Sunday, November 17, 2013

Kenangan dan pengalaman di alam pekerjaan

Bismilalahhirrahmannirrahim.

Entry berjela-jela ..saja nak share kronologi perjalanan kerja aku.
Yang lepas jadikan kenangan gittuw.

Perjalanan kerja bermula bila tamat je spm.

Kamunting -Tol Jln Kuching

Tunggu result spm keluar -  buat part-time jd tol gate girl kt jln kuching .kutip duit tol  (skrg tol tu dah tutup)
Terseksa kooo bila keje shift! bertabah 3 bulan kot kt situ..tak suka kena shift malam!!
banyak kenangan tak dpt dilupakan bila gadis manis ni dikelilingi kwn sekerja yg berpuak-puak .. biasalah khenn kalau staf baru masuk pekerja taiko lama tak suka .Hadoii letih adinda time tu nak pilih masuk puak mana ekeke tp bukan sap sap soi depa nak terima ahli baru gittuww tambahan pulak budak baru mmg tak dipandang mereka..tapi ada aku kesah?! tak terima pun takpe sbb time rehat aku suka membutaa dr bergosip kehkehh

Alhamdulillah  Allah hantarkan kwn yg baik utk berkawan sepanjang keje kt situ adalah 2-3 org yg ok dgn aku.
Disebabkan 2-3 org baik dgn aku hat lain yg sombong cam haper tu abaikan jer.. bila ko tak nak layan ai its ok dear HIHI eh eh ehh ayat mcm marah jew?  kehkehh

Sikap yg kuat membuta ni pun mendatangkan masalah kt aku..ada satu masa tiba je shift malam aku bantai tido dalam kotak tol tu uolss! semua org ingat aku pengsan..padahal sambil kutip duit aku tertido!! suka lettew kete lalu kt lane aku dpt tol free malam tu hehe demm!! esoknya naik pejabat kena sound dgn manager huhuuu

kenangan manis pun ada terpahat sampai la ni - antara yg tersimpan dilubuk hati aku ialah ayam masak halia kakak kantin tu masak sedap nak mamp!! hari-hari aku mkn menu yg sama hehe menyesal tak mintak resepi kt kakak tu :P

Dapat  jer result spm , berhenti jd toll gate girl! bahbaiii semua .

Masa itu emas , peluang yg ada aku apply belajar kt kolej swasta utk dapatkan sijil jangka masa pendek.Terima kasih mak dan ayah kerana menaja anakmu utk mendapatkan ilmu.terharu sgt.

Dua tempat je pun aku belajar utk dapatkan perisai dimasa hadapan ;

  1. sijil basic komputer engineering dari kolej swasta - Stamford Kolej
  2. sijil belajar komputer ( words,excell etc etc ) -Kolej Swasta nama aku lupa
Bukan mudah nak jadi senang.. tanpa pengalaman kerja/ diploma /degree
Semata-mata bergantung dgn sijil tak seberapa tu ko ingat org nak amik jadi pekerja? mmg tak laaaaa kannn huhu.usaha tanpa ada rasa jemu..Jenuh jugaklah turun naik bangunan submit resume..tak cukup tu aku apply pulak kt agensi pekerjaan marissa (tak silap tulah nama agensi perkerjaan tu)

Tak genggam diploma /degree bukanlah penghalang mencuba dptkan pekerjaan yg sesuai.Alhamdulillah jalan yg mudah Allah aturkan ,ada  kwn bg alamat utk interview jawatan kerani nama syarikat Prokon Padu kt Jalan Ipoh.Sepatutnya kawan yg interview  tp dia tak bersedia nak keje waktu tu jd passlah kat aku jawatan tu.

Kemain eksaited ..sampai terlupa aku takde apa-apa pengalaman.
Belajar kolej belum pun mula dah berani serah diri utk di interview.

Berkekalkan YAKIN je melangkah pergi  interview kt situ ..
Hasilnya ? iols gagal ..  # jalantundukpandanglantaitandahatikecewa
jawapan standart dibagi  "kami  fikir dan bincang dulu, kemudian ada jawapan baik pihak kami akan call awk "
eh?

sah lettew tak mo amik aku bekerja....  -_____-

giler kot org nak ambik aku keje kerani padahal satu haper pun aku tak tau nak buat .. tak salah mereka ..


