Monday, January 16, 2012

Kopi & Pasar Philipine KK

Malam

Balik dari Penampang,rehat2 kt hotel..pastu turun mkn mlm ;)

Makan kt Restoran TenTen sapa biasa ke KK mesti tau restoran femes nih..dtg mkn sini tau sbb sedappp sgt masakan kt situ..harga pun berpatutan..tp pic tak amik sbb sibuk nak makan jd terus tak kuasa nak bergambar~ mungkin faktor usia kot?sbb tu dah kurang bergambar-gambar =P huhuu

Room kami amik taklah besar mana~ namun selesa sgt semua kemudahan ada (cth:tv,heater),dan yg sepatutnya ;) semalam dalam RM60 : The Town Inn betul2 kat tgh bandar KK yg best segala2 ada kt situ cth lagi : 7eleven,oldtown ;)
Saja snap sbb ada word Kinabalu *suka* hehe betul2 jatuh hati dgn Sabah syukur dapat jodoh org Sabah tihehehe :") hati ni tiap kali mahu pulang ke Labuan ke KK ke berbunga-bunga je rasa :)
Lepas je mkn malam kami pun buat haluan memasing~

Kak Winie & suami bawak anak2 mereka g tonton wayang

Kami&mama return balik hotel~
Malam hari tak de org org kebosanan =P

Kakal tido sbb frust tak dpt ikut sepupu2 dia g tgk movie hehe

sajalah tak mo ikut kakak sbb kami mahu borak2 dgn mama :)

Borak-borak sambil minum kopi baru best ;)
Lepak-lepak kt oldtown :) bawah je hotel kami dok tu~
mama kesayangan :)
Lama kami dok kt sini dah agak2 tu baru naik bilik sambung borak kt bilik pulak sambil tgg kakak balik ~ pastu mama pun balik room dia~
Kakal sibuk dgn patung tu bersabau jelah dgn bunyi *tinittinitttttinittttttt*

Miss this momen hmm realy misssss

Sejak balik dari ni kan rindu kt mama,kakak dan semua makin kuat :( mesti abg pun sama kan?
LOVE!!
Baba betul-betul ambik peluang manja2 dgn mama ;) yelah jumpa setahun sekali..


Ok,habis malam kita citer siang pulak ;)

Pagi hari terakhir kt Bandar KK,sempat pegi pasal philipine dgn mama...kang tak pegi sini haku kempunan..yelah dah dtg KK tak pegi pasar mmg rugilah kan =P

Jam 6 pagi kami berdua dah terpacak kt pasar nih ;) yg lain2 takmo ikut..jd kami berdua je kesini~

bestttnya pasar philipine nihhhh gerammm mcm2 brg hiasan ada!nasib mama jap2 ingatkan bertenang amik yg mana rasa perlu je ;) baiklah mama :) ehehe
Antaranya ;) cantiknya lahaiiii siput nih...ada org tak suka takpe sbb haku mmg suka ;) tp tulah risiko nak bwk tu mmg tinggi takut pecah..

Apapun happy sgt shopping dgn mama :) mamy pegang je brg dia nak belanja alahai maaaa terharu sy tau....lepas penat lelah tawaf nak dekat 1jam lebih kami minum pagi area situ jugak dan kebetulan family kak winie pun ada jointlah sekali~dua beranak tu masih ada kt dlm room =P

Return bilik kemas-kemas dan check-out ~ utk balik semula ke Labuan :)

happy read ;)

Sunday, January 15, 2012

25/12/11 - Tamu & Penampang

Sudah rehatkan diri semalaman..bangun pagi terus ke tamu (maksud : pasar pagi) utk cari ole-ole utk bawa balik ke semennanjung ;)

Tamu kt bwh hotel kami je mg senang sgtlah :) owye jam 6 pagi sini dah terang benderang mcm jam 8 pg kt semenanjung :)

INFO : Tamu dibuka setiap pagi Sabtu ( kalau dtg KK wajib dtg sini tau sbb harga brg2 jauh lebih murah berbanding tempat lain cth :tshrit,fm,brg2 hiasan) kalau tak sempat ke tamu boleh juga ke pasar philpine tp harga mmg nak kena kaw-kaw tawarlah ya ;)


