Saturday, August 30, 2014

Kota Kinabalu Sabah - Ranau

Salam bertemu kembali :)

Amboiii lama sungguh tak berbual-bual dan kongsi cerita kat blog mamyharraz ni ..rindu!
Dah lama tak mengadap laptop..sekali dah hadap meh nak lambakkan cerita percutian aku,suami,anak dan mak mertua ke Ranau,Kundasang Sabah ;)

Lepas raya kelmarin suami bawak balik Labuan . Dekat sebulanlah kami kat Pulau Labuan.Gembira hanya Allah yang tahu..gembira sangat..sampai terpaksa pontengkan anak bujang cuti sekolah huhu.. sorry harraz..tapi mami tau awk mmg happy lah kan kannn..

Memandangkan lama stay kt Labuan , kita panjangkan langkahlintas laut ke Kota Kinabalu .

Labuan ke Menumbuk - 2 jam


Dalam fery .
Murah jer tambang fery  - dewasa dan kanak-kanak rm2.50 seorang

Ada jugak speatboat ..hat tu terus ke bandar KK tapi semua pun tak setuju naik speatboat sbb takut mabuk laut.Tambang speadbot dlm rm20+

 Luas pemandangan ..tak terasa pun perjalanan 2 jam ..
Dalam fery ni lengkap dgn kantin ,toilet dan tv besar utk menonton.
oklah taklah melanguk kebosanan..nak menyampai ke menumbuk..banyak kali aku mengulang teguk kopi panas hehe..sat dgn suami kang sat lg laga cawan kertas dgn mak mertua pulak hiks .sedap sambil minum kopi  hidup udara laut ;)


Pekan Menumbuk.
Sampai jer terus cari bas - naik utk ke bandar KK
Perjalanan - 3 jam lebih

Time beli tiket fery , beli sekali tiket bas.
maknanya masa beli tiket fery - beli tiket bas kat terminal Labuan. faham?
tak faham ko tatap lah laut kat sini sebab takde kenderaan nak ke bandar KK :P

Tiket bas dewasa RM25 seorang- kanak-kanak separuh harga.

Bas double decker . lawa ke tak bas ada aku kesah? sbb masuk jer bas membutalah aku hehe..anak suami pepandailah korang yer ..mak mertua duduk sebelah aku..merasalah dia dengar menantu berdengkur hikhok.

Tiada pilihan yer ..mengadap jelah perjalanan jauh utk menikmati pemandangan yang indah kalau tak mengantuk ;)


Sampai bandar Kota Kinabalu tempat wajib kena singgah ;
  • pasar philiphine
  • suria sabah
  • one borneo
  • wisma merdeka
  • tamu (hujung minggu jer ada)
  • makan seafood
  • beli kuih cincin
mungkin banyak lg kot kena buat tp sekurangnya kalau senarai kt atas dah capai kira sah lettew melawat sabah ;)


Bandar Kota Kinabalu .



Jalan menuju ke pasar philiphine.

Udang kering ,ikan bilis ,ikan masin - tak beli ko balik jer semenanjung sohih menyesal huhu sedap sgt kot hasil laut dr sana.

Pasar basah bersebelahan jer pasar philiphine . Ke pasar ni aku berdua jer dgn mak mertua laki dgn ank lepak kt hotel ..kemain laju ko mama berjalan..mengah ok ahkakkk..last aku serender ajak stop minum teh tarik ambikkkk dekat 2 jam kot kami bergosip kat kedai mamak tu huhu..mmm rindu ..

Tapau utk mak ayah.
udang kering kesukaan mak ayah.


