Thursday, August 15, 2013

Syawal 2013


Alhamdulillah Syawal di nikmati dengan penuh rasa bahagia.

Gembira dapat berkumpul dengan keluarga , berkunjungan, dapat makan makanan lazat.. tak terungkap perasaan gembira itu..doaku semoga dapat berkumpul lagi Syawal tahun hadapan.Insyaallah.


Kalau ikut sistem giliran aku dgn suami nih takdelah ketat mana pun bab nak balik giliran raya..sebabnya family in law aku kan non muslim..kalau kami balik Sabah kami bertiga je pun sambut raya hehe..tp biasanya pilih balik Sabah jatuh hari raya sebab cuti panjang..masa perayaan je suami boleh kaw-kaw cuti.

Bolehlah lama sikit duduk kat Sabah..oleh sebab itu sejak kawin 6 tahun kebelakangan ni dah 2 kali aku sambut raya kt Sabah.Bagi aku mana-mana sambut sama jer..part sedih bila dengar takbir raya mlm raya fuhhh terbaiklah... mmg sedih lah..lagi-lagi mak ayah,adik beradik jauh mau aku tak menangis ;)

Namun perasaan tu ok je..dah dewasa dan berkahwin dgn org jauh kenalah hati kental ;)

Alhamdulillah tahun ni dapat beraya dgn keluarga sendiri ;)
HAPPY!

Jom balik Kampung ;)

Sebelum balik kampung sempat aku menyinggah Midvalley beli kasut :P
pastu beli air berkabonat - sebelum balik beraya kami dah di bagi tugas oleh mak ayah beli barang cikngah bahagian beras,sabun..makayah ayam daging  jadi aku part air.jom beli! senang buat camni yelah kalau tak di bagi tugas mmg buta-buta jer bawak body balik kampung khennnn huhu..

Dapatlah 2 pasang ~ beli yg murah ada diskaun 70% ;)

KL - Gelok,Lenggong = 4jam < ni kalau ko tak berentin sat-sat , tak jem.
Bagi perjalanan family kecilku mengambil masa KL - Gelok,Lenggong ialah 8jam!

huhu mana taknya kejap pit stop sana sini sempat masuk pekan kuala rembat toto baru ;P
kata raya mestilah nak toto baru gittew ;)


Hoyeahhh celik mata dah berada di kampung terchinta ;)
Rumah pusaka keluarga ayah.Alhamdulillah ada rumah ini sekurangnya dapat kami melepas rindu suasana kampung dan bau udara kampung ;)

Balik kampung tumpang tido rmh sedara tak best ;P
Biarlah org cakap seramlah ,itulah inilah kt rmh ni TAPI ada aku kesah ekeke

Rumah ni takde penghuni tetap..sebab tu ayah rajin balik kampung tengok-tengok,bersih-bersihkan rmh ni.

I Love you house ;)

Siapkan anak bujang ni cepat2 paksa dia bergambar..tu pun jenuh sentap tak moh haihhh heran aku..tp lantaklah anak oiii janji awk gembira


Anak tak nak bergambar taklah heran sgt kan..ni apaknya pun sama?!! haihhh merajuk aku tauuu lantak situ..last-last takde gambar family di hari raya boleh gitu ;P ekekeke

Takpelah bangggg saya sematkan gambar awk dihati saya gittuwwwww *matakeatastangandibahu*
 kemho jerlah sensorang ;)

 Dah raya ke 2 baru nak amik hati mamy bergambar ria heh? whatever

 Harraz dgn atok sempoi naik moto konvoi beraya ;)

 Tak semua rmh sedara dpt berkunjung - mengah wehhhh dahlah makanan lazat semua rumah..hadoii kenapalah raya setahun sekali huhuhuu


 Anak buah maklong ni good girl sangat..

