Thursday, June 28, 2012

Rezeki pagi :)

Alhamdulillah Jumaat yg mulia ini dimulakan dgn berita yg baik-baik :)

Gaji dah masuk - pastu ganti-an puasa pun dah selesai bayar -dan happy sgt bila bisnes TAT NENAS berjalan seperti biasa dan kastermer bertambah:) semoga Allah permudahkan segalanya dan beri rezeki berlipat kali ganda.AMIN.

Bila bisnes dah sukses bolehlah aku pakai ipong pulaks tak pong blacberry kew tiheheh wahh gituw angan-angan ;) eh,hidup kena pasang angan-angan dan berusaha baru berjaya :D yg penting kita cari dgn jalan yg halal ;)

Ok,sapa-sapa yg berminat nak beli belah kuih TAT CALL ME ;) tp jangan terkejut dgn suara garang ai maklumlah agen jual beli mmg stok suara kerek ;P kenal kan je diri nak apa nnt ai akan bertukar jd selembut sutera okeh?  mau tak garang akulah ejen rmh sewa dan skrg ejen tat lah pulak kannn hewhewww ;)

Nak sambung buat keje dulu - nnt borak lagi yeh ;)

tata
happy read ;)

Wednesday, June 27, 2012

Jemputan

Sabtu lepas dapat jemputan kenduri dari kawan lama yg baru bertemu kembali di Facebook ;)
Habis je sekolah menengah say bye-bye sampailah kesudahnya putus hubungan -nasib ada facebook jd kt situlah bertemu kembali ;)

Happy dan eksaited sgt dpt jumpa sbb dia salah sorang kawan baik di masa yg lalu :) kalau takat kawan gitu-gitu je mmg tak eksaitedlah =P hehe lgpun dulu zaman sekolah aku tak ramai kwn pun..adalah 2-3 kerat yg betul-betul baik sampai sekarang dan berhubung :) walau kwn baik tak ramai tp yg ada ni cukup buat diri ini disayangi selalu ;)

Ok,jom g makan kenduri ;)

On the way budak nih tido - kemain nyenyak..sampai kt tempat kenduri pun dia relaks je tido!sudahnya makan bergilirlah aku dgn abg askar tu ;P

utk kwn tersayang Has,sorry bebanyak sbb tak calling2 ko sebelum kesini sbb mmg unplan..ko taulah jadual hidup aku kan tak teratur ada je kejadian last minit sbb tu  tak berani nak janji ;P wahhh gituuu bg pesanan kt blog je ko sbb takut nak call dia huahuaa :")
 mak tercinta pun ikut ;) stress je mak bila jd photogafer aku sbb awal2 dah warning -
aku : "mak amik gambar org biar nampak kurus ye?"
mak : "nak nampak kurus camana kalau mmg dah gemok!"
aku : T_____________T okeyyyyyy *terus rasa rendah diri*

Yeay inilah kawan baik dizaman silam ;) Miss Sunita - masih single - dia jemput kenduri adik ketiga dia kawin ;) Ta,aku doakan lepas ni ko pulak naik pelamin..jangan tunggu lama-lama tauuu ;)

Tema hari tu kuning..cantik pelamin deko semua terutama pengantin mmg sama cantik sama padan :) pic pengantin ada tp mcm tak berapa nak jadi.

tapi kt bawah ni ada pic lain utk gantikan gambar pengantin - kira halallah yeh -

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v



 Diakhiri dgn pic pengantin lama :")

happy read ;)

Tuesday, June 26, 2012

WW - Jatuh hati

Sekarang sharp-sharp jam 7 aku dah stanby depan tv semua kerana #DejavuDiKinabalu ;)

Derasnya jantung nadira&ammar berdebar deras lagi jantung aku menanti episod seterusnya ;P wahh gituww dan aku pun cepat-cepat follow twitter #Theaqasha ;) ohh aqasha ada blog jugak tau thesaliqblog  ;)
Terus kerobek folder semata cari pic yg ada kena mengena dengan gunung Kinabalu ;) #fanatik
Awal tahun baru ni ke KK tapi tak kesampaian pun jejak kaki Kinabalu harap kepulangan kami bulan 8 ni dapatlah jejak kaki ke sana pula ;)