Sebab dah cerah awal maka,awallah juga mamy,mama dan kak winnie tawaf tamu nih ;) mama bgtau kalau jam 9 baru nak jln2 konfem sesak! mmg betul..kol 9 pg langsung tak boleh bergerak sbb ramainya manusia..nak tawar pun dah payah ~ nasib mamy dah beli apa yg patut dan yg best dpt harga yg murah sgt ;)

jadi utk sesiapa yg mahu ke Tamu KK turun awal yeh nnt  boleh dpt diskaun kaw-kaw ;)
Disebabkan tamu ni mmg best 2 kali mamy terjah ;)
Pic kt atas ni baba yg snap..sbb masa keluar dgn mama&kak winnie ai malu mahu bergambar =P hehe

baba turun je dr hotel terus snap apa yg dan ;) sambil2 tambah beli sikit2 lagi ole2 :)
benda yg mamy pegang tu sgtlah berkenan tp kenapa haku tak beli? skrg terus rasa menyesal :(

Oleh itu peganglah pepatah ; Biar menyesal beli dari menyesal tak beli hehe *pepatah diri sendiri* =P

Tgh tawar menawar ultraman =P

Kalau agak bosan ko boleh duduk kt sini ;)

ni kira ruang menunggu hehe unik kan :) tempat ni berdepan je dgn tamu ~

PENAMPANG
Selesai urusan beli apa yg patut teruslah kami ke destinasi berikutnya : ke Penampang kampung suami mamy :) kira balik kampunglah..abg sulung suami mamy duduk kt situ..jd kami nak p melawat dia&family~


Bandar KK - Penampang : 20 minit ( naik teksi)

Alhamdulilah jejak juga ke bumi Kota Kinabalu ini walau gunungnya belum ku daki ;) ecehhh laratkah mahu daki? heehe
Bersama mama tercinta :) tenaga mam lebih kuat dari kami semua jln2 jauh pun tetap menten hehe mama yg asyik2 tarik haku =P

Time ni kami tgh tgg kak winnie&baba uruskan tiket utk return back Labuan~
Yg sandang beg merah tu kak winnie :)

TQ kakak..sepanjang di KK kami sgt happy :)
Harraz sibuk dgn patung otomen..Alhamdulillah ank bujang mamy ni sikit pun tak meragam sepanjang kami di Sabah.Terima Kasih Allah :)

Selesai uruskan tiket utk esok teruslah ambil teksi utk kedestinasi seterusnya ;)

Mereka yg kusayang :)

Kami semua 11 org jadi kena naik 2 buah teksi berasingan~ sampai je sini ada saudara pick-up kami dan bagi pinjamkan kereta sepanjang kt sana :) dapatlah uruskan apa yg patut dgn gunakan kenderaan saudara suami mamy tu :)

Belakang baba tu rmh mama dan skrg abg sulung duduk ank beranak sbb mama duduk Labuan dgn kakak..
Jadi sesiapa balik baru lah singgah sini :)
Kesayangan saya dunia akhirat :)
Mama bagitau banyak kenangan kt sini dan semua itu tak boleh di jual beli sbb tu merantau kemana jua dia, hati mama tetap ada kt rmh ini~ begitu juga suami mamy..walau jarang sekali balik rmh ni ingatan tu sentiasa ada dan kuat! dan skrg selepas mamy balik ke Penampang hatiku sudah pun tertinggal di sini ~

Kiranya balik KK sama2 dgn suami mamy hadiah krismas terindah buat diri mama :) mama,terima kasih sudi luangkan masa dgn kami..ikutkan hari tu mama sambut krismas dgn family kak Julie di Labuan..namun mama pilih utk sama-sama dgn kami di KK :)

Sepanjang di Penampang Happy sgt sgt tak dpt nak luahkan bagaimana~yg penting hubungan yg terjalin antara kami erat sgt!walau kami berlainan agama...dan sebagai seorg anak,mamy&suami tak pernah putus berdoa yg baik2 utk diri mama & keluarga di Sabah yg kami cintai :) yg selebihnya hanya Allah yg tahu apa yg tersurat di hati kami~ Jadi jgnlah pertikaikan kenapa mereka berlainan agama?kenapa? soalan2 begitu kadang kala menghiris perasaan kami..

