Tuesday, May 15, 2012

Tergendala

Aktiviti online tergendala sebabnya sibuk berpindah ;P
pindah pejabat,pindah rmh -haihh satu masa 2 pindah! letih haku -__-

walau letih tp hati gembira ;) - Hijrah yg membahagiakan - Alhamdulillah.Terima Kasih Allah :)

rmh dah 50% tersusun...tp kotak buku je belum susun elok2..mcm nak kena tambah almari tegoklah nnt camana..bukan skrglah nak beli ;P
lama tak menaip tak tau nak citer apa :") hehe nextweek bolehlah online mcm biasa skrg kt ofis....jd nextweeklah kita stori-stori ;)


happy read ;)

Wednesday, May 9, 2012

Mudah.my

Hari ni mc..kali kedua mc utk bulan ni naisssss ;P
hujung bulan ni nak apply cuti lagi habis camana tu..lemah anggota badan semua :(
demam terkejut kot..smlm attach kt mudah.com rmh utk disewa..
sekali yg berminat nak sewa dekat-dekat 50 org!! fon berdering start pg sampai ke mlm!!
 - terus aku demam!! hehe
memang tak sangka ramai yg berminat..sbb aku ingat nak cari penyewa ni susah..


Alhamdulillah berkat doa tak putus-putus Allah temukan jalan secepatnya.
Terima Kasih Allah.
Semalam tempuh dgn mcm2 dugaan akhirnya penyewa rmh yg sesuai telah dipilih~
sewa bulanan yg ditetapkan pun tak ada bantahan apa2 - Alhamdulillah-
nak pilih pun buatkan diri ni rasa bersalah sbb semua calon penyewa sejuk mata memandang..
kepada penyewa yg akan duduk rmh aku tu harap jagalah elok2 mcm rmh sendiri..
dan..bg yg tidak dipilih tu maaf banyak2 bukan rezeki kan :(

Sampai ke hari ini fon aku tak berenti dering tanya pasal rmh sewa..
Iklan kt mudah.com 3 hari ...maka,tempoh 3 hari ni bertabahlah aku menjawab talian =P
ok,sesiapa yg agak nak jual ke sewa ke attach je kt mudah.com ternyata mmg mudah dan berbaloi :D

nak sambung tido..kepala berat..bye :)

EDIT : maaf bukan mudah.com tapi mudah.my ;)

happy read ;)

Monday, May 7, 2012

Birthday - kos

 Segala kos tiada yg tersembunyi - meh kita share sesama bajet sudah dilaburkan masa party haritu ;)

Baju - Beli melalui online di Facebook boleh kontek dida harga tak tetap tau..boleh check dgn dia nak peten apa size apa ikut kesesuaian memasing nnt dia bgtau harga yg sepatutnya ~ mcm biasa link ni jumpa masa buat blogwalking ;)

 RM46 termasuk harga pos :)
rekues nak katon otomen utk ank bujang ;)
comelkan =P

PAKEJ MAKANAN

  • 14 SET MCCHICKEN - RM5.95 x 14 + 6% (TAX) = RM88.30
  • 10 SET HAPPY MEAL CHIC BURGER - RM5.95 x 10 + 6% (TAX) = RM63.00
  • PARTY PACK RONALD'S - RM6.90 x 10 PACK = RM69.00
GRAND TOTAL ADALAH - RM220.30 

Kira-kiraan bajet ni yg aku ambik.. kalau nak pakej lain, lain lah pulak dia punya pengiraan tau..bergantunglah nak tambah apa nnt habis majlis baru kira dan bayar ;)
 set happy meal ;)
set mcchicken lupa nak snap :")
 topi comel , lukisan ni pun termasuk dalam pakej