Owhh suka jugak dgn dato'fazley ;) dan dia dgn baik hati kunjung balas akaun twitter aku wuhuu #fanatiksekalilagi :") ni akaun dia -FazleyYaakob -


happy read ;)

Monday, June 25, 2012

Aktiviti sabtu & ahad

 Hujung Minggu aktiviti mesti pack.
Kalau aku free aktiviti dgn suami.. mesti nenek kakal booking driver idaman ramai (akulah tew) utk dipakai dihujung minggu ;P jangan bimbang driver ni baik arah  kemana je dia mesti ok tapi mesti kena tabah hati yeh sebab confirm akan sesat sbb dia tak tau jalan =P

Bukan takmo pakai driver yg lain-lain..taulah ponpuan ni kalau dah stop kt satu-satu tempat makan masa yg panjang..mcm ai ok sbb ai paham - even kalau masuk pasar takat sejam dua tu asal bisa tegal biasa ;) yelah masa tulah kita nak kenal ikan tu asal dari mana?laut mana dia dtg? tihehehe

Sabtu

 Breakfast dgn acu :)
cuma berempat sbb yg lain2 ada hal memasing..
Lepas kenyang hantar acu pulang kami ke pasar tani.

tengahhari keluar p kenduri kawan nnt kita citer lain entry ;)

malam
 cikngah datang bawak chatime yg sedap dan gula-gula kapas sambil tonton citer sinchan dgn harraz haikal ;)
cikngah bermlm kat sini..
tido dekat2 jam 1 pagi! time tu aku dah lama masuk alam mimpi...sedar-sedar kakal menangis sebab kena cubit dgn cikngah =P haha nasib ko lah anak sapa suruh takmo tido hehee

Ahad

Cikngah &the gang semua g breakfast kt tempat roti steam jalan ipoh..area pasar jln ipoh
makan sampai kekenyangan -beli lauk-pauk utk masak lunch pulak..
ikan,udang kt situ mahal melampau! lainkali takmo beli dah..

 hasilnya ;)
udang masak pedas yg super sedap mak masakkan :)
 kailan ikan masin aku masak ;)
sedap melampau jugak hewhew nak jugakkk =P
 tomyam campur aku masak ;)
abg askar tanya sapa masak nih?
motif tanya sapa masak tidaklah aku tau hehe adakah sedap atau tak sedap =P
tapi licin dua beranak tu hirup kuah 
terus aku syak mesti sedap tomyam aku nih ^__^  ngehhngehh

Petang

Tunggu nenek balik dari aktiviti dgn sahabat-sahabatnya terus siap-siap nak ke satu tempat lain ;)
cikngah ditinggalkan yg pergi kami je termasuk abg askar.

 busyuk banga nenek ni manja yg teramatttt dgn nenek!
sampaikan nenek dah surender takmo jaga bakal adik nnt T__T huhuuu
sampai payah nenek nak bergerak sbb melekat mcm besi berani kt nenek =P

selesai urusan cikngah call tanya mkn petang apa..
mula nak beli kuih-muih..tgk jam dah hujung petang last ubah plan 
makan malam nenek gorengkan mee :D

 mee goreng marveles hidangan makan malam kami malam tu ;)
2 peket mee selamat dijamu utk 5 org tak termasuk kakal dan atok.

kakal makan nasik dan atok pulak takde hujung minggu tu sebab balik kampung ;)


happy read ;)

Sunday, June 24, 2012

BluesSeorangAku & mamyharrazblog

Mood Monday Blues memang tak ada utk hari ini disebabkan mamyharraz berjumpa dengan BLUES SEORANG AKU !

Sesuatu yg simple tapi boleh buatkan hari aku ceria ;)
Terima Kasih EN.Zaharin sebab sudi luangkan masa jengah blogmamyharraz :)

Blog mamyharraz awalnya dulu sunyi - sepi... kini meriah dgn kawan-kawan baru/lama yg sudi panjangkan ukhwah dari masa ke semasa..terima kasih korang :)

Entry disini ibarat diari terbuka yg boleh di baca dan di komen..dalam pada itu aku boleh tambah kenalan dari hari ke hari  :)  yg paling penting aku suka share cerita disini tanpa fikirkan trafik atau pulangan pendapatan dari nuff ! -kalau ada pun pendapatan dari nuff itu adalah sebagai bonus ;) asalkan boleh menaip, cerita itulah akan aku lakukan tanpa rasa stress :D

Untuk semua kawan blogger happy dapat kenal dgn korang semua <3

 selingan gambar hero tamil pujaan hati mamy&baba!

huahuaa sesukati hati jew baba dia ckp ank bujang ni mcm hero tamil =P
watever ~

happy read ;)

Thursday, June 21, 2012

Seiras wajah..

