Saturday, March 22, 2014

Daftar darjah satu Harraz

Alhamdulillah urusan utk mendaftar kemasukan darjah satu utk harraz dah buat.
Kami daftarkan anak kt sekolah kebangsaan teluk kemang.Ogos ni baru tau sekolah mana harraz akan ditempatkan..tak kisahlah sekolah area mana pun..nnt mami yg hantar dan ambil awk ;)

Dokumen yg perlu disediakan ialah

  1. surat beranak asal
  2. satu salinan surat beranak
  3. salinan kad pengenalan ibu dan ayah
  4. salinan surat nikah ibuayah
  5. bil api air terkini
  6. setem 60 sen dua keping
  7. sampul surat 2 keping - saiz biasa
Lengkap dokumen semua tu boleh terus ke Pejabat sekolah ambil borang , isikan terus submit .

Alhamdulillah lega bila dah daftar..kalau tidak sebelum ni mcm tak lena tido dibuatnya hehe..



alahaiii dah besar anak aku..
rasa macam baru jer aku menonggeng kemabukan mengandungkan awak anakku..walau dah 6 tahun berlalu sampai sekarang mami tak boleh bau sabun TROJAN !! boleh demam kalau terhidu sabun tu huhu betapa hebat penangan mabuk mengandungkan harraz :P

Semoga Harraz anak soleh mami baba belajar pandai-pandai sampai kemenara gading.amenn.


happy read ;)

9 comments:

Dr K said...

samalah macam anak saya si ziyyad tu...baru daftarkan sekolah utk sesi 2015..mmg lega dah daftar...

kalau anak tentera, bukan ke ada transportation yg disediakan utk pergi balik sekolah?ini yg saya dengar la

mamyharraz said...

Daddy ziyyad :
Ada kenderaan disediakan dipanggil 'ferry sekolah'.
Tapi sy dah tak kerja bolehlah melayan ambil dan hantar ank :)

Nong Andy said...

Oh... dah register ya..

Shinta tak tahu lagi.. setahun lepas dah mohon. Tapi tak tahu la dapat ke tidak

norhidana said...

seronok dh nk sekolah yek harraz,skrg tak mcm zmn kite kecik2 dulu... sekolah kt kampung tak pyh daftar awal setahun... insyallah harraz boleh berdikari kt sekolah nnti

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

dah besar harraz hencem nih tau...kejap jek masa berlalu..tak sabo nak nengok pakai baju sekolah mesti comey..hehe

syariza09 said...

last year dh daftar utk aiman, ni x gi check lg result skul mana yg kena..betul tu mammy selagi x selesai urusan sklh tu mmg resah kita. risau kot2 skul yg kita minta tu dh penuh

ellynadyra said...

lega kan anak dah daftar sekolah
phewwwww
lepas satu urusan gitu
saya anak askar
tapi memanjang tak dpt pi sekolah naik trak askar
sebab bidang tugas ayah tak membolehkan kami naik trak
tapi kalau sesekali dpt naik trak askar
jakun jadinya
seronok betul rasa!

Unknown said...

wa...ank sy pon dh register darjah 1

Cho Zila said...

dah besar anak mak dah nak sekolah yerk..