Islam itu Indah...lebih baik kita sulamkan diri kita dgn kelembutan lama-lama Insyaallah hati mudah terpaut dgn hati yg rela :)  Allah..saya sayangkan mereka..sayang sangat-sangat :)

happy read ;)

Wednesday, January 11, 2012

24/12/2011 - Kota Kinabalu

 Flight kami stop kat Labuan airport.23hb sampai dalam jam 9 lebih begitu ;)

Info : KLIA ke Labuan Airport = 2jam45minit

Balik sana mmg kami akan stay rumah kak Julie dekat Kg.Lajau labuan ;) lagi pun turun kt Labuan senang baba nak urus hal2 berkaitan kem..jd kita follow je jgn banyak citer =P letak bagasi kt rmh kakak,esok paginya kami bertolak ke Kota Kinabalu pula :)

Ke KK kak Winnie yg bwk termasuk mama,ank beranak kakak dan kami dlm 11 org ah hari tu ;)


 Info : Labuan - KK = 3jam melalui Feri
Kami amik melalui feri sebabnya takut anak bujang pening kalau naik speed boat..yg beza antara feri&s.boat tambang dan keselesaan dan masa jugak..terpulang pd masing2 suka yg mana satu nak pilih ;)

Bagi mamy lebih suka naik feri sbb boleh jln2 kalau agak bosan..pastu dlm feri tu ada kantin..yg paling best dpt tgk pemandangan laut ;)

speedboat : Labuan - KK = 1jam lebih
 Feri ni dua tingkat..bawah kenderaan atas pulak penumpang :)

Bayangkan Titanic gitulah kekdahnya feri nih hehehhh ala-ala titanic gitu hehe cuma jgnlah bygkan kemewahan melampau pulak yg ada kt dlm feri ni...agak-agaklah kannn :)) tp jgn risau mmg sgt sgtlah selesa :D

 Ni bahagian dek atas ;)

Bestttlah amik angin laut sambil2 bergambar ;)

 Indah sgt laut luas ciptaan Allah.sgt kagum!
 Sepanjang perjalanan kami 3 beranak mmg ambil angin kt luar sambil minum nescafe (beli kt kantin)

Dalam feri fully aircond..jd tak kepanasan lah :)

Setelah tempuh laut selama 3 jam sampailah kami kat jeti ..Alhamdulillah :)

 Nama tempat Pekan Menumbuk

hehe nampak tangan mama dok tarik kakal..haku sibokkkk nak bergambar bagai ;)

Ok,sampai je pekan ni jgn hegeh-hegeh sbb kena naik BAS pulak utk Ke Bandar KK.

Cara lain kalau tak nak naik Bas,bwk kete sendiri.Kami kan ramai..jd sebuah kete tak muat jln selamat dan adil naik je bas.senang citer ;)

Info : Pekan Menumbuk - Bandar Kota Kinabalu = 4 jam (menaiki bas ekspres)

Nak tak nak ko kena jugak naik Bas ekspres utk ke bandar KK.. contoh :kalau kt sini dari KLIA ke Johor begitu ;) jadi bertabahlah ko dok dlm bas nak menyampai ke KK (pandai-pandailah nak tido ke mkn kudap2 ke bersembang ke ) haha mamy cam biasalah mesti tido =P

 Sini lah jeti feri..

kalau naik speed boat bukan turun kat sini tau~

 Sampai je kami terus check in hotel.

Pastu masuk Suria sabah utk mkn malam :)

 Happy!!
 Pilih chicken rice shop..kak winnie yg pilih sbb senang budak2 nak mkn..

Pic kak winnie tak de..yg atas tu ank sulung dia boboi ;) terpaksalah kami pisah tempat duduk sbb tak  muat..dgn kak winnie mamy malu sikit tihehehe tu yg pic dgn dia tak banyak :") terima kasih kakak sbb layan kami sekeluarga dgn baik sgt..terharu..rinduuuuu suasana kita kt bandar KK ~


 Sambil tgg mknan sampai sempat haku ke cotton on beli selipar! hadoiii terseksa kaki melecet pakai kasut bling2 tuh! beli terus pakai! woahhh terus selesa ;) esok nak sambung jln lagi..baiklah ber selipar je hehe :)

Lepas mkn,sempatlah beli selai dua baju kt dlm shopping mall nih..jln2 pastu terus balik bilik rehat ~


happy read ;)

Tuesday, January 10, 2012

23/12/2011 - KLIA

 Jumaat,23/12/2011 tarikh yg memang di nantikan sbb dalam setahun kami akan balik kampung di Labuan dan mamy pun bercuti panjang ;) paling tidak pun 2 minggu..paling lama 3 minggu :)

Kalau unpaid mmg takde muka lain selain muka haku =P haha laki balik dari misi unpaid tu belum masuk mc el....nasiblah kann.. dan nasiblah ada jugak sisa-sisa gaji jadi marilah kita berjimat cermat ^_^

 Tiket tajaan ATM ;) Alhamdulillah sapa nak bagi free-free kan :)
 Ok, sebelum ke KLIA kami wajib pegi ke Transit kat Jalan Ampang..kira mcm lapor dirilah..bg dokumen (cth: surat beranak anak) < ini wajib! utk peringatan diri sendiri kalau nak kemana-mana beter bwk je surat beranak ank sbb sgt penting utk urusan rasmi..kenkadang pihak kastam atau pihak berwajib lain ni cerewet tak moh mykid tu..jln selamat usung je birth cert tu senang citer.