Mereka seiras!
sgt sukar cari perbezaan..
dann aku sgt sayangkan keduanya! sgt sgt sayang...
Opahcik adik kepada arwah opah aku..
 Opah cik kesayangan..seiras wajah arwah opah aku.

masa aku kawin opah cik setia ada dibelakangku gantikan tempat arwah opah..
terima kasih opah cik kerana bagi kasih sayang yg dalam sgt walau sy hanya cucu saudara..
tak terluah kata bila masa kita perlukan semangat dan perlukan seseorg yg lebih tua pd tarikh penting itu.. opahcik ada bg semangat itu utk aku dan mak!
Terima kasih opahcik..

Sayang opahcik.

 
happy read ;)

Wednesday, June 20, 2012

Google

Hari ni hari kedua utk journey lg 6 hari berbaki ! -Alhamdulillah ;)
go!
go!
moga-moga dapat pahala...diredhai oleh Allah dan kurus sikit ;P dptlah beraya dgn konfiden nnt ecehh ;P

Minggu ni kan...minggu aku google sana sini..google resepi...google tempat melancong...google -google-googel je keje gegurl -__- tihehe hari tu kan ada nampak pic kt fesbuk org dia bergambar kt Kundasang belatar belakang kabus+lembu sambil lentok kepala cantikkkkkknyaaaa!!!! sekali tgk pulak kt dejavu di Kinabalu satu babak tu buat kt Kundasang tu alahaiiiiiii cantikkknyaaa~ terus meronta-ronta nak jugak kesitu!

ok,cukup google Kundasang aku jelajah pulak Brunei.

Brunei salah satu tempat aku nak jejak sangat-sangat..walau byk komen ckp takde apa2 kt sana tetapppp mahu jugak kesana! lawaaaanya suasana kt Brunei....nak pegi nak pegi..

Semoga dengan berkat doaku pada hari ini Allah mendengar dan kabulkan impian daku yg tak seberapa ini -amin-

mood : berangan yg tak agak-agak di tgh bulan tua! kuakakaka :")


happy read ;)

Tuesday, June 19, 2012

Ketupat Sotong

Lepas baca entry CIKMOT tentang resepi ketupat sotong..
terus aku pasang niat mahu buat!! teringin yg melampau menguasai diri =P
resepi yg cikmot bg tu sgt mudah aku nak paham..bahan2 pun tak kelirukan gegurl..
teruslah terhasilnya menu ketupat sotong :D
tengkiu izan share resepi warisan ni kt mak harraz entry awk;) 

Selama ni tak terfikir pun nak try buat. ingatkan payah..rupanya senang je..
ewahh..senang ko kata ya =P tu pun berpeluh nak ikut step by step siap print resepi :")
sambil prepare bahan masak sambil baca resepi ;)

yeayy ni rupa ketupat sotong dah sedia utk dimakan ;)
sedapppppp okeh! tak percaya sudahhh ;P hehe
 resepi mmg ikut bulat-bulat dari entry cikmot..takde satu step pun derhaka ;P

 Hanim ada minta resepi kt facebook 
jadi mehlah kita share lagi sekali resepi ketupat sotong yg sedap nih ;)
bahan-bahan :
  • sotong segar
  • beras pulut
  • santan
  • gula merah/kabung ke sukatilah k ;)
  • bunga lawang
  • bwg merah
  • daun pandan
  • garam
  • lidi
cara-cara:
  • masakan beras pulut dgn santan -agak masak sumbatkan dlm sotong-kemaskan dgn pencucuk lidi
  • susun sotong dlm periuk-masukkan semua bahan-bahan-tgg sampai masak-rasakan garam-
 mudahkan resepi tu..
ok nnt nak beli sotong lagi bolehlah buat sekali lagi ;)

 jemput makannnnn ;)
hehe jgn ditanya apa fungsi tiga ekor kucing tu 
 kucing tu sebagai props jew..

