa :)

ohhh,kami mkn kt Serai tau..alaaa yg ada pavlova yg sedap tu..tp smlm tak makan pun.

order menu biasa-biasa jew..malas nak explore mknan yg peliks takut tak sedap.
teh tarik kt sini sedap.ingat teh tarik dia mcm nak kesana lagi ;)

 duduk paling kanan tu boss purchasing Janice ;) 

Tanda tanya siapa bakal jadi boss dah pun terjawab semalam..kali ni dpt boss lelaki.agak kacak (kacak ke?) hewhew dan yg penting boss baru ni pun ok oklahh hehe yg penting aku tak takut nak submit form cuti tu  kira oklah kann ;)

Utk Janice ; semoga sukses selalu & good luck!

happy read ;)

Tuesday, March 27, 2012

Uptown Damansara

Sabtu lepas ikut baba alter baju uniform kt kem..dah settle ingatkan nak g makan steak kt area kampung baru..sekali jem sana-sini terus cancel.

kecewa.

Dalam perjalanan fikir terus teringat kwn pernah citer steak kt Uptown Damansara sedap.ok,dua laki bini dan ank yg sememangnya buta jalan pakai redah je ke damansara semata mencari steak.yg penting murah ;P victoria bagai mmg takde dlm list pong ;)

 Setelah berpusing dan sesat *sesat tu perkawa wajib* ..jumpa :) terus adengan bertekak jadi adengan kasih dan sayang hehehee well akk nih kan suka membebel haihhh nak buat cemana dapat laki pun buta jalan T__T jadi mehlah kita bersesat-sesat dahulu sebelum sampai ke destinasi yg tepat ~

Penuh sesak..nasib ada jugak tempat..budak kecik ni mula buat pangai nak tgk Mr.Bean kt tab T__T haihhh la labu mana ada line derrrr kalau unifi laju bolehlah ko nak bukak youtube ..ni takat mamy bayar rm28 utk bukak fesbuk ngan twitter bolehlah..nasib baba cepat bertindak pujuk kakal bg pinggan besar letak kentang sukati ko lah nak oii nak buat apa janji ko diam :")

harga steak kt sini mampu dimiliki ;) murah&sedap..tembikai laici sedapppp sesangat :D
 
 Muka dah boring. hehe ..manja mamy ni tak makan banyak pun..gigit kentang pun nak tak nak..ohh manja makanlah banyak sikit bagi cepat besar okey ;)

Esoknya..jumpa cikngah bagi tau dia kami makan kt sini semalam..selang sehari repet datang sini lagi kali ni dgn cikngah,pakngah ngan nenek :D baba & atok tak ikut.

Order mcm-mcm lala pedas,steak,kuewtiau goreng,kentang,ais blend hehe Harraz paling happy bila cikngah ada :D

okey,next kita try beger bakar pulak :D

happy read ;)

Ingat mengingati ;)

 Hari ni lunch out ber4 kt La Manila Cake's house ;)

Jam 12 sebelum keluar tu dah haku mkn nasik goreng jadi ke Lamanila cuma mkn kek + hot latte ;)
kesini sempena Birthday Kak Sherry :)

To Kak Sherry Happy Birthday to u :)

seronok dgn kak sherry sbb dia suka bergambar,suka mekap,suka fesyen,suka masak (pastu suruh aku makan banyak-banyak) suka dengar ceramah Ustaz Don yg hensem hihi banyaklah persamaan kami :)

tp yg tak best kak sherry suka diet.aku tak. haha makanya sejak aku dok sebelah dia diet dia pun entah kemana kuakaka ;P bila kak sherry diet maka aku pun boring sbb tak tau nak makan apa bila lunch ;P

Dalam persahabatan mmg kena give and take.. hal remeh-remeh kena tolak ketepi baru happy ;)...harap hubungan kami pun akan kekal begini :)

kami kesini mmg berempat tp dua kakak ku manja tu  malu mahu bergambar jd nampak mcm kami berdua je kesini hehe.. mushrom soup yg besar tu kak Alijah punya dan kak Zu mkn pie mushroom sedap.

 ni sayer punya :D nak kata kek pun bukan entahlah tapi sedappp melampau :)

ok.habis citer.esok farewell utk boss kami pulak ~ haiii siapalah pengganti boss baru Purshasing nnt (?) sgt misteri~


happy read ;)

Sunday, March 25, 2012

Kualiti masa itu....