KEK BIRTHDAY

Ulang order dari kedai kek Bukit Idaman Selayang 

Nak tema,perisa apa mcm biasa boleh rekues..mcm aku yg pemalas nak fikir segala benda tu baik serahkan je kt Hamiza~ bg je hint-hint apa yg nak kt atas kek tu.senang.perisa pun aku tak reti nak rekues jd mmg serah bulat2 kt dia ~ Alhamdulillah sangat puas hati -kek super sedap sedap ada coklat cip dlm tu-deko kek yg comel kehadiran otomen2 kecik tu ;)

HARGA KEK - RM100 - TERMASUK KOS PENGHANTARAN

boleh hubungi kt talian - 013-3727755
kos penghantaraan dr kedai dia ke Mcdonald's Kepong RM5


ini rupa kt dalam kek tu ;)
lazatttt :D

GOODIES

Saja nak meriahkan suasana tambahlah sikit utk goodies yg tak seberapa~ tapi tak sangka pulak ramai yg suka..termasuk hanim yg manis :) khas utk rekod hanim dan akk sendiri meh kita kira sama-sama :)

  • STICKER BOOK ULTRAMAN - RM2
  • STICKER NAME - RM8 - 72pcs entry ada kt SINI
  • CAWAN IKEA - RM5.90 (6PCS) x 4 SET = RM23.60
  • MKNAN RINGAN SEMUA -RM40
GRAND TOTAL UTK GOODIES = RM73.60

buku stiker ni eli kt kedai 2 ringgit Damansara Damai ;)

Bila anak tidur...mamy pun gigih menampal semua ultraman & stic nama :)
best jugak buat keje curi-curi nih ;P

dan ini hasilnya ;)

GAME

Game mmg temasuk dalam pakej ~ ada 4 game yg diuruskan oleh party planner :)

Boleh contact party planner MR ALIF SOBRI ni kt sini - 017-3900457 @ 03-62767454

inilah party planner kt McD Kepong - Mr Alif
ajak bergambar dia maluww so tak nak paksa - kita amik je pic curi ;P huhu

antara game yg ada hari tu ada 4 antaranya :
Belon beracun
rebut kerusi
sory dua je aku ingat ;P lg dua dah kelupaan :")

apapun memang happening games semua..anak2 pun happy :D
Birthday Boy ;)
Birthday Boy dapat hadiah dr pihak McD
patung ronald :)


Birthday Boy mmg mood baik sepanjang hari :)
siap ckp terima kasih kt mamy :) terharu sgt mamy ~
Alhamdulillah dia faham mamy&baba gembirakan dia :)
Semoga Harraz Haikal sihat selalu,bahagia,murah rezeki dan dengar ckp baba & mamy dan jadi anak yg soleh dunia dan akhirat.. amin yarabbbal alaminn~


Akhir sekali kos utk majlis ni tanpa kos tersembunyi ialah - RM439.90 

happy read ;)

Sunday, May 6, 2012

Birthday Party - P1

Birthday party sudah berlalu dan mari kita cerita disebalik hari tersebut..

Ikut plan asal birthday party utk Harraz Haikal adalah 1 Mei..ngam-ngamlah tarikh birthday dia kan..tarikh tu pun sudah di booking sebulan sebelum tu..dah confirmkan pun..dah bayar deposit segala...tup-tup nak sampai tarikh tu baba bgtau dia kena lapor diri utk hadir kursus pd 30hb April...maka,plan semua ke laut ~

Pastu..kita teruskan juga niat nak buat cuma ubahkan je tarikh awalkan..call kek bgtau ubah date segala.dan timbul masalah lain pulak~ tarikh yg kita nak buat kt Mcd penuh sudah di booked!pastu suami pulak bgtau 28April tu dia kena masuk kem! haihhh tekanan makcik!!...pastu bertarik-talilah tarikh dgn pihak Mcdonald..