sekian saja citer ketupat sotong yg marveles :)
happy read ;)

Monday, June 18, 2012

Anaknda tersayang

 Anaknda tersayang Harraz Haikal..
cepatnya masa berlalu.dah membesar bagai johan..
walau nasik cukup punya payah nak suruh dia makan..
susu je manjang..1kg 4 hari je bertahan..takpelah anak..janji sihat tu sudah cukup buat mamy gembira :)

Rasa mcm baru je mamy mabuk ngandungkan Harraz...tup-tup dah pandai menjawab budak ni tahuk? hmm pitam mak kau nak bergaduh tiap hari T__T  dia tak kan dok diam melainkan waktu tido =P
ada jeeee benda dia nak buat..tapi kalau dia duduk diam pun boleh buat mamy risau...yelah dah biasa dia buas tetiba dok diam..mestilah ada yg tak kena kan?..jadi lebih baik dia buas dari dia dok dendiam ;P

Dialog  petang bila mamy bukak pintu ;
mamy : "Assalammualaikum" sambil senyum kambing =P
Harraz : "waalaikumussalam" ..ehhh mamyyyy dah balik!! mamy masih hidup?
mamy : -________________________- erkkk ??

tersedak acik dgn soalan dari dia T__T ok,fine...dia bukan tau pun kan..tp cer baba dia yg aju soalan gitu kt aku sure bukak gelanggang mari kita gaduh NOW! ngehhngehhh..

 Ucuk sayang mamy..ni jarang menangis..kecuali dia bengang,kena buli dgn cikngah mengantuk (tp syg mata nak tido) lain2 hal mmg payah dia nak menangis...contoh kalau dia nak satu2 brg..kita pujuk baik-baik memang dia akn dengar ;)
Pic ni mamy amik lepas kena sound dgn atok ;P hahaa dia dok berlari masa atok tgh tido..kenalah marah..padan muka pastu mamy sibuk amik pic bertambahlah member bengang huahuaa nasiblah sapa suruh nanges =P


Sayangnya kt Harraz Haikal...Ya Allah Lindungi anaknda kesayanganku ini dunia dan akhirat-aminn-

happy read ;)

Sunday, June 17, 2012

wiken dikampung Gelok,Lenggong

Hujung minggu yg lepas unplan *ter*ikut atok dan nenek kakal balik kampung ;) cikngahlah mengajak..kebetulan suami cikngah ada aktiviti..pastu baba kakal pulak ada duty jadi ada baiklah jugak kita ikut atok dan nenek balik kampung! WeEhOoOooooOOoo ;)

Biasanya atok kakal memang akan balik kampung 2 minggu sekali..atok ada kebun limau yg nak kena pantau - meracun-kutip buah limau-mcm2lah aktiviti kebun yg atok buat :)

Celik je mata pagi-pagi dah ada kt kampung...bestnyaaa hirup udara segar :)
Aktiviti sabtu pagi
  • Breakfast ramai2 kt pekan Lenggong
  • Jalan-jalan kat pekan sehari Lenggong
Nak masuk tengahhari kami berempat (mamy,harraz,cikngah dan nenek) ke Kuala Kangsar melawat onyang Harraz :) luang masa kt situ sekejapan pastu ke Lembah Kuala makan mee kicap ;)
 sambil makan sambil nikmati pemandangan sungai Perak ;)
 Datang Kuala tak sah kalau tak makan mee kicap ;)

 Cikngah minum air jagung-sedap -

Puas pusing bandar Kuala kami patah balik balik Lenggong ~

Aktiviti malam
  • Makan malam dgn family kat Rest House Lenggong :)
 Order mcm-mcm menu sampai senak perut nak ngabiskan =P

 Kat rest house ni buffet pun ada kalau nak..murah,sedap pulak tu..kami tgk set lunch utk satu kepala rm6 jer..masakan lauk-pauk kampung.murah giler kan? nyumss

tapi lunch kami tak makan kt sini sbb ada menu masakan kampung yg terbaik nenek kakal akan sediakan utk kami satu family ;)