Pizza-hut

Ubati kekecewaan  buat part time pizza-hut .. kwn juga yg pelawa keje situ..janji ada  keje belasahlah labuuu asal ada keje .
ahkak bertukar menjadi gadis pizza-hut .
Elok-elok keje dgn kegembiraan (sbb hari-hari dpt melantak pizza free)  dpt call dari kak ayu (prokon padu) bgtau jawatan yg aku apply dulu diterima mereka ! .. ahkak terus jd tak tentu arah mengigil cam parkinson kerana terlalu gembira .. kemasukan adalah ASAP!

Gelabahlah  kakak pizza-hut ni tetiba dpt jadi kerani uolss LOLz

Prokon Padu Entreprise

Gembiranya hati bila up  title gadis pizza bertukar menjadi kerani LOL ...tapi pizza adalah sayang nak berhenti  - maka , dgn tamaknya aku kekalkan keje part time  kt pizza tu ..habis office hour,  aku sambung masuk pizza pulak jam 6pm-11pm.Bijak khenn ;P

Gigih sgt - maklumlah nak simpan duit nak kawin kahkahh ok, alasan nak kawin tu tipu jerr pakwe pun takde camana nak kawin time tu  heh hehhhh

Prokon Padu permulaan utk aku kenal bidang kerani .
Terima kasih kak ayu kerana sudi terima sy sebagai pekerja , walaupun sy bermula dari ZERO! NOTHING!
Di Prokon Padu lah aku kenal dgn kak yan yg penyanyang dan kak ayu yg banyak mengajar aku selok belok alam pekerjaan dan alam percintaan kehkeh

Prokon Padu mengajar aku kenal apa itu

  • invoice
  • d/o
  • purchase order
  • sales
isu cek, photostat,  taip surat , failling , pendek citer segala tok nenek kerja kerani aku dapt belajar dan kenal.
Pengalaman yag tak mungkin boleh dijual beli!
Lama juga dapat kutip ilmu kt situ..dan menjadikan aku seorang dewasa.

Sampailah satu masa , dapat better offer dari company Berhad..hat ni camana aku dpt biarlah jd kenangan.malas ahkak nak kenang semula huuhu

Rezeki jangan ditolak .. sampai masa perlukan pilihan yg tepat utk jaminan masa hadapan .. Enterprise jump ke Berhad pula siapa tak nak kan? berat hati aku ni nak lepaskan jawatan kt Prokon Padu dan beralih arah masuk company baru .. namun,pilihan kenalah buat..Terima kasih kak ayu.Terima kasih kak yan .

Selamat tinggal Prokon Padu Enterprise.

Bina Goodyear Berhad 


Bina Goodyear Berhad tempat aku habiskan masa remaja.dan rekod paling lama aku berkhidmad!
1999 - 2012
Sepanjang kerja di Bina Goodyear part time job aku teruskan.
Tapi up jadi part time nurse hihi
Bye Pizza hut
lama kottt aku keje kt klinik habis office hour aku sambung masuk klinik jam 6pm habis jam 9pm.

aku kuat bekerja satu sbb aku suka holiday dan lg satu dapat duit part time boleh aku bayar kredit card hihi!
Part time job stop bila aku nak kawin..masa tu aku pulun buat ot jer kt ofis.
bila dah kawin segala ot terus full stop.
back to normal routine 9am to 5pm.
habis keje pejabat terus balik rumah .


