Monday, October 28, 2013

Random

Salam isnin ;)

Semalam open day kt sekolah harraz dah selamat pun report card diambik..Alhamdulillah keputusan sepanjang dia belajar sgt memuaskan..ini baru langkah permulaan utk Harraz..semoga lepas ni dia lebih rajin kejar ilmu :)

Entry lepas kan aku tayang bangganya dpt kelim karipap tu kan?

lepas digoreng tulah hasilnya ;P
diameter lari tu perkara biasa janji sedap meletop kebabomm kahkahh LOL

Gigih aku belajar buat karipap sebab ada potluck ..hehe kfc,hotdog dan nasi lemak hasil sponser kwn tersayang :)
Kenyang sgt !!
entah bila kot aku nak diet pun tak taulaaaaaaaaaaaaaaaaa

Makan capati kt jln tar nama kedai santa capati.
nenek belanja .
pagi sabtu tu  lepas nenek teman atok bfast mkn roti canai boleh pulak ketuk pintu rmh aku ajak g jln tar mkn capati.
nenek suka mkn kt sini.
adoiilaa mak camana org nak pindah jauh ni ? camana ni? camana? nnt mesti aku kesunyian huhu
abg askar awk silalah jaga hati sy yg rapuh ini baik-baik k ? K? K? mihihihi
tengokkkkk sgt marveles okeh!!
kedai ni ahad dia katup.
pastu hari biasa close cukup punya awal.
ok sukati ko lah nak katup awal ke apa janji nasib sabtu tu dapat aku mkn capati dgn kari ayam yg marveles ni ;)
Harraz dan matahari terbenam.

Sabtu tu lepas makan capati kami 3 beranak bergegas g PD
Macam biasalah sampai je sana ptg singgah pantai cuci mata tgk kebesaran Allah :)
Alhamdulillah diberi kesempatan ini.Indah sgt.Subhanallah.



happy read ;)

Thursday, October 24, 2013

Kelim karipap

KakT dah pandai kelim karipap
LOLs
LOLs

Susah kotttt part nak kelim kuih karipap nih..makan tahun okeh aku nak praktis buat sampai menjadi ;)
bila dah menjadi kenalah blog kan kisah gembira ini kehkehkeh
Oklah ni kann..selama ni tau makan jew at last reti gak ko meng kelim kan kakT
Belajar dgn mak lew hehe nak duduk jauh baru hegeh-hegeh nak belajar itu ini..

Nanti kot kwn abg askar tu nak bertandang rmh kami bolehlah aku eksyen hidang kuih buatan sendiri ekeke

Yang sebenarnya mata aku ni tak mengantuk..biasalah ank dah lena ..mata aku pulak segar bugar..cer ank tgh aktif mata ni kemainnnnn nak pejammmm jer haihh kehairanan sungguh!


happy read ;)


Tuesday, October 22, 2013

Harraz Haikal

Alhamdulillah Harraz membesar dgn sihat dan gembira.
Sejak dah belajar kt tadika banyak perubahan yg berlaku kt diri anak mami ni..antara yg mami nampak Harraz dah pandai berdikari..pandai uruskan homework sendiri dan banyaklah benda positif yg berlaku :D

Kalau dulu asyikla nak berdukung,makan bersuap semua benda pun mami atau baba yg kena buat utk dia sebab? MANJA terlebih sudahhh hehe

Alhamdulillah dah boleh menulis , membaca , mengenal huruf . Nama sendiri pun dia dah pandai tulis.
pandai camana budak 5 tahun punn mengamuk mmg hobi dia huhu jadi mak ni mmg kena banyak bersabar karenah anak ni..mood ank ni cepat nau berubah..kadang haku pun tak paham..habis2 buat dekkkk jelah kalau dia mengamuk tak tentu pasal huhu

Hari tu Harraz dapat angpow dari Uncle dia ..jadi rekues nak kete control ni oklaa belilah anak ;)
hat ni tak taulah yg ke berapa sebelum ni ada jangka hayat mmg tak lama sbb hempok dek Harraz mungkin masa tu dia tak reti nak hargai barang mainan ..