Aktiviti hari ahad
 Pagi lepas bfast..terus kepekan Lenggong cari bahan masak utk makan tegahhari...pastu singgah rmh maklang (adikmak) kebetulan deme ada jual durian kampung.apalagi ambik peluanglah makan sambil tolong jual =P hewheww tp yg lebihnya makanlah ;)
 mari-mari singgah beli durian ;)

bumbung biru tulah rmh tuan durian ;P

Yang dijanjikan menu lauk masakan kampung dari nenek kakal ;)

  • daging bakar
  • sup daging
  • ulam pegaga
  • ulam jantung
  • ulam pucuk ubi
  • sambal pecit ikan+limau
  • ulam petai rebus
  • pencuci mulut tghhari smlm durian! 
heaven melampau okeh! makan sambil lap peluh tebaik sgt :))

sambil taip terus rindu kampung halaman ~
 Pic ni je berjaya diambil sbb terlampau eksaited nak mengadap mkn ;)

Nota: semalam hari bapa...tiada ucapan pun utk ayah sbb kami bukanlah biasa dgn sambutan gini..namun jauh dari sudut hati ayah+kami tau kami (anak-anak) saling menyayangi satu sama lain...utk suamiku juga tiada sebarang ucapan namun kasih sayang yg tebit dr lahiriah kami tau saling memerlukan dan sayang menyayangi :) setiap org berbeza kan.

utk ayah : terima kasih ayah sbb jadikan hujung minggu kali ni gembira sgt :)
utk suami: terima kasih abg sepeninggalan sy 2 hari ni rmh licin berkilat! siap tersusun kemas..terus hati rasa gembira :)

happy read ;)

Thursday, June 14, 2012

Tat Gulung Nenas - Dibuka utk tempahan!

Dengan lafaz Bismililahhirahmannirrahim..

Dengan ini sy -mamyharraz- merasmikan bisnes kecil-kecilan dari dulu lagi iaitu TAT GULUNG NENAS..dan kali ini dibuka tempahan melalui ruangan sosial disini.Utk makluman penting sy hanya menjual kuih TAT NENAS GULUNG SAHAJA.

Saya juga seorang pembeli tak suka dipaksa..jadi disini sy mahu jual dgn penuh kasih dan sayang dalam masa yg sama mahu gembira tanpa ada perasaan stress diantara kedua-dua pihak ;) pendek kata tiada sebarang paksaan dari saya okey ;)

Mari cuci mata lihat produk hasil tangan dari ibu tercinta saya ;) nnt saya terangkan lebih detail bahan dan cara ordernya bagaimana :)

RESEPI DARI MAK YG TIADA BANDINGANNYA ;)
 SEDAP! CAIR DIMULUT ;)
 JEM NENAS
100% -RESEPI BUATAN PUAN ZALEHA (mak saya)
menarik ,tertarik ;)
jangan salah faham ya itik itu sekadar props tidak termasuk dalam menu ;)
props biar over baru best walau camera tak canggih =P

 Insyaallah hasil resepi kuih tat gulung nenas ini sedap sangat.

Jika berminat boleh call sy terus di talian 019-2586105 (yati)..SMS sy TAK LAYAN sbb henpon ai jarang ada kredit =P lagi pun kalau bercakap terus kan mudah nak faham...makcik yati ni selalu blur..jadi lebih mudah kita calling-calling jew k ;) 

50BIJI - RM20
100BIJI - RM40

Utk penghantaran kuih ni  tgk pada kawasan mana..contoh kalau duduk area rmh sy bolehlah dihantar..tapi kalau ko duduk jauhhhh kita bincang kemudianlah k..apa-apa pertanyaan call je sy okey? nah no sekali lagi yati -019-2586105-

kalau malu nak ckp dgn sy boleh email - mamyharaaz@yahoo.com

Utk entry kali ni sy tak open utk komen..sbb sy tak nak terguris hati pada komen-komen yg bakal menjatuhkan semangat sy sebagai usahawan muda - wahhh usahawan muda gitteww ;) jgn marah :D

Selamat hari raya eh selamat bertempah-tempahan ;)

happy read ;)