*gambar selingan*

Bahagianya dunia hanya Allah yg tahu bila aku di bawah jagaan Ms Lim selama 10 tahun di Bina Goodyear Berhad!! ramai yg komplen tp aku dgn Ms Lim ok je ;)

Sepuluh tahun bukan jangka pendek..ajaibnya sepanjang kerjasama dgn ms Lim adalah sesuatu yg sgt indah dan gembira.Tekanan kerja langsung takde..terkucil sikit-sikit tu adatlah kan? cuma yg tak best ramai pulakkk yg nak jadi boss aku!  memasing nak tunjuk kuasa itu biasa.. ada aku kesah?!! bak kata org alah bisa tegal biasa..aku hanya follow apa yg boss aku suruh..org lain yg berangan nak jd boss aku tu sorry ai is tak layan huhu..aku tak layan


aku dan kak sherry

kami berdua paling senang nak di campak kemana-mana bahagian..SABAR itu kata kunci kami berdua hasilnya waktu kami dicampak dimana-mana bahagian kerja kami buat dgn hati yg gembira ;)





hantarlah kemana sajer buat inspection? checking building? check plan? round site office? okey saja bahh ;P




shanti
kawan baikku sayang awk sampai bila-bila :)


Ms Lim boss paling best aku dpt di abad ini..serius rasa best jer kerjasama dgn dia.Tapi ada gak adengan sentap menyentap puncanya biasa lew org melayu kite bukan suke tgk hubungan baik cenggitu .. cucuk menyucuk adengan biasa lew..huh!! bertabahlah haku nak berhadapan situasi menyampah tu.



kiri dan kananku kawan paling win dihatiku
sayang sampai bila-bila kak shery n waiyee :)


episod drama sedih terjadi bila aku mengandung..nasib kurang baik bila masa tu dapat alahan teruk.
manjang je mc manjang je unpaid sebagai boss Ms Lim sangat memahami lgpun alasan aku logik kannn tp ko ingat org lain senang tgk ko kejap mc kejap unpaid mcmtu? pastu dpt pulak back-up dari boss yg baik.. takdenya nyahhh!!...ada je manusia buat-buat TAK FAHAM yg waktu tu aku tengah mabuk mengandung yang aku alami alahn mengandung yg sgt teruk..tau apa alasan manusia tu ? dia mengandung ok jeeee tak de pun alahan mengada2 mcm aku ni saja mengada dia kata yeh?...eh?eh? yer tu bahagian ko jd bersyukur jelah sbb tak dpt alahan masa mengandung...pelik sgt dia ISU kan kes aku mabuk ni apa kes?!...emosi aku di ganggu mereka !! paling best aku ditindas masa boss aku outstation ke over sea.. masa aku lemah tak berdaya dan tak ada org back-up aku,  manusia tu ambik kesempatan TINDAS aku cukup-cukup..Oh my! so sweet gurls! never mine gurls akanku ingat sifat kejam korang tu! akan terpahat menjadi kenangan pahit!! LOL

OPPSS! kakT ter emosi pulakkkk kahkahhh
biasalah kann mengimbas kenangan lama gitteww ;)
tempat kerja mana-mana sama je aku rasa cuma keadaan jer berbeza..


10 tahun - follow ms Lim sbg boss - ms lim sy takkan lupa kebaikan yg diberi pd sy :)
2 tahun follow Tracy sbg boss - Tracy juga best suka belanja aku kn tempat mahal2
1 tahun follow Janice - dgn Janice pun enjoy sgt paling best dpt merasa duit angpow besar!

kenangan pahit , kenangan manis di BG ulam yg best utk ditelan ..dgn Bina Goodyear lah aku dapat lihat dunia Luar


dapat merasa panjat tembok china kt Beijing ;)


dapat tgk lampu neon kt Shanghai China.


dapat tgk tiger show kt Thailand LOL


13 tahun aku setia dan disitulah rezeki aku melimpah ruah dan merasalah pusing melihat dunia Luar .





Setiap pertemuan lawannya perpisahan..
Ingatkan jodoh aku dgn BG ke akhir hayat rupanya silap..
Krisis dalam syarikat pun berlarutan selama 2 tahun - maknanya sejak aku tukar boss masa tulah syarikat dah bergolak - sebagai staff aku tak amik tau sgt apa dah jd..tp lama2 perkara jadi serius -sorang demi sorang tinggalkan BG termasuk aku.

Jujur ckp..aku belum bersedia nak tinggalkan Bina Goodyear Berhad..
belum bersedia nak tinggalkan kawan2 yg dah aku anggap saudara sendiri :(
dan belum sedia nak pencen kerja se awal usia ini - dan keputusan nak berenti itu agak giler kot dahlah main kutu sana sini ekeke risau nokss..sbb tu sebelum tinggalkan BG aku dah stanby cari keje lain.