 Kualiti masa diisi sebaik-baiknya ;)

Walau singkat,walau malas , ku cuba sebaik mungkin utk bagi suami & anak merasa air tangan ni walau tak selalu ;P bila ada kesempatan ambil je order dr baba dan kakal mamy akan tunaikan :D Insyaallah.

 Tapi jangan demand menu yg over sbb mamy ni bukan teror pun ;P takat kerapu steam begini oklah ;)
akhirnya setelah berbulan periuk kukus pemberian mak sudah berjaya diguna hujung minggu kelmarin :D terima kasih mak :)

segala bahan msk beli kt econ save Damansara Damai :) murah sgt-sgt kt situ..

 ..masukkan je segala bahan ikut sukahatiku :D resepi amik dari Kak Julie sayang :) kalau balik Labuan ni jelah menu yg aku rekues kt kakak sbb sedapppp lahaii ikan steam kakak buatkan. :)

 Menjadilah menu mkn tengahhari tp pada jam 3 ptg ;P

mana tak mkn jam 3 ptg sbb merayau lebih over tghhari td nak beli ikan tp ke lain siap mkn roti bakarlah singah sanalah sinilah...sampai naik lunyai ikan baru hegeh-hegeh cari jln pulang ~

Malam tu pulak jam 12 mlm mamy gigih buatkan kek bater utk ank bujang sbb dia rekues ,pic takde..alaa kek plain je tp ank dah suka tetengah mlm pun rela mamy buatkan :) membaking jam 12mlm sbb baru pulang dr mkn mlm kt luar~ demi ank mamy sanggup :)

 Dan malam tu di sudahi dgn desert trifle ni ;)

sejukkan dalam freez..esoknya bwk p kenduri rmh sepupu bg depa rasa hewhew :")
nasib rasanya ok ok saja :) terus hati berbunga-bunga hilang segala letih :")

happy read ;)

Wednesday, March 21, 2012

Menanti Mei

 Tentang enty semalam kann CHOMEL 

..sibuk wish nak balik labuan,sbb biras balik bulan empat ni..ai pantang di ajak lajuuu je nak ikut hihii siap pakat dgn biras suruh pujuk abg askar tu nak guna alasan sambut birthday mama labuan =P HAHA bab over serah kat aku..kalau permintaan  tak setuju mulalah aku nak sentap sensorang huhuu

Petang smlm terus sms suami susun ayat baik-baik ;) kami takde blekberi nak ber bbm T__T nak ckp direct takut teremosi pulekk yelah kalau jawapan negativ dari dia sure haku memberontak kann HAHA T___T  welll pompuan tak nak jawapan TIDAK,TENGOKLAH wawawa jwpan mcm tu mmg menyakitkan hati yg sedia kecik nih ;P

Jawapan dari suami ok so so lah~ kira mcm ada harapanlah dia setuju ;) itu dah cukup buat mamyharraz happy :D hehe TAPI.... pagi ni lain pulak yg jadinya ~

Awal pagi chat dgn Felicia (adik ipar) bgtau berita gembira Mei nanti depa nak turun ke sini! Ya Allah happynyaaaaaa hanya Dia yg tahu :))

copy paste dialog chat td ;P

Felicia : Morning..kak yatie!!!! Apa kbr???
Mamyharraz :hai fel morning khabar baik
fel di labuan skrg kan
Felicia : Iya...danny keja balik kat lbn....fel mau bgtau akak ni..tp jgn terkejut k...
Mamyharraz : ok.apa dia
Felicia : 4-6 may nanti sy, axen, kak julie n mama nak p kl tinggal ruma akak....
Mamyharraz : woahhhhhhhhhhhbesttttttttttttni berita happy sgtttt
Felicia : Akak ada p mana2 ka??? Outstation ke????
Mamyharraz : tidaklah
kalau ada pun semua akan akk cancel
tiada yg penting melainkan family sendiri <3

 Terima kasih Allah :) happy sangat :)

 rumah kak Julie di Labuan yg selalu aku rindu T__T

Alhamdulillah & syukur  di atas hubungan kekeluargaan yg sangat-sangat rapat antara diri ini dan family in law tak kira dgn siapa di kalangan mereka diri ini sgt bersyukur sebab Allah pertemukan kami dgn limpahan kasih sayang yg tak berbalah bahagi :) Terima kasih Allah.

happy read ;)

Tuesday, March 20, 2012

Chomel ;)

 Otak ni tgh jem jadi,tajuk pun sukati jelah letak ;P

.mau otak tak jem tetiba kena kerah keyin benda yg haku tak suka! haihhh la labu haihhh la labi ~*sentap* hmm bila ingat menda alah ni mmg tak chomel langsung!