Tuesday, June 12, 2012

Riadah - Taman Layang-Layang

 Bulan ni mmg tak ada plan nak bawak kakal jalan-jalan.
Tapi mamy&baba tetap akan gembirakan hati kakal :)

Bawak dia kat taman - lepaskan dia bersuka-ria kt situ sampai hujung petang :D
bebaskan dia berlari :) 
Playground kakal dah tak pandang..dulu kemain pantang nampak je playground terus mengamuk nak suruh bawak dan dan tu jugak! tak kiralah tengah panas kah..hujan kah dia tetapppp nak jugak main kt situ..tapi sekarang dah berubah..abg kakal dah cool ;) dah besar anak ucuk mamy nih..
bila la ko nak ber adik baru ni kakal oii =P eh? ngehngehh

 Berguna sgt tikar RM2 ni made in PD lagi ;)
bentang tikar -makan tidbits-minum-minum-borak-borak :)
ohhh indah sgt..terus rasa bahagia :")

hati wanita ni kan mudah cair..
dapat duduk atas rumput berlapikkan tikar sambil tgk layang-layang,
 ada anak dan suami  itu sudah cukup buat rasa bahagia :)
 ololohhh kiut :")
 Layankan beli pistol buih ni..
tembaklah sesuka hatimu anak :D
 Sesak okey kt taman ni...ramainya umattt
jualan pun banyakkk jd sesapa nak dtg sini ko stanby-lah duit belanja kalau bwk ank baya kakal ni..
budak bukan tau apa yg dia tau nakkkk beli mainan yg penjual tu jual - pujuk camana pun tak kan jalan ~
utk elakkan kita & anak stress belikan je lahh sesekali layankan anak apasalahnya kan :)
 Kakal happy sangat :)
 sampai hujung petang baru kami balik ~
 penyerang menyerang fotografer =P
dia fedap mamy asyiklahhhh snap-snap pic dia kehkehh ada mamy kesah?

Bila dia puas main kt taman bila tiba masa pulang takdelah adengan rentap-merentap ;)
kakal pulang dgn rela hati -senang keje mamy&baba sbb tak payah susah2 nak paksa dia balik :P

nnt kita datang sini lagi ya sayang :)

happy read ;)

Monday, June 11, 2012

pulut+kelapa muda+sambal tumis

Hujung minggu mmg heven - lagi-lagi permulaan hari dgn sarapan hebat - mak buatkan besttnya :)
mak mmg best..teringat-ingat pulut yg lembut gandingkan kelapa muda lengkap dgn sambal tumis - terus rasa disayangi :")

mesej dalam hati utk mak : "boleh tak hujung minggu ni kita buat ketupat sotong?"- ini penangan selepas tgk entry cikmot yg marveles itu hewhew

Lepas makan pulut mata pun layuuu semacam..tp mana boleh tido banyak keje lain menanti utk di kerjakan..suri rmh dihujung minggu sgt memenatkan..tapi sangatlah bahagia rasanya :D
Terima kasih Allah berikan ku rasa nikmat ini :)

happy read ;)

Sunday, June 10, 2012

Hadiah utk anak

 Selamat hari isnin :)

Hujung minggu terisi dgn buat keje-keje rmh yg tertangguh..
lega sgt mesin basuh dah sambung paip..paip yg bocor dah settle..semua dah ok :D
Penat pindah pun dah settle :)
Happy dapat berjiran dgn mak dan tak lama lagi nak berjiran dgn cikngah pulak ;)

Cuaca skrg panas sgt kan.hadoii tak tahannn sejak pindah ni tido hanya berkipas..bayangkan selama ni tido ber ekon bagai...masak tahu masakkkk. mengada mcm nak kena lempang kan? tp tulah hakikatnya T__T
ank bujang lagi over...peluh mcm air terjun..plan mmg nak beli ekon..lantakk.bukan nak suruh suami belanja..tapi haku nak beli sendiri! =P tak kuasa okeh nak tgg lagi panassss..