Hujung minggu kami sejak 2 bulan ni mmg ulang alik ke PD jelah..habis jer konsert harraz bulan Nov ni baru nak move barang rumah ke PD.In Sya Allah.

Mula ank mami mcm tak happy jer bila tau nak pindah ..kena berpisah jauh dgn nenek atok adik dan semua :(  baba pandai pujuk hati harraz dan mami.Lama2 mami dan harraz pun oklah.

sebenarnya bukan awk je tak happy mami pun sama..tapi kita kena kuatlah k ;)
cuma mami tak tunjuk depan semua yg mami tak happy sebab mami taknak susahkan hati baba :")


Kelmarin on the way balik KL dalam kete harraz sepraiskan bagi kukis siap ada tulisan "mami" kt tab dia ohh anak terharunya mami :") manisnya rasa bila ank dah pandai ambik hati dan cuba gembirakan hati :)

Cepatnya masa berlalu ..dah besar anak mami.
membesar dgn sihat ya sayang..doa mami sentiasa denganmu anak :)


happy read ;)

Friday, October 18, 2013

makan sorang

Zaman teman berteman makan dah berlalu ~
Yang ada sekarang makanlah ko sensorang kalau mahu hewhewhew

Nak tunggu suami teman lambattttt sikit ..kalau ada pun tentu aku kena ikut selera suami dgn anak jaranglah depa nak layan tekak tengkolok aku yg besau ini hauhauhau ;P hehe ini bukan isu nya ;)

Iols sejak dah beranak satu ni dah tak memaluw keluar makan sensorang kalau dulu adoiii nak duduk mkn kt meja sensorang memang tak laaaa! ntah papeee je sekarang berbeza ..belasah je . tak kuasa dah nak pikir apa janji dpt chill hehe

Ni minggu lepas , aku ada app.sekali dpt call ditunda ! haihh takkan nak patah balik rmh ..dah siap babai kemain ilove u love me dgn ank tetiba aku patah balik mmg cari pasallah kannn kang tak memasal ank aku buat ragam ;P

sudahnya aku g lepak mkn sushi hehehe 
tak agak-agak se jag depa jamu green tea kt aku ;P sedap!
weekdays 3pm - 6pm sushiking ada 30% less
Total semua menu tak sampai rm15.00 okla kann



Yee mee

hat ni iols masak .. makan berdua dgn mak part masak benda gini mak ok je kalau aku yang masak hehe lagi satu kuewtiaw kungfu, spageti pun mak suka kalau aku yg masak *kembanghidung*

oklah kan sekurangnya ada gak benda yg mak suka bila aku memasak ,kira luluslah nak jamu kt org hehe

Pisang goreng cheese.

Hat ni terpengaruh tgk kt IG kawan.terus copy cara buat terus cari pisang ,cheese dan dan  tu jugak try buat.lazattt berkrim..biasa desert pisang cheese ni kt Indonesia trade mark depa kan.pasni teringin je boleh buat lg practice make perfect gittuw



happy read ;)

Thursday, October 17, 2013

Bukit Tinggi Pahang

Perjalanan utk ke Bukit Tinggi kurang dari satu jam jer dari KL.
Dekat je punn tapi nak menyampai kesini mmg fikir banyak kali.

Pertama bila baca komen yg dah naik kesini semua ckp biaseeee jeee
Yang kedua faktor masa kottt ;P
 Jadi tak kuasalah kan nak ngadap pening jln bengkang bengkok tetiba sampai tempat tak bestt..

Dalam tak kuasa tak kuasa tu akhirnya sampai jugak aku kesini hewhewhew ;)

Tiket utk masuk ke Colmar Tropicana ialah
Dewasa :RM12 seorang
Kanak-kanak : RM8 seorang


Pic semua bantai guna fon.
janji ada kenangan bersama gittuww 

Pemandangan kt atas bukit tinggi ni sgtlah ohsem! cuaca tak sesejuk kt genting highland.

Harraz puas berlari kesana sini..paling dia suka masuk rmh jepun bagi ikan makan.
Masuk area rumah jepun ni free tp kalau nak pakai pakaian traditioanal jepun kenalah bayar RM30 - bolehlah bergambar sambil feeling mcm kt negara Jepun ;P
aku tak amik pun.

