Saturday, March 22, 2014

Daftar darjah satu Harraz

Alhamdulillah urusan utk mendaftar kemasukan darjah satu utk harraz dah buat.
Kami daftarkan anak kt sekolah kebangsaan teluk kemang.Ogos ni baru tau sekolah mana harraz akan ditempatkan..tak kisahlah sekolah area mana pun..nnt mami yg hantar dan ambil awk ;)

Dokumen yg perlu disediakan ialah

  1. surat beranak asal
  2. satu salinan surat beranak
  3. salinan kad pengenalan ibu dan ayah
  4. salinan surat nikah ibuayah
  5. bil api air terkini
  6. setem 60 sen dua keping
  7. sampul surat 2 keping - saiz biasa
Lengkap dokumen semua tu boleh terus ke Pejabat sekolah ambil borang , isikan terus submit .

Alhamdulillah lega bila dah daftar..kalau tidak sebelum ni mcm tak lena tido dibuatnya hehe..



alahaiii dah besar anak aku..
rasa macam baru jer aku menonggeng kemabukan mengandungkan awak anakku..walau dah 6 tahun berlalu sampai sekarang mami tak boleh bau sabun TROJAN !! boleh demam kalau terhidu sabun tu huhu betapa hebat penangan mabuk mengandungkan harraz :P

Semoga Harraz anak soleh mami baba belajar pandai-pandai sampai kemenara gading.amenn.


happy read ;)

Thursday, March 20, 2014

PD mcmmana?

Alhamdulillah diam tak diam dah 3 bulan lebih menetap kt PD
Dalam meroyan tak suka duduk sini berjaya gak aku tempuh waktu sukar itu..bangga dgn diri sendiri dapat harungi dgn sabar ;)

Ingat semudah tu je aku pindah ke PD ni? no no no...ingat lg masa baru masuk rmh sewa nih menangis jer keje aku..pandang je muka laki menangissss mintak lempang simpati huhu bayangkanlah selama hidup 32 tahun (skrg dah 33) tak pernah berpisah dgn parents..tetiba berjauhan dgn diorg...sedihnya lahaiii...

sampaikan nak masuk dapo tak daya
tgk minyak sedih
tgk bawang sedih
tgk tepung sedih
tgk spagheti sedih

nak angkat sudip jgn citerlaaa mmg aku tak sentuh brg dapo huhuu

ohoiiii mmg saiko lah aku waktu tu..
punca aku sedih tgk segala bwg minyak tepung spagheti tu terus teringat kt mak adik2 ayah biasa kalau ptg2 mak buat cucur takpun aku masak spagheti..kang adik2 ,ayah mak dtg makan kt rmh aku :"( huwaaa masa tu terus aku jd fobia tgk barang dapo

Setelah di nasihatkan semorang (family) aku pun akur...diorg pun bg sokongan..kalau aku tak turun KL ..diorg yg datang PD melawat aku..masak-masak..berkelah-kelah..shoping2 kt kedai RM2 ..lama-lama terus aku ok..

dan harraz pun dah mula sekolah,mengaji ..aktiviti aku jd padat..terus aku lupa nak kememeng tak tentu pasal.Alhamdulillah keadaan back to normal :D


sandwish .
gamba kelmarin nih..ank g school,suami dah g kem aku pun layanlah tekak sendiri ;)

 Bila dah boleh masak ni kira oklah aku ni hehe
sambal telur puyuh bersama kentang
semua bahan mak bagi sebelum aku balik PD haritu ..segala cili blend semua mak yg bekalkan :") #iloveumak
Sambal tumis petai ikan bilis.
menu hat ni pun baru jer menuntut dgn mak..kalau tidak sebelum ni tau melantak je kan?..haa dah duduk jauh ni pepandailah..rasa mmg umph lah hehe resepi maklah katekannn ;)

 Selain urus mengurus rumah ..jd guru tuiesyen utk ank tu wajiblah kann..biasa homework harraz siapkan jam 3pm -4.30pm - setiap hari waktu yg sama.
sambil tengok2 kan dia buat homework aku curi2 tgk drama be carefull with my heart kt tv3 hehe
Petang biasa harraz main basikal depan rmh..tak pun main sepak2 bola..aku pantau sambil baca buku...kalau aku rajin kami berdua beranak g makan kopok lekor ,minum coconut shake kt tepi pantai teluk kemang.jarak pantai dr rmh dalam 5 minit naik kereta..kalau berjalan kaki mau patah gak pinggang nak daki bukit tu huhu..

Lepas maghrib hantar harraz mengaji ..selalu aku akan stanby maghrib awal..habis je azan solat.pastu cepat2 hantar dia mengaji rmh pakyob..kang lambat sampai lambat turn dia .. siap mengaji - biasa baba ajak mkn..kang dah kenyang terus harraz tido..paling lewat skrg dia tido kol 10pm..

Alhamdulillah sejak duduk PD harraz dah lupakan tab ,ipad,laptop,pc dan semua gajet yg satu masa dulu kalau takde boleh meroyan dibuatnya huhu..syukur juga kt sini line internet susah nak coverage..kalau ada pun nyawa2 ikan..

apapun aku happy dgn keadaan sekarang.
:)

happy read ;)

Wednesday, March 19, 2014

UMRAH AYAH DAN MAK

Alhamdulillah hasrat mak dan ayah nak menjadi tetamu Allah tercapai dengan izinNya.Syukur Alhamdulillah.
16 March berangkat ke Makkah Mukararahmah.

flite ke mekah adalah subuh jam 3.20am.

org doakan semoga mak dan ayah mendapat Umrah makbullah dari Allah s.w.t.
org juga berdoa semoga satu hari nnt kita dpt tunaikan ibadah umrah sama-sama insyaAllah.

'org' - tu merujuk kpd aku hehe

 Seronok hati tgk mak ayah gembira ...mak,ayah..kita lalui masa tua bersama ya :")
ayah iols yg comel..sebelum ni kemain pesan dgn aku jgn coba2 masukkan gambar dia dlm fesbuk :P
tp aku lupeee... snap jer tangan laju jer apdet sana sini habis acaner niiii heehe

 bergambar mcm tak sudi pokcik ni tp takpelah kita letak gak gambar dia sbb ini jer yg ada hehe

anak bujang aku puas melompat masa siang terus terbongkang tido..esok pagi bangun menangis sbb tak kejut dia nak ucap selamat jln kt atok nenek..adoii mami baba takmo amik risiko kejut awk tido..kang mengamuk susah oiii nak pujuk..takpelah nakkk nnt atok nenek balik kita g amik kt klia yer ;)


kiri dan kanan adik mak.
sama-sama bersengkang mata hantar mak ayah ke klia :)


cikngah dan suami :)
ayah mak dan tiga orang anak mereka - along angah dan abang :)
jarang dapat bergambar lengkap camni.

#ilovemyfamily

Sekarang ni jd rutin harian - call mak ayah kt mekah ;)
Kos panggilan ke mekah murah jer - seminit lebih kurang rm1.80 aku guna umobile - ayah mak guna simkad yg jual kt mekah ..kalau guna maxis lg murah kot..

Alhamdulillah mak ayah baik-baik saja di Mekah..dapat dengar suara gembira ayah mak bila aku call diorg.
tak sabar menanti kepulangan mak ayah minggu depan.

semoga kedua orang tuaku sentiasa dibawah perlindunganNya.amen.


happy read ;)