Namun akhirnya aku akur..
Selamat tinggal BGB :"(

Bermula episod baru..

Rezeki tu sentiasa ada..sekali je apply - interview terus dapat.Syarikat spare part..oklah taklah besar mana tp dia boleh bayar gaji yg aku mintak kira oklah kan..Kat situ keje dalam pejabat cuma pompuan cina sorang nnt aku masuk maknanya berdua jelah handle keje-keje pejabat nih..
tak fikir panjang terus terima salah satu sbb dekat dgn rmh , tak tempoh jem,tol segala.. basic ditawar pun oklah cukup makan...

Permulaan kerja ok jer , kira-kira aku bolehlah handlelah .. tugas buat akaun ..dari buku lejar sampailah on sistem semua aku kena buat - fine.dah arahan buat jelah . nasib baik aku tau jadi itu bukanlah satu masalah.tapi yang peliknya pengiraan yg aku kena buat dari bulan march '2012 (aku masuk jan'2013) memang pelik..dekat setengah tahun kott keje akaun tak bersentuh..ok takpe aku buatttt je ikut arahan si aso tu ;P

Tempat keje kt situ mmg selesa -aku ada bilik sendiri (bilik kecik jer) pompuan aso tu bilik sendiri ..tenang jer buat keje tanpa bersangkut-paut dgn org lain..segala mesin fotostat ,printer semua ada dlm room tu..sesekali jelah staf lain masuk tu pun kalau nak ambik file kt kabinet ..

Dua minggu sepanjang aku bekerja mmg ok..takde masalah..yg aku dengar aso tu memekak dok maki driver/despacth lantak deme lah as long dia tak maki aku dah syukur alhamdulillah T___T mmg aku tak amik pot ..mengerikan dengar aso tu meroyan .. hari-hari aso tu terjerit pekik dgn despatch/driver..entahla apa sebab -_____- masa tu aso dgn aku dia ok..masuk keje wish good morning .. balik kang wish bye-bye hmm oklah tu kannn..dalam hati amboii baik pulak dia nie -_________-


Silappppp besar okey! aso tu mmg saiko! dah dua minggu aku keje dia tunjuk belang ..sabar jelah aku T________T

Punca dia meroyan sbb used envelop terkoyak..(ekceli aso tu dah pesan dgn aku tiap kali letter masuk bukak sampul elok-elok sbb dia nak guna balik envelop tu)..alahaiii mmg tak masuk akal dia punya nak mengamuk..padahal bukan aku yg buat ponnnn dah tetiba dia nak meroyan tu apa kes? tskk tak paham aku..pastu tak cukup kes used envelop dia pun cari punca nak mengamuk dgn aku hari2 okehh..sewelll punya pompuan T____T gilerr woii sepanjang hayat aku tak pernah aku kena marah dgn org mcmni tauuu
sapa tahan hoii keje dgn pompuan meroyan gitu..nak arah tak tentu pasal tak profesional langsung!

dia ingat aku kuli dia? heyyy aku dibayar gaji okeh! nak marah boleh tp biar bersebab dan sebab tu logik!
sorry yer aku tak ambil gaji dari hasil diri di-meroyan orang huhu

dah satu hal nak menyampaikan baki keje ada lebih kurang seminggu terseksalah aku..hari-hari bersedih..coiii betul pompuan tu buatkan hidup aku dilanda kemurungan..Syukur ,suami dan mak family semua paham masalah aku..dan berita aku keje dgn pompuan saiko tersebar dlm family T________T

hari-hari call suami mengadu sambil nangis sedu sedan dgn harapan dpt simpati :P
balik je rmh mengadu dgn mak pulak harap penderitaan aku di saiko pompuan giler di mengerti ;P

dann harraz pun semakin paham derita maknya..sampaikan dia nampak je muka aku dia ckp ;
"mami dah gagal ke"?
sedihhhhhnya aku T___________________T

aku dalam dilema.
emosi terus down..belum bersedia nak mengangur sebenarnya..
Last keputusan aku pilih setelah dpt nasihat dan pandangan semorang (family) - ambik unpaid leave awal dr tarikh sebenar aku nak ke HongKong..ohh masa aku masuk keje situ dah awal-awal aku bgtau aku nak holiday hujung Jan '2013..jd aku siap2 isi form cuti hehe keje belum start dah aku minta cuti..sbb plan holiday ni dah plan dr bulan Nov '12. aku pun tak sangka nak tukar tempat keje.