 Area sini pemandangan cantik sgt

 Kena bertabahlah panjat bukit turun bukit nak menyampai keatas nih..
 I love my little family :)

Kalau rajin explore banyak lagi tempat yg boleh lawat selain rmh jepun ni..mcm kami ni fokus 2 tempat je..taman jepun ni dgn Colmar je ..pergi balik hari..sampai sini dah lewat..saja je..

Puas menapak bukit - santai pula kt Colmar ni..jalan ambil angin sejuk..dah malam makin sejuk cuaca..ank aku mcm biasalah...cukup time mengamuk lew dia hewhewhew boring kottt

Untuk jalan-jalan dan merasai suasana berbeza ok jer Bukit Tinggi ni bagi pendapat aku..maksudnya kt sini happy nya lain..Genting happy nya lainn gittuwww
 makin malam suasana kat sini meriah..
sempatlah makan kt sini sebelum turun balik..harga makanan standart biasa jer..


Terima kasih baba bawak kami jalan-jalan. :)


Penutup entry best ajer bila dapat jalan2 makan angin ni..tak kiralah mana pun jejak hati ni berbunga-bunga jer dpt berjalan selain duduk di rumah ;)

Kalau dapat bermalam lagi best rasanya.In Sya Allah ada rezeki boleh datang lagi :D



happy read ;)

Kesukaan - Starbucks

Ketagih kopi adalah aku!
Tak kiralah kopi jenis apa semua yg bernama kopi adalah kecintaanku.
Dapat yg pahit tu yg besttt!!

Walau bagaimana ketagih..takdelah pulun minum kopi starbucks jer semedang gunung ditarah pun runtuh oiii huhuuhu

Bukanlah selalu minum starbucks nih..kenkadang je tu pun tgk keadaan.


Kalau g PD kt Petronas Serdang ada drive true haaaa kat situlah pit stop tapau air kopi lazat nih!
Venti tauuu !

Jenis aku ni mmg tak konsisten order air kt situ ..bukan sebab nak rasa pelbagai flavour tp ahkak nih kelupaan tajuk menu korang kat situ hehe..sebab tu tiap kali order manjang blur tak tau nak order flavour apa.

Setakat ni yg aku ingat salted caramel dgn java frappucinno
dah dua tu je aku ingat.


Tapi nan hadoooo aku nak recall balik bila tiba waktu amik order tuuu
sudahnya tiap kali order kena jerkah tanya terus ter order perisa lainnn huhu

Takpelah labuu asal lazat mak ok jeww

casher pun satu janganlah eksyen sgt bila ambik order org mentanglah ahkak org melayu kemain eksyen ko tanya siap gelak sinis yeh? ye laaa aku ni walau dah berpuluh kali order tak kuasa nak hapal menu korang dek nonnn sbb tu ahkak blur tiap kali order . niat nak order lain tp tunjuk lain hewhew
Kes casher eksyen hanya time dine-in
Time take-away haku tak nampak ;P

 Apapun situasi itu bukan penghalang nak ulang dtg minum starbucks ;) 



Kelebihan card ni salah satu bla birthday kita dpt free satu slice kek dgn pembelian air dr mana2 flavour.
best kan nnt dapat hadiahkan diri sendiri makan kek wehOoo ;P
 Abang Harraz school ..jadi adik tak school dapatlah ikut maklong ;)
Hari tu buat member card , jadi dapat free air grande . jadi ajak cikngah lepak-lepak dalam ni sambil teman adik tgk lagu pakmamat ada kebun kt ipad :D

Last pic ni kat Port Dickson
Starbucks baru dibuka - jenis konsep open air ohsemmm sgt!

Cikngah nnt kita lepaks sini sambil minum sambil hayati keindahan laut ;)

happy read ;)

Wednesday, October 16, 2013

Pindah PD

Akhirnya!!

Keputusan move ke PD diakhiri dgn kata sepakat.
Ok,ikut plan nak tunggu baba harraz posting ke KL , manalah tau kot dapat kt Sg.Besi ke Sg.Buloh ke mana2 janji KL!

