Wednesday, October 16, 2013

Pindah PD

Akhirnya!!

Keputusan move ke PD diakhiri dgn kata sepakat.
Ok,ikut plan nak tunggu baba harraz posting ke KL , manalah tau kot dapat kt Sg.Besi ke Sg.Buloh ke mana2 janji KL!

Tapiiii dah nak menyampai hujung tahun ni nan hadooo tanda-tanda nak posting kesini.
Jadi,kata sepakat diambil eloklah aku dan anak pindah ke PD ;)
Tempat isteri dan anak disisi suami tak gittuw :D

Buat masa sekarang belum sepenuhnya pindah - sebabnya? kenalah tunggu Harraz habiskan sekolah dia dulu..setel kan konsert  dan sepatutnya kt kat tadika dia baru kita loading barang ke PD ~ Tiada aral Hujung November.

Keputusan utk pindah bukanlah perkara mudah..namun hidup berjauhan dgn suami juga bukan perkara yang mudah! Semoga Hijrah ini mendatangkan kebaikan utk kami sekeluarga hendaknya .Amen Ya Rabbalalamin.

Anggap saja kita dalam percutian ~ dan hati rasa berbunga-bunga bila dapat pandang laut setiap hari :)

Tak nafikan PD agak boring kalau menetap tapi utk percutian memang best!

Tak kenal maka tak cinta.In Sya Allah nanti dah rasi oklah..biasalah keadaan baru kita nak menerima payah sikit..jangankan aku ..Harraz pun tak nak bila ckp pindah PD..yerlah dia dah selesa duduk dekat dgn nenek atok tetiba nak berpisah jauh ohhh memang mencabar nak ambik hati dia ..pujuk supaya happy ~

Syukur ,  suami sedaya upaya menggembirakan kami berdua.
In Sya Allah dengan bersatunya kami bertiga nnt semoga kita lebih gembira dan bahagia.

Tak larat dah rasanya nak ulang alik PD-KL KL-PD setiap masa.
Nanti dah pindah bukanlah bermakna tak datang KL dah..cuma kekerapan ulang alik selang 2-3 hari tak berlakulah.
Anak dan suami adalah keutamaan aku.
Ya Allah,jadikan aku isteri yang taat dan ibu yang sempurna utk anakku.amen ya rabbal alamen.



happy read ;)

10 comments:

NEKCIK said...

asalam Mamyharraz...eloklah beralih anginke PD pulak ye...insyaallah..semuga bertambah erat kasih sayang...ado dopan mato!!!
nanti senang gak nekcik numpang ngeteh kan....

Kakcik said...

Semoga kebahagiaan terus berpanjangan selamanya. Aminnn... :)

Genre Dari Langit said...

Ya... anak dan isteri memang patut di sisi si suami kan....

Mudah mudahan semua berjalan lancar ya yatie..




Nong andy a.k.a mami shinta

(Lizz) http://haslizalizz.com/ said...

waa dah nak pindah...bagus2 saya ni tah biler dapat tukar tah..hari2 kl perak-perak kl...huhu...
Selamat Hari Raya Aidiladha...

elly nadyra said...

selamat berhijrah mamy, kl ngan pd tak jauh mana, bleh la jenguk mak ayah dihujung minggu kan........
keputusan yang saya kira agak baik utk mamy berhijrah, bersama suami dan anak2.....semoga kebahagiaan sentiasa bersama mamy sekeluarga!

Qhaifa Nur said...

seronoknya beralih tempat...
selamat membina kehidupan baru di sana...

Nai @ TPJ said...

Betul tu Yati.. Menda baru bukannya mudah nak kita adapt.. Menda lama pon bukannya mudah nak kita tinggalkan. Tempat kita mmg di sisi suami, so insya Allah akan ada jalannya nanti. Ameeen...

syariza09 said...

alhamdulillah..akhirnya dpt gak bertiga yer,senang sikit bila dah bersama..nanti leh la singgah rumah yati yer :)

:: Mrs.Eady :: said...

Semoga terus diberi kebahagiaan bila berdekatan :) selamat berhijrah!

attyfir said...

inshallah ada hikmahnya nanti yati.
semoga penghijrahan ini membawa seribu kebaikan utk yati dan family.amin