Syukur Alhamdulillah niat kami yg lama di hati sudah pun di tunaikan pada awal June hari tu dengan adakan kenduri - Syukur Ya Allah kerana permudahkan urusan niat kami sekerluarga :)
Niat bersama di gabungkan dgn adik beradik ayah.. kebetulan pihak kami ada rezeki lebih jd kami sepakat utk sama-sama berkumpul dan adakan kenduri di rumah pusaka peninggalan arwah opah :)
Semua urusan kenduri ayah dan ciklan (adik ayah) jadi tulang belakang - dan kami semua follow je apa yg sudah di rancang sebulan sebelum majlis.
Menu hari kenduri maklang ,cikana,cikani dan mak yg sediakan - bahan-bahan masakan pula dpt bantuan dr jiran sekampung ;) Alhamdulillah meriah sgt..
Aku biasalah jadi juru foto 2 hari berturut-turut ;P jomm tgk majlis hari tu ;)
Kambing - hadiah mamy &baba utk Harraz Haikal :)
Sejak baba balik dari lebanon baru ni dpt buat kenduri..
yelah hari biasa ada je hal..asyiklah tertangguh.
Lega dapat juga selesaikan :)
Terima kasih semua yg tolong :)
nampak tak sapa yg intai intai tu =P
baba lah yg paling sibuk hari tu..
mandur ;P
atok
baju merah suami cikngah..pun bertungkus lumus utk majlis hari tu..
LOVE
Semua bahan asas kebanyakkannya guna yg segar-kelapa dr pokok sendiri ;)
tapi nak kena rajinlah kan ;)
Koboi ;P
yg tolong potong2 bawang ni pun bukan org lain..sedara terdekat yg berjiran dgn arwah opah..
jadi kam memang rapat dgn depa semua ;)
Masak mmg 100% family kami sendiri..
wahh kemain org baju belang dok kacau kari ;P
MakLang (adik ayah) master chef ;)
menu hari majlis semua resepi Maklang..dan semuanya sedapppp..
Mak..org kuat majlis ;)
masak guna kayu api..
rasa dari hasil masak guna kayu api ni sedap sgt!
CikLan (adik ayah) & CikAna (isteri CikLan)
boboiboy ;P
si gemok dan si kurus T__T
kat dapur pantau lauk hehe
Doa di baca tanda majlis bermula.
Bila berkumpul ramai2 begini terus rmh arwah opah berseri..
sayangnya kt rumah ni..sebab tu aku tak pernah jemu balik kampung..
Pak mertua dan menantu-menantunya ;)
Harraz dan sepupunya ;)
Orang lelaki makan dalam rmh...perempuan pula dah sediakan khemah kt luar tp kalau nak mkn sama2 pun tak de masalah..saja ayah buat mcm ni sbb nak semua sekali harung masuk dlm rmh mana muat.
EDIT : kalau ikutkan biasa mmg perempuan duduk dlm rmh dan lelaki kt khemah..tapi disebabkan ahli jemaah baca-bacaan doa panjang sebab tu habis bacaan doa depa terus makan kt dalam rmh ;) tapi tak semua..ada jugak pihak lelaki mkn kt luar khemah..ikut kesesuaian masaing2
Bahagian atas rmh ni belum di baik pulih sebab tu tak guna ruang yg atas tu..
Berakhirlah majlis penuh Kesyukuran kami -Insyaallah ada rezeki lebih bolehlah buat lagi nanti- :)
happy read ;)