Saturday, August 8, 2015

Kuala Gandah

Kuala Gandah? kat mana tuuu ?
Dalam negeri Pahang dengar mcm jauh tp dekat je sebenarnya..

Dari tol gombak - lebih kurang 45minit sampailah ke Kuala Gandah ni.

Kebiasaan kalau nak berjalan aku akan pit-stop rmh mak ayah kt segambut - esoknya baru bergerak.Kalau nak di kira perjalanan dari PD ke satu-satu tempat jauhlah pulak kilometernya.

Bertemu gajah..
mak mmg eksaited..dapat bagi makan kt gajah , tgk dekat-dekat gajah tu mmglah teruja .. riaksi anak biasa jeee
Seronok dapat bawak anak berjalan - biarpun dekat bila tgk anak gembira terus sang emak set  dalam otak mahu berjalan lagi

Kalau kat zoo tak merasa tengok live mcmni kan ;)
Di Kuala Gandah depan mata dapat tgk sekawan gajah bersiram ..

Ada jadual.. sebaiknya tanya di kaunter apa aktiviti utk hari ini.
Hebat sangat rasanya bila gajah lalu depan mata -
Sudah siap bersiram - sekawan gajah perkenalkan diri masing2 -datang dari mana -nama apa - comel sgt tgk bijak gajah-gajah ni semua ;)

Bukanlah persembahan ekrobatik dr gajah ni - depa bukan di latih utk dibuat persembahan- tapi sesuai ckp sesi suai kenal dgn gajah tu semua - ada babak angkat kaki sebelah - goyang-goyang ekor - bunyi-bunyi sahut menyahut sesama depa - oklah tu terhibur hati dapat tengok berdepan mata ;)
Masuk sini percuma.
Syarat cuma daftar nama-ambil stiker - stiker ni kena tampal kt baju sepanjang ada dlm lokasi.

Waktu balik jangan dibuang merata stiker - nampak papan - lekatkan ia disitu,mcm abang harraz buat :)

jadi , jom ke Kuala Gandah tengok gajah ;)

Saturday, August 1, 2015

Nasi Lemak ct Garden

Lokasi - Kampung Baru 

Syarat makan nasik lemak kat sini waktu tengah malam ;)

Lemak berkumpul di tengah malam? apatu ? tak paham huhu

Sebungkus nasi lemak cute RM.90 
Makan janganla sebungkus .. 
ambik je setalam baru cukup syarat makan kat sini hehe

Datang kolumpo beranilah kau nak jln2 jam 12am..
cer kat telok kemang ko jln2 12am memang tak laaa.

Sunday, July 26, 2015

Cameron Highlands 2015

Cameron Highlands ;

Walau berkali-kali naik ke puncak jalanmu berbengkang bengkok tp entah kenapa tak pernah serik nak ulang datang.Ada je jln baru naik ke puncak tp tetap degil ikut jn bengkang bengkok yg peningkan kepala hotak nih lol.

Tol dari jln duta ke tol tapah - RM19.40 - return RM38.80

Sebab utama ikut jln lama ke cameron nak bertemu air terjun lata iskandar ni ;)
Jamu mata hirup udara nyaman - Subhanallah- indah ciptaanNya.

 Anak bujang yang tak banyak kisah..bawaklah ke gunung ke laut ke udara kemana saja dia okey jee

Boh plantations sg. palas tempat wajib dtg! kali ni naik kesini tak mkn scone sbb nak try kt tempat lain..minum teh mkn sandwish , kek strawbery pastu bergambar-lawat kilang teh utk aktiviti kt boh plantations.

 manja sangat niii.

KHM strawbery farm - lokasi kampung sedia - dari brinchang nampak je kuil kedepan sikit masuk kiri betul2 sebelah padang golf - jalan terus je kedalam sampai jumpa sign board tulis kampung sedia.

farm org melayu - dpt makan tanpa was was


Set scone - RM15
gebu gebas scone ni sedap yang penting murah! kat tempat lain tak dapat harga camni.

so;
tolong wajibkan dtg KHM farm okey ;)


scroll ig nampak elfira loy dtg cameron mkn aiskrim kt opah farm - apalagi menyibuklah mak harraz nak dtg opah strawberry farm mkn aiskrim pastu snap gamba sebijik pose elfira lol ;P

harga aiskrim strawberry RM3

Masuk pasar kita jamu mata -tgk limau geram tgk sayur geram tgk strawberry geram! - semua ko geram cer tgk dompet ada tak rasa geram lol

jangan hairan tgk muka ank bujang tu - paksa rela je nyeee ponnn huhu
beli je - terus paksa apaknye snap gamba kiteee
kalau tak beli malulah kt tuan kedai nak posing begitu je kannn

Cameron Valley tea house .
View kat sini ohsem!
rugilah kalau tak pose sebarang dua ✌
Masala teh - RM4.50
Menikmati pemandangan indah sambil hirup teh masala ohh my rindu cameron!

anak beranak ni rajin turun kebawah nak pegang daun teh..mak harraz cuma dpt tgk je tak kuasa aihh nak turun kebawah ..mak hanya mampu snap dr jauh je ✌
Dapat percutian yg singkat ni dah cukup utk cover kekurangan yang ada..siapa yg tak ada masalah? Siapa yg sentiasa gembira setiap masa kannn
pokoknya pandai-pandailah cari inasiatif utk gembirakan diri sendiri ✌

Teknologi canggih semua pun hujung jari aku pun gatal aje apdet gamba itu ini..bg tukang tgk tu tgk jelah tanpa perasaan negatif k ..masalahnya boleh ke org tgk je tanpa perasaan negatif tu?