Raya kedua je terus masuk kedai ehem ehemm tgklah kt tangan dia tuuu hehe maklong temankan adik membeli dapat gak seketul utk maklong ;) kemain kan dikkk kumpul duit raya ;P



 suami&isterinya 
;)

Raya teruskan ke Tasek Gelugor pulak rumah adik ayah.
Merasalah ke Penang jalan-jalan naik feri ;)
 24 jam melekat dgn baba macam ada gam gajah.
Terima kasih suami,kerana bagi rasa happy pada sy dan anak :)
Next holiday boleh tak awk plan lagi ??

hihi biasalah mana cukup nak holiday lagiiii long holiday bila niii bilaaaaaa
 RM7.70 harga tiket feri
 Sakanlah jugak meround sana sini ;)
 Harraz lah paling gembira dapat apa yg dia nak.
anak gembira automatik kita pun gembira :)

Belikan dia fipper.
aku menyesal tak beli..nnt nak cari lah fipper kt sini..nak sedondon dgn harraz.

Ini pic sebelum suami balik PD .
Tahun ni singkat pulak cuti abg askar nih..tak aci betul..kalau balik Sabah boleh pulak dia amik cuti sebulan..ni turn aku seminggu je dia cuti..sabar jelah ahkak..

Alhamdulillah Aidilfitri kali ni meriah sgt..bila ingat terus rasa rindu.

Semua pic aku random kan jer guna phone.pic dlm kamera ada.tp kira halallah entry raya kali ni ;)
Salam Lebaran korang :)


happy read ;)

17 comments:

inazamri said...

biasanya camtu la budak2..susah tul nak suh bergambar.sama mcm anak2 akak gak yg hero2...kena amik mood dulu.Selamat hari raya

Cho Zila said...

seronok beraya dikampung yerk... rumahtu takdaer orang duklerkan.. tapi nampak masih utuhkan..
selalu takder babah dia tu yang melekatjer..

mamyharraz said...

selamat hari raya kak ina :)

kakzila : takde penghuni tetap.tp ayah sy jaga sbb tu nampak elok :)

Izwa Kamaruddin said...

Selamat hari raya :)

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

Budak2 memang gitu...suka no buat perangai tak nak amik gambo...ikut moodkan saya kalo uwais ngan sara pun sama puas gak nak pujuk...apaknyer toksah la citer samer jer...hehe...bestnyer beraya rumahnyer antik betul...selamat hari raya...

mamyharraz said...

selamat hari raya izwa :)

selamat hari raya lizz..
sama je peel depa kan..sabar jelah hehe

LYAfrina said...

serius cantik rmh kampung..suka suasanan gni....

salam aidilfitri..
maaf zahir n batin

Softtouch [Hanim] said...

Samalah harraz n adik dicha dia xmo pndang camera xpe janji gambar ibunya elok molek...heh

Cantik kat gelang akk n adik comey tu...gebu dia kak....
Sy pun rs rindu ngan kemeriahan raya ari tu....alhamdulillah meriah walau sambut ngan mertua

Nai @ TPJ said...

Alhamdulillah... Aidilfitri yg gumbira. Akak berduka tapi tetap Alhamdulillah.. Selamat Hari Raya..!

Nieyla Nadia said...

Selamat hari Raya..:)

syariza09 said...

lama gak perjalanan spai 8 jam, tp ok la sbb singgah2 kan.

sronok mak long dpt gak seketul yerr..kt sana harga mmg tip top yer..nk tgk yg seketoi tu leh tak? (mata berkelip2 ni) ("_")

munna said...

neriahnya dan seronoknya raya..... anak munna yg meya pun susah sgt ajak bergambar... muka semua masam bila bergambar sebab kena paksa

wahida said...

amboi harraz mmg manja betul dgn babah dia...

Rasp said...

uiiishhhh 8 jam sis...
tapiiiii sama gak dgn i....
sebab suka pit stop kan....

meriah gak raya u....
pic pun byk....
ahkak tahun ni tak byk...
hp buat hal...
jap jap bateri kong....
nak harap org lain amik gambar memang idok ler...
camera lak tak bawa....

bestkan bila teringatkan raya....

Nong Andy said...

Cantik gambar rumah kat kampung tu yati...

Mcm gambar yg aku tgk dlm tv lak..

Best bangat raya ko

ellynadyra said...

selamat hari raya mamy, cantiknya rumah kampung mamy, betul2 terasa suasana kampung!

norhidana said...

cantik rumah kampung tuh... naper tak upahkan sapa2 kt kg tu utk bersihkan umah tu dik? tp kene cari org yg betul2 blh dipercayai lah... tp mmg lawo umah pusaka tuh...

seronok beraya kt kg ek, kesana sini jln2... baju raya mana? tak berapa nampak la...