Thursday, January 1, 2015

Ipoh

Salam 2015 ;)
3 hari 2 malam di Ipoh penuh memori indah..
Sebenarnya ke Ipoh ni kami teman baba outstation..kira2 ni sambil menyelam minum air :)

Pembukaan tahun baru ni jom mami dan harraz bawak jalan-jalan ke Ipoh jomm

Art street ni ada dalam area bandar lama ipoh ..mudah jer nak cari..bila masuk jer road old town ipoh korang drive ler slow sambil mata tu intai ke dinding lama deretan kedai.dah nampak satu dua lukisan konfem korang akan jumpa berpuluh lukisan dinding kat belakang kedai2 lama tu haaaa tunggu apa lagi posing lewww ;)


kalau pemilik ipone ke kamera godang ke pasti lg lawalah hasil gamba..
iols tangkap guna samsung s3 yg bateri ala2 kong ni pun kira alhamdulillah gambar nye..oklah kan ..
gamba dua beranak tu set timer jer ..letak fon kt tong sampah kendian mak berlari peluk anak dan posing lol
 olololoooo share makanan tu yer banggg ;)
 tolakkkk cepatttt ;)
 jom abg bawak atok round kampung ;P

 terjumpa pulak big hero ;P *sep sep lalalalaaa*

alahai anak aku ni kalau senyum mmg suka gituh maaf kan je laaa..

dah penat posing sana sini kat dinding .. nak cari ais kepal konon basah kan tekak..syukur walau tanpa gps dan tanpa baba mami dan harraz tak sesat kat ipoh.. cari jalan pun melalui google..senang jumpa.

kat IG  gambar ais kepal saja mengundang terliur sebab tulah gigih mencari..mula baca direction kt ig yg dah pernah sampai mmg haku pening !
kejap ckp kt plan B kejap org ni ckp kt sekeping koh heng kong baca lg komen kt bits n bobs so korang baca apa yg aku taip ni pening tak ? LOL

ok jangan pening.

sat lg aku citer mana lokasinya k ;P



ok, pic harraz dan kek ialah di restoran Plan B
nampak tak perkataan bits&bobs tulisan warna warni tu ? haaa situ lah kedai ais kepal tu..
maknanya kedai ais kepal tu berhadapan restoran plan B ada paham ?

Nak kesini senang jer .bangunan ni ada dekat area little india Ipoh.
sapa ada gps lg mudah keje .kot kalau takde gps mcm aku ni korang tuju jer jln old town ipoh konfem jumpalah. sbb old town ipoh tak besar mana punn..

gigih tau aku meg explain jam 1 pagi ni sbb bg paham hihuu tak paham jugak tak taulah dennn..

kecewa tetiba hari yg datang kedai tu close.
tanya kat staff plan B mmg bits&bobs tutup hari rabu ke ? staff tu jawab entahhhh fine jawapan dia bg mmg gojes *matakeatastangandidada*

Syukur masih ada esok di Ipoh ;)



Akhirnya dapat juga merasa ais kepal :)
sila baca arahan kt papan putih tu..patutlah staff plan B nak tak nak jer jawabnya..rupanya ice ball ni dilarang bawak ke area diorang huhu
 mami amik perisa gula melaka+laici RM3
 cuaca panas dapat hirup ais kepal whuaaa mmg best ;)
 Dah datang ipoh jangan lupa try k k k ;)
Ada rezeki nnt nak datang Ipoh lagi itu janji baba utk mami dan harraz :D
I Love Ipoh :)

happy read ;)

9 comments:

NEKCIK said...

mlm mlm ni nampak pulak ais kepal..teringat zaman skolah rendah. ...

Bidadari gojess said...

As salam.. plan B kita pernah pegi.. makan kek dia je ngan kopi.. kek x brp best tapi seploh hengget.. xleh lawan secret recipe. Yg lain xpenah cuba lagi.. sekwping kongheng xnah cuba lgi. Mlm nti nak bawak f.i.l celwb bday ke plan B. In shaa Allah... betul ke ada turkish menu???

jemput dtg blog kita

Mak Wardah said...

tq for the nice entry..harraz makin ensem

Dalila Yusof said...

Nanti nak jalan-jalan la kat ipoh..adik ..dia duk situ
Jemput singgah yer
http://dalilablogez.blogspot.com/

maria javedh said...

Takpernah pi ipoh. Lalu-lalu je. Best jugak ni kan.
If free2 meh le je jln kat blog mai ek www.miraclevitaminsupplement.com

Ummul Azkee said...

seronok nya...dulu xde pun street art cmni kt ipohh

ice kepal tu cm sedap je...

salam perkenalan

housewifeart.blogspot.com

Ummul Azkee said...

seronok nya...dulu xde pun street art cmni kt ipohh

ice kepal tu cm sedap je...

salam perkenalan

housewifeart.blogspot.com

Ummul Azkee said...

seronok nya...dulu xde pun street art cmni kt ipohh

ice kepal tu cm sedap je...

salam perkenalan

housewifeart.blogspot.com

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)