part aku nak cuti takde masalah..tp part aku bgtau dia nak berhenti pompuan tu punya mengamuk mcm haper jer..aku mmg sound setepek lah sorry sy tak boleh kerja dgn org saiko mcm KAU!! mengamuk lah member huhu ada aku kesah?! ko nak mengamuk?silaaaa kannn ko mengamuklahh ko nak report? haaa silakan aku pun mmg bersedia je nak report sbb ko tu gila! haihh....

Dgn BGB aku bertahan berbelas tahun , dgn company meroyan tu aku cuma bertahan sebulan jer pastu aku resign!!

BAHBAIIII ASO SAIKO!!



Holiday HK diteruskan juga sbb dah bayar awal..time ni mmg aku tak ingat pun sebenarnya diri dilanda masalah huhu



Sepanjang kat HK ai is happy woman hihii

balik dari holiday HK aku jadi blur.

terus dapat insomnia ..penyakit tak boleh tido malam T____T
nak pindah ikut suami tak boleh sbb terikat dgn sekolah ank..yg aku risau nak bayar kutu tu jew hihi -bukan seratus dua aku main kutu tu beratus-ratus kotttt huhu


KLINIK

malam tak dpt tido mulalah selongkar paper lama cari peluang keje mana tau seswei -
nampak peluang keje nurse asst. berminat.aku kan ada pengalama keje klinik..
esok call- doktor nak jumpa - interview-deal-setuju nak keje.kemasukan sukati aku nak mula kerja bila2 pun huhu

suka dgn shift yg dibagi.
masuk 3pm habis 10pm.

sempatlah aku uruskan ank sebelum aku g keje.
kira aku settlekan kan hal ank , ptg aku masuk keje dgn perasaan lega..
aku keje mak tolong jagakan harraz.

nurse yati ;P

Plan konon keje dalam 3 bulan je kira ngam lah dpt settle hutang hehe - bila dah keje sayangggggg nak berhenti! sebab serasiiii sgt kt Klinik.
dapat doktor baik , kawan keje baik - sayangggggnya kt diorg sangat.akhirnya bertahanlah aku keje kt klinik tu sampai end of Nov 2013!
freedom waktu keje aku tak rasa mcm keje pun..dpt partner shift yg best terasa mcm duduk kt rmh je..hari-hari tgk movie kt lappy hehe

 walau aku ni tua tp aku paling manja ngehngeh
ira dan kak letchumi selalu layan ..
kejap nak tukar shift kang kejap nak cuti kejap nak merisolon hehe
sayang sgt kt diorg niee rasa mcm nak kunyah telan simpan dlm perut :")

cuma kawan rapat je tau aku keje kt klinik ..yerr ramai kot kwn fb tanya aku keje ke tak skrg ni ..tp aku jawab tak keje.bukan nak menipu tp aku rasa tak de sbb kot nak cerita kt semorang :D

terima kasih korang sbb buatkan farewell utk sy malam kelmarin.
terharu dalam gembira..
terima kasih sbb gembirakan sy sepanjang sy keje kt sini..
LOVE!

malas nak explain kenapa keje klinik..dan paling penting aku tak nak dengar komen negative..contoh ayat yg tak nak dengar 'kenapa berenti keje akaun tu rugiiinya' huh! takpun 'laaaa keje klinik jer kenapa tak cari keje pejabat' heh!! haaaaaaa sbb tu lah aku malas heboh aku keje apa selama 10 bulan ni hihi. apa yang penting happy sgt sepanjang berkerjasama dgn doktor dan kawan-kawan kt klinik tersebut.Bukan mudah nak dapatkan keserasian dgn majikan dan rakat sejawat.Sebab tulah aku hargai peluang yg aku dapat dan hasilnya sepanjang 10 bulan keje kt klinik gembira sgt ..hati lapang dan senang dgn suasana kt situ.