Malam tadi p melawat sepupu dia dpt baby baru ;) olohh olohhh terus terasa ee bestnya kannn tp bila ingat kemabukan dan plus kelasakan kakal terus mcm hmm hmm hmm gituuu tp kalau ada apa salahnya kann :D yelah umur pun dah kesenjaan eloklah fikir-fikirkan nak tambah apa yg patut :D

Okey pic bwh ni mmg chomell ;)

 Malam tadi cikngah belanja mkn kt kerabu kaki ayam ;P tp kerabu tu suami cikngah je mkn kami tengok jew.belum teringin nak cuba hehee menu2 kt sini mmg sedapp :) anak manja nih dah kebah demam lega hati mamy :) selera mkn pun dah ok..susu pun dah minum mcm biasa.Terima Kasih Allah :)

nota : sambil taip entry ni sambil chat dgn biras alahaii dia bakar-bakar haku ajak balik Labuan bulan depan sbb depa balik...huwaaaa dah lah aku ni pantang di pelawa mauuuuu je tapi mahu ke abg askar tu? haihhh di lema betul! semoga Allah beri jalan dan permudahkan apa yg aku & biras rancangkan hewhew ;) aminnn.


happy read ;)

Monday, March 19, 2012

surat cinta?

Masa kemas-kemas segala fail hari tu jumpalah surat-surat lama..
alahaiii terus rasa rindu kt pengirim tu ;)
 Bila baca balik isi kandungan tu mmg kelakar..ayat zaman sekolah kan seteretttt je hihihi agaknya aku punya balasan pun double kelakar ayatnya kan ;P

ok, jangan panik..ni bukan surat cinta ;) nak berbalas surat cinta mcmmana? bercinta pun aku tak pernah! eh ye ke? entah...lupalah pernah bercinta ke tidak..rasanya tak pernah :P huh! ;P dgn abg askar kami tak cinta cintun kami terus kawin jew tak dan nak karang2 surat bagai ;) *love u abg askar* hew heww

tp ni surat balasan antara kawan baik yg duduk kat Tasek Gelugor Penang..Norfarina :) rajin berbalas surat dgn dia sampai lah satu saat tetiba terus senyappp menyepikan diri sampailah hari ini~ mana Farina? takde FB kah? Twitter?YM? konteklah sy balikkk T__T

dulu pernah sekejap sekolah kt Tasek Menerong sbb ayah beli rmh kt sana :D  sbb tulah boleh kenal dgn Farina :)

okey,settle mengimbas kenangan lalu gigihlah haku berkemas segala bil-bil lama ..kutip buang! zaman mana punya bil dok kepam simpan sampai naik hilang ink kt bil tu..buat semak almari..buat penuh fail..jd kita susunlah ikut kategori supaya org nyanyuk mcm aku nih mudah nak cari kalau memerlukan bil-bil,surat ke..

taklah aku gelabah bila tetiba suami yg berlagak poyo tanya mana bil mentenen,mana s&p mana mana? T__T  tau nakkkk jer kan? haaaa masa nilah bersyukur sgt sbb aku dah siap failing segala mak nenek bil-bil tu semua :D ambik je fail yg dah list sua kt dia senang kan ;)

Okey kan dah comel elok tersusun ;) kalau mak dtg secara mengejut bukak almari taklah dia *tanjatt gegirl* bila mak bukak almari mamyharraz ;P baju pun dah comel tersusun ikut kategori memasing..takde lah pening bila nak cari seluar baju bagai ;)

..ini tandanya tengah rajin cuba mood malas datang tak kuasa aku nak buat segala kategori bagai ;P 

happy read ;)

Sunday, March 18, 2012

Harraz Haikal

 Rindu jantung hati mamy nih..hanya Allah yg tahu..hmm lagi2 dah berkepit je 24jam 4 hari cuti ni..lagi kuat rindu kt dia.. semalam batuk+demam sikit.. berjangkit dgn mamy lah tu..cepat sembuh sayang..