Tapi...bulan ni kan kita banyak belanja..mana dgn baru selesai kenduri..itulah inilah..jadi plan nak beli ekon kita anjak dulu kedepan ;P

 Air cooler ;)
Buat masa ni mamy belanja kakal air cooler dulu ya sayang ;)
fungsi yg ada kt air cooler ni taklah sehebat sejuk ekon..tp bolehlah.selesa jugak ;)

brand hentam jelah janji ada gerenti dan lulus sijil sirim kira halallah ya ;)
RM368
murah ke mahal tak taulah...beli ni pun pakai hentam.janji malam kami tak mandi peluh lagi :D
 Hadiah ni mamy beli utk anak bujang ni :)
nnt ada rezeki mamy belanja ekon pulak ya sayang.sabar tau.
baba simpan duit belanja nak balik Sabah itu sudah cukup ;)

gaya terkini ank bujang kalau bergambar gitulahhh~
layankan sajewww :)

happy read ;)

Thursday, June 7, 2012

masak-masak

 Hari tu pegi nsk Selayang dgn mak..beli stok barang dapur sikit ;)
sedih okeh rmh aku tak de stok bahan masak :( hari tu masa kak Julie dtg tak dapatlah nak jamu dia masakan aku yg hebat tu :") kahkahh hebatlah sangat T___T
sorry kakJulie..sy promise balik Labuan bulan 8 ni sy masakan utk akk k :)
 
dengan RM80 brg yg dapat dibeli 
  • kentang seguni ( guni kecik tau bukan mcm guni beras =P) - share dgn mak
  • bawang seguni - share dgn mak
  • ayam gemok sekor
  • ikan sekilo - mak punya
  • ikan pelaling 4 ekor
  • kiub-miub utk sup 3 peket
  • telur 60 biji - share dgn mak 30biji sorang ;)
  • susu pekat setin
  • minyak 4 peket
  • sayur-mayur - carot,bunga kobis,sawi
  • beras
okeh ni je yg aku ingat brg berjaya di beli  =P 

jadi,dah ada bahan jangan mengader nak mkn kt kedai! 
balik keje sinsing baju marilah kita masuk kedapur ;)
owhh sebelum tu kt ofis aku dah siap2 google resepi ;)

over tau dahlah tak reti masak...sekali sekala ko nak masak menu cukup punya gempak =P
mangsa kajian eksperimen  mcm biasalah kalau tak abg askar tu sapa lagi kannn hehee
relaxxx dia dlm keadaan ok..dan selamat ;)

 ayam bakar in the house ;)
bahan-bahan yg simple - kalau ikut resepi pening mak! rmh aku mana ada bwg holad,rosemary bagai T__T jadi kita guna je bahan yg ada dlm peti ais - bahan yg di perap selama 5 minit ;
  • sos tiram
  • madu
  • sikit garam
  • kiub pati ayam
  • bater 
letak ayam tu dlm aluminium foil -  lepas tu bakarlah guna oven ;)
mana nak cari arang dik non..jd kita bakar je guna oven..menjadi jugak ayam bakar ko ;)
yang penting menjadi :D
 
 ok,fine..taklah hebat mana tapiii sekurangnya menjadilah jugak mengikut piawaian sendiri ;)
yg bulat2 tu kentang - bakar jugak..dah siap ayam baru bakar kentang tu ~

ayam tu di kawankan dgn coleslow :D
buat sendiri jugak ;P sebelum g kerja dah siap2 hiris-hiris segala bahan pastu sejukkan dlm petiais.
balik keje tuang je mayonis dan makan ;)

lepas ni banyaklah pic masakan dr chef kelam kabut kt entry blog nih ;P

happy read ;)

Wednesday, June 6, 2012

Spontan Khamis ;)

 Gembala kambing kesayangan mamy&kakal ;)


happy read ;)

Tuesday, June 5, 2012

ww - makanan dan kehidupan (:

 Lokasi : La Manila SS2 Kelana Jaya

Tempat feveret for ever sbb harga sgtlah berpatutan dan sedap!


 Pie bayam :D
sedap sgt sbb pic nilah aku dok ulang-ulang datang tanpa jemu!
1pcs RM4
 inti dalam pic tu nyumms ;)
 grille salmon ni pun sama!
sedapppp dan murah..banyak pulak tu.
RM16.50

melantak je keje ko kan? 
nak buat bagaimana..keje hempas pulas 
mestilah nak habuan yg hebak-hebak (read:hebat) utk reward diri sendiri ;)

happy read ;)