Alhamdulillah,Allah selalu ketemukan aku dgn orang yg penyanyang , dan situasi yg menyenangkan.

Jodoh pertemuan adat perpisahan.
suami berbincang ambil kata sepakat nak  bawa aku dan ank pindah ke PD akhir bulan Dec 2013'.
tunggu ank habiskan sekolah dia ..berangkatlah kami hijrah ke PD.

Selamat tinggal Klinik
Selamat tinggal Doktor yg baik
Selamat tinggal sahabatku yg baik
:"(
lagi sekali ada perasaan sedih nak tinggalkan pekerjaan yang menggembirakan hatiku.




14 tahun bekerja keras berhasil kumpul utk keselesaan hidup
Alhamdulillah dapat memiliki sebuah rumah
sebuah kereta hasil titik peluh bekerja dgn gigihnya suatu masa dahulu :D
titik peluh suami lain citer..yg dia tak termasuk dlm entry ni

maka, sekarang berakhirlah kerjaya aku utk bekerja siang dan malam.
masa sudah tiba utk aku menunggu suami pencen LOLz
5 tahun lg baki suami iols pencen hihi

Yang pasti  tiada rancangan utk joint apa-apa bisnes jualan langsung,joint ahli dan sebagainya...
tak daya rasanya nak berkejaran sana sini..lgpun tau aku ni jenis mcmmana , susah nak berkomunikasi dgn org ramai hehe komitmen utk family lebih penting skrg ni.
nak bayar balik waktu sibuk bekerja dulu..nak luang masa dgn family.

tp ada jugak terfikir nak bisnes online secara santai tgklah nnt camana
ada rezeki holiday ke vietnam ke Indonesia ke  bolehlah beli bahan bisnes .. contoh nak dijual nnt  tudung atau telekung atau kain pasang mungkinn ..korang jadi kastemer ai nnt eh hikhik #ayattetiba ...entahlah tgk camana nnt..mana tau ada rezeki ada modal bolehlah aku bisnes kecil-kecilan kannn mood berangan lebih hihi ;)

sebab tu i is sayang blog mamyharraz ni nnt bolehlah tepek iklan kt sidebar kann hihi

Kalau tiada rencah dan rasa itu bukan kehidupan namanya..bila kita dah lalui berbagai rasa barulah kita menikmati hidup ini dan menghargai masa dan peluang yg di tempuhi..

aku pernah jatuh ,rebah,bangun dan jatuh berulang kali..
namun sikit pun aku tak kesali apa yg telah aku harungi dan lalui dalam tempoh perjalanan ku itu.
apa jua jalan yg ku pilih biarlah Allah yang tentukan..pasrah dan redha adalah kata kunci utk menuju ke destinasi seterusnya.
semoga Allah berikan jalan dan sinar dihari-hari bakal ku tempuh.In sya Allah.

Entry kali ini tiada kaitan dgn sesiapa dan tiada niat sebaliknya.
Cerita dan jalan pengolahan hanya sekadar luahan penulis , tiada kena-mengena dgn sesiapa pun.
Jika ada yang terasa maaf dipinta.

"Selamat tinggal alam pekerjaan"
:)


happy read ;)

Wednesday, November 13, 2013

Kulcats Barrio

Kulcats Barrio
Lokasi restauran kt Taman Tun
Hari tu datang nak makan kemain ramai kastemer dia tgg turn so kancel ..syukur smlm datang tak payah tunggu turn.

Makan-makan sempena birthday maklong dan cikngah .
9/11 - birthday maklong
10/11 - cikngah pulak
selang sehari je birthday kami dua beradik.

Pavlova - tekak aku ni bagilah apapun makanan signal nak mengatakan tak sedap tu mmg payah .. jadi pavlova yg manis leting ni sgtlah ohsem.kecik molek jer size dia..rm10 rasanya harganya.