Masuk jer pasar philiphine ..rambang mata usah cakaplah kan..lahaii semua pun nak beli ikutkan hati tp berpadalah kena sedar diri sbb iols stay kt labuan lamaaaaa jd banyak lg belanja nak dipakai selama sebulan kat sana hihuu.

hanya beli sikit sebagai kenangan gittuw ;)


Kalau berjalan kat tempat orang..aku kurang suka masuk shopping centre..lebih suka jln2 kt pasar ke tamu ke kira yg lain dari kebiasaan.. masuk suria sabah ni pun kemahuan anak..dulu anak kecik bolehlah jalan2 ikut kemahuan sendiri..sekarang dah lain..anak dah besar ;)

Suria Sabah.

Malam menjelang marilah kita jamu mata ditepian laut.

 Geram tgk lobsters ,udang,ketam dan seangkatan dengannya.
Jamu mata tekak sikit sebanyak jangan tidak..kang teringat-ingat payah huhu
harga paling win lah kan..murah dan sedap.mana dapat harga lobster semurah itu ditempat lain.

Sepanjang di Bandar KK - menginap di town inn
harga mampu milik senang sbb ditengah bandar.
semalam RM65 utk standart room - lokasi kat belakang public bank.
5 minit jer berjln ke suria sabah
10 minit berjln ke pasar philiphine

Teruskan ke Ranau pulak jommm

Sewa kereta dulu baaah
Sehari RM120 - wira deposit RM200

Maklumat terperinci sila call shon - 0198718044
atau
no pejabat - KK Leisure tour & ren a car  - 088-234607 , 088-232320


Senang jer nak naik Ranau.
Dari bandar KK tu ikut jer signboard tulis Ranau , Tamparuli kalau sesat tu biasa baahh redah jer k k k

Perjalanan - 1 jam lebih dah boleh sampai ;)
Laluan naik ke gunung biasalah lengkang lengkok tapi aku rasa teruk lagi laluan naik ke camaron .. sekurangnya jln naik ke gunung ni besar tak sempit.


Anak beranak yang romantik ;)

Alhamdulillah , perjalanan sangat mudah.
Nampak jer check point utk naik ke gunung kinabalu terus TERUJA !

Masa sampai sini gunung kinabalu tak nampak sebab kena salut dgn kabus.
Sejuk cuaca kat sini tahap beku ..aku yg kulit tebal nih pun mengigil-gigil hehe lama kot tak rasa sejuk sampai ketulang ..

ni pun pasangan romantik  :)

tak sia-sia beli sandal scholl ..kali ni berjalan sikittt pun kaki tak melecet.
ok,pasni mmg jd koleksi iols.biaaaalah tak lawa janji selesaaaaa.

Anak bujang mami yg hangin bila mami sibokkk bergambar.
tak paham aku kenapa dia tak suka bergambaaaa T____T sgt mak tak paham nakkkkkkk

Masuk ke dalam utk bergambar kt check point Kinabalu Park ni kena bayaran dalam rm2..kalau salah mahappp dipinta hehe tp mmg murahlah tiket masuk kesana.Disebabkan kejar masa kali ni kami tak masuk sini..tak kempunan sbb tahun dulu bercuti dgn family in law dah puas bergambar kt situ.

Teruskan perjalanan.

Ladang Tenusu , Kundasang.

WAJIB datang!

Tiket masuk - dewasa RM4 kanak2 lupaaa brp RM hehe

Suasana yang indah , cuaca nyaman terus jadi romantik lol

 Dua jejaka belang yang selalu tenang bila maminya naik belang lol

lamaaaa kami menikmati keindahan alam kat sini..sambil berborak-borak ;)
tenung lembu
tenung kabus
tenung rumput menghijau

hirup udara nyaman..

Ya Allah syukur nikmat atas rasa tenang ini :)

Besar dah anak bujang mami niii
Alhamdulillah Harraz anak yang baik ..sepanjang kami di Sabah tak banyak ragam dia.
Syukur kesihatan baik semua pun baik.Alhamdulillah.

Seindah gunung Kinabalu ,
semoga perjalanan kita juga seindah ini.
Jangan pernah lelah utk pimpin saya dan anak.