 Bila tak sihat dia melepek je tido..mulalah kita risau..tp cuba time sihat fiuhh lenguh mulut ni jerit suruh dia duduk diam-diam ;P lasakkkk Tuhan je tau..sapa tak tahan mau pitam dgn sikap lasak kakal nih :")
kalau kita baring dia terkam hempap..bukan sikit2 dia lambung badan dia kt kita stok senak mcm kena tumbuk T_T kalau dia marah habis segala brg di campak! ko daya? haihhh la anak~

 apa pun kakal tetap pengarang jantung mamy :)
segalanya utk kakal..nyawa,kehidupan,nafas semua utk ank mamy~
dalamnya lautan dalam lg kasih syg mamy;
tingginya gunung tinggi lg cinta mamy;
begitulah perumpamaan betapa dalamnya kasih dan syg mamy kepadamu anak.

nak potong kuku dia sanggup kunci jam keheningan pagi mamy dan baba ketip slow2 ;P
apa yg dia takut sgt nak potong kuku haku mmg tak paham T__T 
pujuklah camana tak jalan nak tak nak carilah jln lain ~

kuku kakal tak berapa cantik..
mungkin masa ngandungkan dia dulu mamy tak amik vitamin sbb tu kuku dia mudah rapuh..
hmm sory sayang..
 manja sayang :)

 Toilet train dah berjaya lepas ;)
nampaknya tahun depan dah boleh pegi sekolah :D
belajar pandai-pandai nnt jadi anak yg berbakti utk mamy & baba :)

 Kesayangan semua :)

 setiap masa mamy mahu peluk dan cium mu anak..
tapi apakan daya..ada tugas yg lain menanti mamy..jd sayang kena biasakan diri ..
tunggu mamy pulang :D



happy read ;)

Bertabahlah hati

Salam demam ;P

yaaaa tuan blog sedang meraikan virus selsema dan demam sejak jumaat lagi sampailah kehari ini dan yg sedihnya virus tu dah melarat kat anak bujang kesayangan pulak dahh :( mana tak berjangkit 4 hari cuti asyiklaaaa bercium dan berkepit dgn mamy ;P gaduh-gaduh pastu dtg dekat cium,gaduh-gaduh pastu dtg dekat cium  #ulang2 sampai tak jemu2 hewheww ;)

semoga Harraz mamy cepat sembuh.td dah bwk p klinik Doktor bg segala pakej ubat hmmm bertuahlah kalau dia nak telan semua ubat tu :( td jenuh pujuk tak jalannn alahai ank mcmmanalah nak cepat sembuh kalau ubat takut nak makan....suhu taklah tinggi tu yg buat mamy tak gelabah sgt..cuma batuk+kahak ..apapun mamy tetap risau anak sayang..Ya Allah lindungi kesayanganku ini.amin.

Khamis-Jumaat ambik cuti secara kecemasan sampai 2 hari ;P kiranya cuti tanpa plan selasa mlm mak ajak teman balik Lenggong,rabu terus apply cuti fuhhh nasib boss sign tanpa banyak soal :) *syukur*

 Sabtu ke KLIA ambik kunci utk rmh ke dua kami.Alhamdulillah.Terima Kasih Allah :) semuanya sudah selesai skrg tgg plan seterusnya je ~ < inilah berita happy yg nak di share last enrty tu ;") pic dlm kamera yg kabelnya entah dimana haku letak..jd ada kabel baru dpt masukkan pic rmh ;)

Tujuan tajuk entry "Bertabahlah hati sbb tak dpt pegi matta fair kali ni " huhu beria-ia plan mahu kesana sekali tiba waktu tak dpt pegi kesitu *sentapsensorang* tak mengapalah mungkin ada rezeki holiday yg lebih lumayan siapa tahu kann :)


happy read ;)

Tuesday, March 13, 2012

Rahsia berdua ;)

 Okey,bukan berdua tapi bertiga ;) tp yg mahu bergambar hanya berdua sbb kakak lg sorang tu malu mahu bergambar aku jew yg tak reti2 malu mahu bergambar dimana-mana saja ;)

yang penting gaya bergambar gituuuu je kekdahnya tak berubah T__T


 @Secret Recipe :)
wahh wahh sakan berjln minggu ni mkn kt luar ..Y.E dah ada sbb tu lah panjang langkah..dia baru balik dari cuti bersalin..takde Y.E 2 bulan keboringan mamy kt opis nih ;P
 