ber blog ni pun dpt income
berbisnes shakelee juga pendapatan sampingan aku..walau tak aktif syukur ada je kastemer .. campur dgn job dari doktor alhamdulillah ada je income masuk setiap bulan jadi apalagi jom calaqisha jom ruccimodish lol

Hidup ni jgn stress nikmati jeeee walau ia pahit sepahit hempedu jgn stress2 k ✌



Saturday, July 18, 2015

HARI RAYA 2015

Salam aidil fitri :)

Alhamdulillah masih diberi kesempatan  dari Allah s.w.t utk menyambut hari raya.Syukur.
Tahun ni baju raya mak harraz kemain berpasang-pasang mentang-mentang duduk kt PD tak de shopping kompleks ...dtg je kolumpo nampak je sale time tulah segala duit tabungan lauk aku perabih buat shopping baju lol



 Berkumpul kat rumah mak ayah .. lepas tu masing-masing ambik haluan keutara ke selatan ;)

Semoga ayah dan mak diberikan kesihatan yang baik utk kami titi masa tua bersama-sama..sayang mak ayah
Tema keluarga akak hentam saja labuuu hehe takde tema wajib..apaknya ulang je baju melayu sampai lunyai .. harraz pulak pakai dr sponser hehe maknya harraz haruslah trend terkini lol :P

Last iftar kat mahbub bangsar restoran kesukaan ayahmak.. anakmenantucucu i follow jer ;)
terima kasih ayah sudi belanja kami semua ;)

Kenyang je lepas iftar tu sambung jalan kat jln tar .. kalau tak sesak bukan jln tar di mlm rayalah kann..redah ajer sambil senyum berdukung anak dan seret ank bujang haku yg dah strart meragam huhu fun fun lol


Konon nak teman mak beli tudung tp biasalah oiii semua tak berkenan tula haii mak last2 tanya ariani bukak tak ? huhu dah jam 12pm mana bukak..

jangan balik tangan kosong org kata..dapatlah beli keronsang ..
Penat berdiri duduklah mak ditgh kota raya..sambil riba ank menunggu apknya pick-up kami kt tepi jln..
buatnya ada org snap haku masuk dlm youtube matiklaaa huhu

ini kisah ringkas mami harraz kali ini.
semoga ada apdet lg lain kali daaa


happy read ;)

Thursday, January 1, 2015

Ipoh

Salam 2015 ;)
3 hari 2 malam di Ipoh penuh memori indah..
Sebenarnya ke Ipoh ni kami teman baba outstation..kira2 ni sambil menyelam minum air :)

Pembukaan tahun baru ni jom mami dan harraz bawak jalan-jalan ke Ipoh jomm

Art street ni ada dalam area bandar lama ipoh ..mudah jer nak cari..bila masuk jer road old town ipoh korang drive ler slow sambil mata tu intai ke dinding lama deretan kedai.dah nampak satu dua lukisan konfem korang akan jumpa berpuluh lukisan dinding kat belakang kedai2 lama tu haaaa tunggu apa lagi posing lewww ;)


kalau pemilik ipone ke kamera godang ke pasti lg lawalah hasil gamba..
iols tangkap guna samsung s3 yg bateri ala2 kong ni pun kira alhamdulillah gambar nye..oklah kan ..
gamba dua beranak tu set timer jer ..letak fon kt tong sampah kendian mak berlari peluk anak dan posing lol
 olololoooo share makanan tu yer banggg ;)
 tolakkkk cepatttt ;)
 jom abg bawak atok round kampung ;P

 terjumpa pulak big hero ;P *sep sep lalalalaaa*

alahai anak aku ni kalau senyum mmg suka gituh maaf kan je laaa..

dah penat posing sana sini kat dinding .. nak cari ais kepal konon basah kan tekak..syukur walau tanpa gps dan tanpa baba mami dan harraz tak sesat kat ipoh.. cari jalan pun melalui google..senang jumpa.

kat IG  gambar ais kepal saja mengundang terliur sebab tulah gigih mencari..mula baca direction kt ig yg dah pernah sampai mmg haku pening !
kejap ckp kt plan B kejap org ni ckp kt sekeping koh heng kong baca lg komen kt bits n bobs so korang baca apa yg aku taip ni pening tak ? LOL

ok jangan pening.

sat lg aku citer mana lokasinya k ;P



ok, pic harraz dan kek ialah di restoran Plan B
nampak tak perkataan bits&bobs tulisan warna warni tu ? haaa situ lah kedai ais kepal tu..
maknanya kedai ais kepal tu berhadapan restoran plan B ada paham ?

Nak kesini senang jer .bangunan ni ada dekat area little india Ipoh.
sapa ada gps lg mudah keje .kot kalau takde gps mcm aku ni korang tuju jer jln old town ipoh konfem jumpalah. sbb old town ipoh tak besar mana punn..

gigih tau aku meg explain jam 1 pagi ni sbb bg paham hihuu tak paham jugak tak taulah dennn..

kecewa tetiba hari yg datang kedai tu close.
tanya kat staff plan B mmg bits&bobs tutup hari rabu ke ? staff tu jawab entahhhh fine jawapan dia bg mmg gojes *matakeatastangandidada*

Syukur masih ada esok di Ipoh ;)



Akhirnya dapat juga merasa ais kepal :)
sila baca arahan kt papan putih tu..patutlah staff plan B nak tak nak jer jawabnya..rupanya ice ball ni dilarang bawak ke area diorang huhu
 mami amik perisa gula melaka+laici RM3
 cuaca panas dapat hirup ais kepal whuaaa mmg best ;)
 Dah datang ipoh jangan lupa try k k k ;)
Ada rezeki nnt nak datang Ipoh lagi itu janji baba utk mami dan harraz :D
I Love Ipoh :)

happy read ;)