Kiranya jemputan yg dijemput memang risiko berdepan aku call cancel kan party nih :P sebab tu aku tak berani jemput sebarang..yelah bukan semua faham kalau dah jemput tiba2 nak cancel - tak ke pelik dan menyusahkan org namanya tu? ~ tapi bg aku dah biasa hidup dlm kepelikan...nak buat mcmmana suami askar mmg begini - jadual tak menentu..petang tu lepas je selesai suami gegas masuk kem sampailah ke pagi esok baru kita jumpa semula - yg kita sebagai keluarga yg harmoni mestilah nak bersama-sama raikan momen-momen indah ;)-Alhamdulillah apa yg kita rancang berlalu dgn manis-

 Okey,citer birthday ni akan di pecah part-by-part ;)

 Kek angka 4 utk anak kesayangan yg umur 4 tahun ;)
 Welcome ;)
Best sgt McD Kepong ni..sbb ruangan utk party dia buat ala-ala private room.
selesa sangat..sbb ruangan kita terpisah dgn luar~
 my love!
Happy Birthday :)
 masa ni dia malu sbb semua org sing birthday song utk dia ;)
 tiupppppp
 yeayy terpadam sbb mamy tiup dari arah tepi =P
kalau biarkan dia dok tiup habis berembeh air liur :")
 nak dapatkan kerjasama bergambar mmg tak dapat.
lagi2 ramai kwn2 yg dah tunggu utk game.
 Keluarga kecil saya :)
 angah-abang-along
kami 3 beradik :)

Kos,kek,baju,tetamu kita citer part lain pulak ya ;)

Alhamdulillah terasa sgt lapang dada bila majlis kecil-kecilan berlalu dgn sempurna :) 

happy read ;)

Thursday, May 3, 2012

Jumaat

Nak apdet tentang hari jadi anak tp gambar tak pilih lagi..nanti-nantilah..

Semalam mc..tujuan utama temankan mak demam..pastu diri sendiri pun tak sihat...dok batuk tak berenti- renti..Alhamdulillah hari ni dah kembali normal..mak dah beransur sihat..aku pun dah ok :) sekarang tengah gigih nak selesaikan kerja-an tertangguh..

Pagi tadi hadirkan mesyuarat kecil-kecil-an tentang status dalam company ni...Alhamdulillah jawapannya adalah POSITIF! happy sangat..takdelah tertanya-tanya lagi apa bakal berlaku ;) yg lain-lain hal aku malas fikir... aku tau buat je keje mcm biasa.on time.dan terima salary mcm biasa ;) lain-lain hal biar mereka yg sepatutnyalah uruskan ;)

laporan singkat disediakan oleh ;
mamyharraz =P

happy read ;)

Tuesday, May 1, 2012

kisah rumah

Saja hati ni terdetik nak share citer tentang rumah ~ jadi jom kita share citer tentang "rumah saya" :)

Syukur Alhamdulillah di usia 30an Allah sudah berikan peluang rezeki utk aku memiliki rumah sendiri..walau tak semewah mana namun inilah harta yg tak ternilai harganya bila dapat genggam kunci rmh sendiri (walaupun masih bersangkut pd loan bank =P ) tetap ada rasa gembira :)
 
Rumah pertama : Damansara Damai - tak tau nak kategori flat ke?apartment ke? sbb kalau flat selalu 2 bilik je kan?..ni rmh tu ada 3 bilik..agak besar jugak..kalau nak kategori apartment..hari-hari aku kena berebut parking =P apa kes! yelah selalu kalau apartment tak berlakulah kes rebut2 parking ni kan? hmm ntahlah labu...tak kisahlah kategori apapun..aku&suami sgt sayangkan rmh yg telah kami diami selama 3 tahun setengah~ belinya rmh ni pun rezeki anak..lepas je dpt Harraz terus dpt jln utk miliki rmh ni tanpa halangan..sbb tu kami sayang sgt.