 Cheese Spinach ;)

super sedap :D lain kali boleh repet order :)
mula plan asal mahu mkn kt gerai lori laksa tu ada mcm2..asam pedas segala yg super sedap sekali hujannn terus bertukar lokasi masuk giant kelana jaya dan pilihan bersama ke secret ;)

nota gembira: Alhamdulillah petang ni dpt 2 berita gembira :) semoga Allah permudahkan segala apa yg ditentukan.amin. stori nnt ai msk sini hewhew sharing kan caring hihhii ..ptg esok mamy balik kampung temankan mak..makanya dgn rasminya khamis tu cuti mungkin melarat jumaat pun cuti ;P tgk keadaan :) ok sekian nota gembira utk hari ini :))


happy read ;)

Monday, March 12, 2012

13 Mac - Happy Birthday abang :)

Happy Birthday abg :)
Kami doakan semoga murah rezeki dan sihat-sihat selalu :)
jodoh lambat sikit pun tak pe sbb kami belum puas bermanja ;P

Anak bujang kesayangan mak ;)
kesayangan kami semua jugak ;) mau tak sayang acu satu-satunya lahaiii adik lelaki kami :)
....
dari kecik kami 3 beradik jarang gaduh sampailah skrg.Alhamdulillah.sentap sesikit tu biasalah tp sekejapan jer ;) adatlah kan..
mungkin jarak kami jauh.. pastu mak ayah pulak garang berani kau coba-coba mahu gaduh? kalau nak kena penaboh atau henyok trylah gaduh ;P lagi pun tak ramai kalau dok bergaduh mahu kwn dgn sapa pulak kann ;)

jadi;
beralah mmg konsep kami ;) harap-harap anak-anak mamy nnt ikutlah cara kami hendaknya :)


Ahad lepas mak call semua anak-menantu berkumpul kt rmh segambut..saja mak buat awal dari tarikh birthday abg sbb kalau hari biasa takut tak lengkap sbb masing2 sibuk.
terima kasih mak masakkan rendang,pulut bagai walau kurang sihat :)

cikngah belanja ayam golek beli ayam golek 5 bintang kt pantai dalam ;)
super sedapss :)

kami yg exited dari abg ;P mamy tukang snap gambar jew ;)

sori pic blur jap guna kamera,jap guna tab sbb tu kelabu.

Alhamdulillah..sambutan yg sederhana namun sgt bermakna yg utama kami saling ingat mengingati antara satu sama lain..susah senang bersama-sama itu yg penting :)

"Happy Birthday abang"







happy read ;)

Sunday, March 11, 2012

Layan tekak ;)

 Kat ofis nih mmg takde partner lunch date ;P ikut mana dan jew nak joint sesapa agak situ ok ai follow agak sini ok ai follow gituuu~ tengok keadaan jugak,tak selalu keluar sbb ai kan bwk bekal mak masak ;) kalau mak tak masak apa2 baru tapau atau mkn luar.. tapi tak rela mkn kt cafe sebelah nih cekek darah dahlah tak sedap! sbb tu malas ke tidak gagah kan diri p giant kelana jaya mkn kt situ ~


 self timer ;P
kami berdua mmg enjoy mkn ;) ada je nak try itu ini tanpa banyak songeh hew hew yg lain-lain susah sikit sbb banyak pantang larangnyeww :P hehe *peace*

mamyharraz mmg enjoylife jd bab sentap menyentap mmg ai tak layan sbb haku tak reti merajuk atau memujuk selalunya kalau hangin haku terus marah.senang. hewhew dgn suami sendiri pun tak reti merajuk-memujuk apatah lg dgn org lain ;P 

ohh..lagi satu diri ini sgt menghargai sesorg TAPI kalau org tu tak menghargai diri ini SORRY to say memang *selamat tinggal* utk menadah muka utk dilayan tidak sama sekali kalau org tak suka tak de hal ai tak simpan dlm hati,cuma haku akan pastikan org tu lenyap dlm HATI INI! confirm!