Tapiiii dah nak menyampai hujung tahun ni nan hadooo tanda-tanda nak posting kesini.
Jadi,kata sepakat diambil eloklah aku dan anak pindah ke PD ;)
Tempat isteri dan anak disisi suami tak gittuw :D

Buat masa sekarang belum sepenuhnya pindah - sebabnya? kenalah tunggu Harraz habiskan sekolah dia dulu..setel kan konsert  dan sepatutnya kt kat tadika dia baru kita loading barang ke PD ~ Tiada aral Hujung November.

Keputusan utk pindah bukanlah perkara mudah..namun hidup berjauhan dgn suami juga bukan perkara yang mudah! Semoga Hijrah ini mendatangkan kebaikan utk kami sekeluarga hendaknya .Amen Ya Rabbalalamin.

Anggap saja kita dalam percutian ~ dan hati rasa berbunga-bunga bila dapat pandang laut setiap hari :)

Tak nafikan PD agak boring kalau menetap tapi utk percutian memang best!

Tak kenal maka tak cinta.In Sya Allah nanti dah rasi oklah..biasalah keadaan baru kita nak menerima payah sikit..jangankan aku ..Harraz pun tak nak bila ckp pindah PD..yerlah dia dah selesa duduk dekat dgn nenek atok tetiba nak berpisah jauh ohhh memang mencabar nak ambik hati dia ..pujuk supaya happy ~

Syukur ,  suami sedaya upaya menggembirakan kami berdua.
In Sya Allah dengan bersatunya kami bertiga nnt semoga kita lebih gembira dan bahagia.

Tak larat dah rasanya nak ulang alik PD-KL KL-PD setiap masa.
Nanti dah pindah bukanlah bermakna tak datang KL dah..cuma kekerapan ulang alik selang 2-3 hari tak berlakulah.
Anak dan suami adalah keutamaan aku.
Ya Allah,jadikan aku isteri yang taat dan ibu yang sempurna utk anakku.amen ya rabbal alamen.



happy read ;)

Tuesday, October 15, 2013

Aroma Jeram Kuala Selangor

Perjalanan nak ke Jeram dari Segambut lebih kurang sejam lebih..
Kalau tak salah lah eh ..aku tak berapa pasti tempoh perjalanan sebabnya masuk je kete membuta!
Sedar-sedar je dah sampai hewhew

Jauhhh .. tapi makanan kat Jeram ni sedap tu yg rela kutempuh perjalanan yg jauh itu..ohh..ini taste tekak aku yg mengatakan sedap..mungkin berbeza dgn org lain.Banyak tempat seafood dah try makan ,Jeram setakat ni win dihatiku ;)


Dua kali ulang datang makan kt sini..mula-mula dtg dgn kasue&family
Jarak seminggu kendian datang dgn family iols pulak :D

 Petak bersegi ittuw biasaaaa huhuuuu

Tengkiu kaksue belanja kami makan hari tu :)

lauk pauk mcm biasalah..standart seafood lah

sementara menunggu makan siap posinglah tepian pantai ..

OK

Kali ni ke Jeram dengan family pula ;)


6 family joint makan malam kt Aroma nih..Family in law cikngah joint sekali.
bukan plan beria pun...saja ckp-ckp gitu sekali semua pun nak joint termasuklah ahkak ;P

Seronok dapat beramah mesra sambil makan-makan :)
senyum simpullah dpt menambahkan lelemaks kan kan kan

Sotong goreng tepung kat Aroma mmg the best ever!

 konsep duduk dalam pondok
sudahnya lenguh kaki haku seminggu!
anak aku dapat ipad mmg kenyang semedang huhu


Menikmati senja sambil makan malam tepian laut dengan keluarga adalah sesuatu yg manis :)
Terima Kasih Allah ,kerana berikan rasa manis itu pada diriku.




Sebelum pulang bergambar dulu..ni pun cepat-cepat tarik mak ayah yg lain tak dapat nak tarik sbb memasing busy kesana kemari hehe.

Dah kenyang aku dgn suami berdesup ke Port Dickson gittuwlah kami selagi tak pindah.
Next entry nak citer pasal pindah rumah pulak ~


happy read ;)