Sayangnya...tak selalu dapat balik ke Damansara Damai ni...lagi2 kalau suami outstatios..kena attend misi luar negara..kursus....dan mcm2 hal lah yg buatkan kami dua beranak kena tinggal :( nak balik camana kalau dah rmh tu jauhhhhhhhhhhh terceruk dari pandangan ayah dan mak ...jauh dari shopping kompleks..pastu letih nak ulang alik antara segambut-damansara damai dan yg paling ngeri aku takut nak duduk berdua je dgn anak kalau suami tak de :")
saiko sgt alasan tu kan? tapi itulah hakikatnya...serius aku tak boleh hidup dalam kesunyian duniawi...lagi2 persekitaran situ yg kurang mesra alam buatkan diri ini tidak disayangi =P

Tempoh permulaan tak terasa sangat..masa suami misi ke lebanon hari tu pun aku tak terfikir benda-benda negativ ni sbb memang tak terfikirlah..tp sejak suami bgtau dia kena kursus sebulan Mei ni mulalah hati ni terdetik! hah? takkan nak tumpang rmh mak lagi :(  tiba2 hati terdetik nak pindahlah dari situ.nak cari rmh area rmh mak..bukan takmo tumpang rmh mak..tp aku mahukan keselesaan sendiri..senang kalau ada rmh sendiri.aku pun tak kesunyian dan dianak tirikan bila ada aktiviti keluarga :") huhuu nak luahkan pd suami takut..manalah tau dia tak setuju dan ckp aku merepek - namun aku silap..rupanya suami ok je dgn keputusan aku..citer pulak dgn keluarga semua setuju :)

Maka - buat waktu terdekat ni dgn persetujuan bersama aku akan cari rmh sewa area kepong atau segambut nak sewa dan rumah Damansara Damai tu sementara waktu akan disewakan sementara menunggu proses utk dijual ~ ini keputusan nekad..ya..aku takkan menoleh lagi...dan tak menyesal..selepas proses jual dah selesai baru nak fikir beli yg lain pula.Insyaallah..mcmmana pun rmh ni terpaksa dilepaskan utk aku dptkan loan baru utk rmh baru akan dtg..Insyaallah...itulah yg di rancang.suami setuju..sbb ini rmh nama bersama kami..dan suami ada rmh sendiri di KLIA - aset dia yg takkan dijual-


Sayang sangat kitchen cabinet dalam rmh ni...tak puas pakai..harap2 penyewa tu nnt jaga baik2.. :(
Rumah ni dah di renovet..tiles, ada aircond,kipas semua include on pakej pd bakal penyewa..

dulu zaman sekolah : berangan nak pakwe hensem TAPI bila dah kawin semua tu hilang..suami tak hensem pun tetap hensem dimata sendiri ;)

dulu zaman remaja : berangan nak bakal suami kaya,kerja berpangkat TAPI bila dah kawin semua tu hilang..asal suami ada pendapatan tetap,dan kasih kan diri kita dan anak itu  sudah memadai dan cukup bersyukur ke hadrat ilahi :)


Hidup ini penuh ke misteri-an ..kita tak terjangka apa yg bakal kita hadapi...namun ini semua rencah yg perlu kita rasa dan nikmati dgn tenang dan bersyukur - semoga Allah sentiasa berikanku petunjuk~

happy read ;)

WW : "Happy Birthday to suami dan anak tercinta :)"

 1 Mei dua lelaki dalam hidup mamy berkongsi tarikh lahir yg sama!
Suami dan anak tercinta :)

utk abg dan anakku sayang : "Happy Birthday to you sayang" semoga Allah berikan kesihatan yg baik dan dimurahkan rezeki utk abg dan Harraz dunia dan akhirat.amin.

 dua lelaki ini adalah nyawa!nadi!kekuatan dan segala-galanya buat mamy :) 
Terima Kasih Allah kerana hadirkan mereka berdua dalam hidupku.
mereka berdua adalah sesuatu yg indah dan terbaik yg pernah berlaku dlm hidupku selain keluarga sendiri.

nota:
  • apa kes birthday boy tak pandang kamera tp mamy yg lebih-lebih? nnt citer penuh next enrty ya ;)
 

happy read ;)