K lah meh tgk menda mkn pulak dari meraban citer benda lain ;P

 Jumaat promo spagehti oglio rm5 campur tax bagai dlm rm6 lebih admire sgt dgn spagethi nih sbb sedappp :)

 Sebelum balik tapau hot coco cappucino kt starbucks large rm 14.85 share berdua ;) sedap lain kali boleh order perisa nih..lunch date tanpa dirancang yg owsem!lengkap dan kenyang :D

 hari ni siapa yg mahu sy lunch? hehe dialog yg tiada kesudahann~

happy read ;)

Thursday, March 8, 2012

tak suka pasar mlm ;P

Tak suka bukan bermakna benci ;) citer kisah pasar mlm sbb baru balik dari situ sat tadi ;)

Tak suka pasar malam sbb haku tak boleh kawal nafsu membeli!

haihh rambang mata okeh!semua benda nampak gerammmm je nampak comel nampak segar,pastu segala makanan yg lazat-lazat semua terhidang depan mata!!sedap-sedap pulak tu arghhh mahu semua! ;P selalu pasar malam Jalan Kuching lah jadi sasaran sbb dekat dgn rmh mak ;)

tapi ko sedialah nak dukung si budak kakal nih kesabaran jew tau..ye ye ohhh janji dari pagi kalau nak p pasar mlm tak yah dukung jawapan pagi : "ok,mamy" yelah tu kem salam! tiba je kt situ ptg hari tangan mengepak nak berdukung! ko daya? daya tak daya apa boleh buatttt~ td ber journey ke psr mlm 3 sekawan (mamy,baba dan kakal) =P

sudahnya haku yg pikul sumer benda dari hujungggggg sampailah ke pangkal jln T____T herot tangan haku! baba tugas dia pikul ank busyuk masyam ..

Barang yg berjaya di shoping kt pasar mlm td ;


  • piza
  • jagung
  • tau fo fa
  • yong tau foo
  • mee goreng
  • roti bom
  • sate
  • pisang kaki sebakul kecil ;)
  • buah lai,pear sebakul kecil ;)
  • buah kundang 
  • tulang daging ( nak buat sup tulang)
ok tu je yg dpt ingat dan taip ;P  tu pun kawal je bila pandang nasik kerabu,mee sup,ais blend sbb takmo tamak ;) minggu depan kita jumpa lagi pasar mlm Jln kuching ;)

Skrg sup tulang sudah pun ready utk dimakan ;) semerbak bau satu rmh :D beli tulang td RM10 dapat seperiuk besar bila masak sendiri ;) 


happy read ;)

Wednesday, March 7, 2012

Berdua bersatu ;)

 Deting berdua dgn abg askar sabtu lepas ;P tunggu result mak kt hospital selayang,lunch tu curi masa detingan kt Selayang Mall..

Deting lunch secara laju bertekad je tinggalkan mak kt green area hospital.. tu pun dah pesan kt nurse apa2 call kami segera!..lagipun time tu mak tido tu yg laju2 curi keluar lunch...tak daya okeh nak mkn mknan dlm area hospital ~
 mkn kt little penang ;)

Tengah mkn ayah call tanya kt mana hahaa takut nak jwb sbb tinggalkan mak ;P tp jwb jugak bgtau p mkn sat ;) hehe time tu hati berlibang libo fikirkan mak...susahnya hati hanya Allah yg tahu...tp yg pelik perut ni mcm tak faham tetap lapar semacam T___T lagi susah hati lagi mintak di isi T__T perut jenis apakah? ~

 cik abg nih amik set nasi ayam ;)

Masa ni kakal sedang gembira sbb cikngah kesayangan dia tolong jaga mau tak gembira dpt segala mainan sbg upah ;) pastu cikngah bwk p majlis harijadi ank sedara dia kakal apalagi gembira sampai tak nak balik hihihi...pandailah ank mamy tu...letak mana2 pun ok je :) terima kasih sayang sbb tak banyak ragam :)


 smlm mak yg pegang stiker nih,entry hari ni baba pulak yg pegang ;)

Bila berdeting tanpa harukan ank tak lengkap je hidup nih...yelah dah terbiasa bila mkn stok kunyah telan tak sempat hadam dah kejar sana jerit sini...tiba-tiba hari tu mkn dgn nyaman uhhhh sgt tak best! mulalah feeling sayu je rasa ;P sebab tu lah istilah hanimon tanpa ank sama sekali tak pernah fikir nak buat hehe sbb daku tak boleh tenang kalau jln2 tanpa ank disisi ;P

nota: Alhamdulillah mak sudah pun keluar wad hari selasa kelmarin dan bertambah pulih.Terima kasih Allah :)
Terima Kasih kwn2 yg bg komen kata-kata semangat dan doa :) setiap komen yg kwn bg bagaikan satu kuasa smgt utk diri ini :) <3 love!