Kebiasaan sebelum berjalan kt satu tempat aku suka GOOGLE !
pastu jumpa blogger yg review tempat Kiram Village ..sangat jatuh hati bila tgk gambar2 yg di review..tapi kecewa bila email , call ,mesej semua pun tak berjawap..

maka, redah ajer lah ke Kiram village nih..
Dari ladang lembu ,teruskan jer perjalanan ke Mesilou.

Sampai jer kat sini .. hilang kata-kata nak gambarkan macammana...LAWA sangat!!
Berada kat sini terasa ada didalam taman yang indah gittuw ..landskape ,bunga hidup yang segar ,patern chalet yang klasik aduhaii LAWA sangat..

Teman borak yang memahami.
Teman urut yg ohsem hehe patut aku yg urut mama..ni terbalik..mama yg selalu urut kepala migrain aku hehe ..
mama persis mak.

Semoga ada rezeki utk bercuti dgn mak ,ayah dan mama suatu hari nanti.


Paling aku suka kiram village ni , harga bermalam kat sini berpatutan ..murah.
bermula dari RM80 - RM550

cuba nasib utk menempah yer kat sini ;
Email : jamalulk@gmail.com
tel : 016-6950057 , 0198824546

Bayangkan minum kopi panas ..duduk kt beranda ni sambil menikmati pemandangan gunung Kinabalu ohhhh sgt ohsem bukan?

Perancangan kita Allah yang tentukan..bila sampai jer sini nak booking semua room full !
kecewalah jugak..ye lah dah lama kot aku berangan nak stay kt sini huhu.

Maafkanlah hamba yang over dose bila bergambar -____-

Kecewa terubat bila jumpa lodge yang selesa , lawa dan murah ;)

Bermalam disini ;
Rocky Mountain Lodge Kundasang
semalam rate RM100  utk queen + single - deposit RM100

Yang putih tu rocky mouintain..mengadap gunung..dan tu kereta sewa wira sepanjang kami kt KK.


Sayang .

Cinta .

 cucu dan neneknya :)
Pemandangan indah dari Kiram Village . Berlatar belakang gunung Kinabalu waktu rembang senja dalam jam 6pm :)

Bumi borneo waktu siang awal ..jam 5.30 dah cerah
malam pun cepat gelap jam 6.pm dah gelap mcm jam 7.30 kt semenanjung.




Kebetulan annivesary ke 7 tahun kita di puncak gunung yang indah . Alhamdulillah.

selamat ulangtahun perkahwinan utk diri sendiri semoga lebih matang dan dewasa melayari bahtera perkahwinan.Semoga aku akan jadi seorang isteri dan ibu melimpah dgn kasih dan sayang dan selalu bersyukurdan tidak kufur nikmat yang di pinjamkan oleh Allah s.w.t.aminnn ya rabbal alamin.

terima kasih suamiku menjadi seorang yang sabar dan penyayang sepanjang bersama saya dan anak.
 Ingat lg dialog suami dgn mama

"biaaaa dia maaaaa tunduk sana senget sini snap gambar tergolek jatuh kita tengok je"

sampai hatimu bangggg lol

siapa tak teruja tengok pemandangan indah niii nasib aku takde kamera boleh zoom sana sini..huhu
syukurlah adanya s3 ni haaa lol
Makan malam kat kafe kiram village.
nampak bumbung biru tu ? situlah rocky mountain.dekat jer dgn kiram village.

Makan malam simple jer semua order nasi goreng kampung .ohh ada add maggie assam laksa juger utk back-up perut ;)



Bangun pagi bukak pintu nampak keindahan alam ciptaanNya.
Subhanallah.cantik.
Tinggi-tinggi gunung Kinabalu ,Tinggi lagi sayang sama kamu
Biru-biru hujung Kinabalu , tengok dari jauh hati saya rindu.

Ya,memang hati ini rindu bila teringat gunung Kinabalu...