Ampang : Naik Bas ke KLIA < bersama-sama anggota tentera yg nak fly ke tempat yg sama ;)

 Sampai je Klia loading barang cepat-cepat baru pusing-pusing cari mkn sbb belum lunch..owye ada foodcourt kt basement situ harga oklah...taklah tak masuk akal..standart harga :D

Budak kecik tu dpt tab memang tak pe dah~
Lepas mkn roundlah sekitar situ utk habiskan masa sbb nak terbang pun lambat lagi~ poselah setiap sudut selagi boleh ;)

baju mamy pakai nih beli kt kwn dia jual online fesbuk ;) terima kasih syikin nnt lain masa sy order lagi kt awk ya :)
 Dah puas round kita coffee-coffee kt sini pulak ;) kakal sibok nak kek tp mkn cuma sesuap sapa yg habiskan? mestilah mamy dia yg perkasa nih ^_^ latte tu share jer dgn baba ;) sedapppppp
 Bila tgk pic nih tetiba rindu dengar bunyi *tingtong* kt dlm ruang Klia tu huhuu
 anak mamy nih makin besar makin susah nak bergambar leklok hangin je tauuu kena kepitttt henyak baru dpt tu pun snap cecepat..kalau tidak jgn harap nak dpt snap ni pose terbaik kakal boleh bagi =P
 Naik MAS mmg haku banyak bersyukur sbb salah satu ada benda bergerak nih! sbb ank jenis nak berdukung walau dah besar gajah! syukur ada benda alah bergerak ni sgt sgt...dahlah jauhhhh giler nak ke tempat naik kapal terbang tuh~ menapak eh melunsurlah kami dgn bertabah hati ;)
 Haaa benda alah ni pun bagus utk letak ank yg malas berjln mcm ank haku! mmg membantu..jd tak payah dukung letak je kt situ dan tolak!senang citer ;)

 Sebelum fly isi minyak anak bujang busyuk banga nih..stop kt kedai kopi sebelah je ruang menunggu utk berlepas tu~ kakal nih time menyusu suka raba-raba (ikut sapalah ni yeh? HAHA) raba-raba muka,raba-raba siku uiii geli haku =P baba jugak yg menten ;) jd baba lah riba dia :))
 mamy layan kopi yg sedapppp nih  :) se cup share berdua lagi dgn baba ;) sharing kan caring tieheheh
 snap sendiri ;)
 ko tengok ko tengok muka tak rela dia hahaha nasiblah anak oiii ;)

Time nih rasa sgt happy terasa terawang-awang sebab tak payah fikir kerja dan semua perkara yg serabutkan fikiran..yg ada dlm otak masa ni cuma *holiday* :)) Alhamdulillah 2 minggu yg Allah berikan ruang tu sgt-sgt membahagiakan mamy :) dpt luang masa dgn anak,suami dan FIL :) Terima Kasih Allah :)

happy read ;)

Monday, January 9, 2012

Assalammualaikum :)

 Alhamdulillah sy kembali setelah dpt rehat yg betul-betul rehat selama 2 minggu :)

Alhamdulillah Allah berikan kegembiraan yg melimpah ruah selama 2 minggu itu :)

Seperti kebiasaan sejak berkahwin dgn org jauh..rutin pulang ke kampung (Labuan&KK) sudah menjadi aktiviti wajib setiap tahun..nama pun kampung jauh kann maka cuti pun mesti panjang (menangislah ko bila tgk slip gaji bulan nih =P) HAHA ;)

Ok,itu masalah yg boleh di rawat dgn (mkn megi) sampai hujung bulan HAHA (?) tihehehe

apapun,sepanjang cuti kali ni diri ini teramat bahagia dan gembira ...aduhaiii tak terluah bagaimana perasaan itu..sampaikan emosi sedih nak tinggalkan family in law buatkan diri ini demam! sbb terlalu sedih T.T~

..cerita ceriti dan aktiviti disana nntlah apdet sbb skrg sedang bizi nak menghafal RM kepada nilai Rupiah ngehhngehh ;)
 Ohhh Labuan aku rindu,aku rinduuuuuuuuuuuuuu ~

happy read ;)