happy read ;)

Tuesday, March 6, 2012

WW - Kiut

 Anak tak pandai mintak tp mak dia yg lelebih ;P
 Jumpa pelekat yg boleh print nama kiut sgt!
Harga RM8 72 pcs (lebih kuranglah) jumlah sebenar tak ingat ~
lagi-lagi ada katon atomen tu..mesti kakal suka :)
masa keluar dgn suami tak bawak kakal jd dpt tatap nama ank jadilahhh ;)


happy read ;)

Monday, March 5, 2012

Luang masa - sabtu

 Jumpa kwn lama kat facebook best sgt tp kalau jumpa kwn yg tak sepatutnya tak best! =P

Lamaaaa Sunita menghilangkan diri..tiba-tiba muncul kt fesbuk terus ym ym email email chat chat dan terus janjian utk berjumpa ;) duluan kami pernah rapat yg sangat...ikut Sunita pegi kelas drama..kenangan bisnes partner avon dan keje partime pizza hut sama-sama :)

semua kenangan & pengalaman bersatu menjadi indah :)

Dannn lamaaa rasanya aku tak ketawa dan berbual tanpa ada cover-cover dan lamaaa rasanya ingin berbual tanpa tapis ayat kot ada yg terasa hati .. maka,sabtu yg lepas hari yang penuh gelak ketawa ;P berbual tanpa had tanpa rasa ragu-ragu kot terasa hati sbb kami sudah terbiasa antara satu sama lain ;)

 Hanya berdua dari tengah-hari sampailah ke malam! berbual,makan tak sedar waktu berlalu~
suami&ank bg mamy chance keluar :)

Berborak penuh keikhlasan,tenung tanpa rasa syak,tegur tiada sinis ya! ini yg aku rindukan bila berbual dgn seorg kawan...terima kasih sunita sbb gembirakan aku :)

 Lepas borak dan mkn..kami beli-belah brg harian dan dpt boucer makeover hujung bulan ni ;) Sunita nak temankan happy sgt..jd baba mmg terselamat utk jd peneman mamy ;P ok,nnt hujung march ni kita jumpa lg sambil berbual dan mkn2 lagi :)


happy read ;)

Sunday, March 4, 2012

mak...

Berat nak share..berat nak taip..tp nak jugak citer..tp hanya kt sini sbb aku mmg tak citer dgn sapa2 pun kecuali yg bertanya ~

..malam tadi mak admited kt hkl..2 hari muntah+buang2 air..punca mungkin salah makan..kami syak mak sakit sbbkan batu karang ..yelah history batu karang ada..tp bukan sbb batu karang dah 2 klinik refer termasuk 2 hospital...dan last-last smlm mak admited :(  puncanya keracunan mknan barangkali..kami redha asalkan mak sihat seperti sediakala..kami akan usahakan supaya mak sembuh.

..semalam urut-urut seluruh badan mak..ohhh Tuhan..ibuku dah byk berbeza..selama ini dari pandangan kasar mata ini mak sentiasa muda, sentiasa kuat......sungguh aku tak perasaan rupanya mak sudah makin di makan usia..dah tak kuat mcm dulu-dulu...makkkk ~ :( ohh Tuhan panjangkan usia ibuku berikan dia kesihatan yg baik dan bahagiakan dirinya..sebagai anak aku belum puas mahu bahagiakan hatinya :( Ya Allah berikan kami kesempatan utk lalui masa tua sama-sama.amin.

mak,
walau apa jua keadaan mak susah,sedih,sakit,gembira kami keluarga akan sentiasa ada di belakang mak utk di kongsi bersama-sama dengan mak itu JANJI kami..jika ruang dihati mak KOSONG kami semua ada utk isi KEKOSONGAN itu..ini pasti!bukan janji..


 Sayang mak dunia dan akhirat~

Nota: terima kasih suami dan anak.kerana harungi segalanya bersama-sama tanpa rungutan..terima kasih ayah berikan kekuatan..terima kasih adik-beradikku,ipar kerana kita berganding bahu tempuhi susah senang sama-sama..bukan wang ringgit jadi taruhan cuma yg mahu hanya ikatan yg telus sesama kita.


happy read ;)