Lepas rindu baba bermanja dgn mamanya ..sayu hati tgk mama layan baba..yelah jarang bertemu..laut memisahkan jarak..baba ni bila kat semenanjung aku tanya tak rindu mama ke? relekk je mcm takde perasaan..tapi bila dah berjumpa mama baru terserlah rindu itu alahaii..sayu pulak iols huhu..

menantu jadi comel bila disamping mak mertua yang comel :D

Ya Allah.. ini memang berganda comel tiheehehe

Nak tengok gunung Kinabalu yang indah dan jelas - waktu sesuai ialah PAGI !
petang ikut nasib juga kalau kabus tak tebal muncullah ia...biasanya matahari naik jer gunung terselindung disebalik kabus putih yg tebal.

Semua gambar snap bantai guna samsung S3 - kamera iols ada kat ayah..nak minta segan sbb musim raya mesti ayah nak guna kann... nak pinjam kamera canggih cikngah pulak maluuu nak mintak hihu..

 Subhanallah.Indah.
Tak mengapa, nanti bila kamera idaman mami dah dapat beli ..mami kembali lagi untuk bertemu ya gunung Kinabalu !

 waahh wahh sesekali ko bergambar mmg over kan mami? lol

"maaaa jom bergambar"
"boleh baaah "

haaaaa mana aku tak geram dgn mama sbb comel sgt niii ya rabbi aku rindu suasana kelmarin !
sangat rindu!


Sarapan kat restoran ni sambil nikmati pemandangan gunung kinabalu..kedai ni betul-betul mengadap gunung..paling penting halalan toyiban.

Ranau senang cari kedai makan halal..kebanyakan penduduk islam.
Kuih muih pun banyak jual..sedap pulak tu.
Harga pun standart je..tak mahal.

KFC pun ada area restoran ni..

 Kopi minuman ohsem dikala cuaca sejuk ;)

Sayangnya kedua niii nak kunyah simpan dalam perut boleh ? hehe
Harraz pakai 3 lapis baju..mahap ye nakkkk mami lupa nak bwk jaket awk..maka pakai jer ulangan baju belang itu hehe.
Tab alat penyelamat utk bagi mood anak menten ok .. power bank jgn lupa..percayalah..kalau ank mengamuk automatik aura mengamuk jangkit kat mak dan situasi akan jadi lebih teruk huhu sound mcm seram kan? tp itulah kenyataan..TAB ,IPAD,SMART FON benda wajib nak kena ada bila jalan jauh! ini tips dari mamiharraz.


Beli sayur.
4 peket RM10
ole-ole utk yang menanti kepulangan kami hehe

Pilih yang gebu-gebu maaaa
sambil pilih aku dah siap2 cop menu apa nak minta kakjulie masakkan hehe..


Brokoli adalah gemok-  segemok iols gittuw hehe

Jalan turun ke bandar KK - stop rumah terbalik yer ..kang tak singgah menyesal.

tiket masuk utk dewasa RM10 - tunjuk i/c yer baru dapat harga tu
Dalam rumah terbalik ni dilarang bergambar.degil jugak snap merasalah kau didenda.
Nampak meja kerusi terbalik tu ?
haaa gitulah barang yang ada dalam keseluruhan rmh terbalik ni.

Hanya boleh abadi kenangan di luar ni jer ;)

Pening jugak huhu


Alhamdulillah berakhir percutian singkat yang penuh kenangan manis.
Ada rezeki,umur panjang kita bercuti lagi kesini.Insya Allah.

Syukur bertemu jodoh dgn org jauh..jadi merasalah nak panjangkan langkah luaskan pandangan mata tengok tempat orang ;)

Kalau cari destinasi percutian , Ranau masuk dalam list korang yer ;)
Terima kasih Allah utk kenangan manis yang tak dapat dijual beli ini.
Ponsikau :)

happy read ;)