Puding coklat.
gabungan panas sejuk ngamlah kannnn sedap tahap nak repet order ;P
tapi agak2lah kan nak repet dahlah org belanja ko nak demand pulak? hehehehe
Spagethi marinara.
Rm25 - 

Beef lasagna. hat ni kesukaan aku.sedapnya lahai lahai...RM25

Pastu ada side order oreo milk shake - fries





 
Terima kasih cikngah sudi belanja kami semua makan kt sini :)

Happy Birthday to me yang ke 32 tahun :D
Happy Birthday to cikngah juga :D

happy read ;)

Friday, November 8, 2013

momentcam


Gittew nama apps nih.
momentcam

macam comel je
macam sama je
macam cute je

ahaks!!

harraz dan mami

macam nak kena lempang je?
hihi

best gak try apps baru nih..
ohh yg terjuntai tu bukan rambut iols tauu hehe


happy read ;)

Tuesday, November 5, 2013

Lauk kegemaran

Berjiran dgn mak adalah best.

Hari-hari pun mak mmg masak kt rumah aku..ptg baru mak balik rmh dia siapkan minum ptg ayah..gitulah selalunya..dulu masa duduk damansara gas kt rmh aku bertahan setahun okeh nak habis! sib baik tak expired tong gas tu ..yelah mana ada guna sgt..masak air aku guna water boiled tuh..selebihnya dok mkn rmh mak tak pun mkn kedai huhu bravo sgt kan kehkeh..

dah duduk dekat ni berasaplah sentiasa dapurku itu hehe dan sejak ada baby mak masak mkn tghhari awal..jam 11 lebih kadang dah ready hihi akulah happy dan kegemukan huhu

Alhamdulillah rezeki jangan ditolak gittew ;)
Lauk hari ni asam rebus keladi

 fuhh caman nak diet? tak mampu haku! ratah gitu tak best nak kena makan dgn nasik baru ngammm
kena gu dgn jeruk mamam ni mmg terbaikk lah.

hadoilaaa esoktulattunggeng jelah diet kot kahkah



happy read ;)

Monday, November 4, 2013

Pizza-hut

Minggu ni patutnya balik PD , anak pun cuti sekolah ..
Tapi..aku pulak ada keje nak settlekan dan dijanjikan yg dah lama.

Sejak kebelakangan ni aku ada buat keje sikit dgn Doktor hewhew kira dapat duit poket gittew
Tapi tak lama dah nak kerjasama pun sbb end of Nov ni nak move ke PD dah...jadi bermulalah menjadi suri rumah sepenuh masa :)

kebetulan cuti deepavali ni ramai yg cuti panjangg jadi aku jadi bidan terjun utk menyelamatkan keadaan hiks
Stori pasal keje ni nnt kita share di next entry bersama k k k


Orang lain bercuti aku pulak direct 14 jam 2 hari berturut cover staff dia bercuti .penat.tp sikit pun aku tak terasa beban.happy lagi ada sbb dapat kerjasama dgn orang-orang yg menyenangka hatiku..utk happykan hati pizza hut dijamu selera hehe..pizza baru kot..mmg sedap..cheese setiap jejari tu rasa lain2 mmg sedap.


Ni yang sayang nak tinggalkan doktor niii kenapalah baik sgt dgn saya?
ok,ok bukanlah sebb pizza aku terlebih feeling tp doktor yg kerjasama dgn aku terlalu baik hati..susahlah nak dapat jumpa org baik mcmni..

Alhamdulillah di saat aku tergapai-gapai mencari jalan keluar , Allah temukan dgn mereka yang baik hati.
Kira ngamlah aku tolong DR dan poket money pun dapat :D

soooo wish list jom hihi .

happy read ;)

Sunday, November 3, 2013

laddu

Deepavali je aku terbayang laddu selain muruku ;)


Sedapppp gilss!! laddu nih.. lemak manis jgn cakaplah kan? mmg win dihatiku ..stok potong kaki dia punya manis!! ada aku kesah..haha selamber je aku nikmati sambil pejam mata ;P sedap sgttt.
puas hati dpt mkn yg dijamin halal dan bersih .In sya Allah :)

Berlambak ajer laddu ni kalau nak..bersepah kot ada jual..tp tu lah nak dpt yg sedapppp gils mmg payah hihi

happy read ;)