Sunday, May 6, 2012

Birthday Party - P1

Birthday party sudah berlalu dan mari kita cerita disebalik hari tersebut..

Ikut plan asal birthday party utk Harraz Haikal adalah 1 Mei..ngam-ngamlah tarikh birthday dia kan..tarikh tu pun sudah di booking sebulan sebelum tu..dah confirmkan pun..dah bayar deposit segala...tup-tup nak sampai tarikh tu baba bgtau dia kena lapor diri utk hadir kursus pd 30hb April...maka,plan semua ke laut ~

Pastu..kita teruskan juga niat nak buat cuma ubahkan je tarikh awalkan..call kek bgtau ubah date segala.dan timbul masalah lain pulak~ tarikh yg kita nak buat kt Mcd penuh sudah di booked!pastu suami pulak bgtau 28April tu dia kena masuk kem! haihhh tekanan makcik!!...pastu bertarik-talilah tarikh dgn pihak Mcdonald..

Kiranya jemputan yg dijemput memang risiko berdepan aku call cancel kan party nih :P sebab tu aku tak berani jemput sebarang..yelah bukan semua faham kalau dah jemput tiba2 nak cancel - tak ke pelik dan menyusahkan org namanya tu? ~ tapi bg aku dah biasa hidup dlm kepelikan...nak buat mcmmana suami askar mmg begini - jadual tak menentu..petang tu lepas je selesai suami gegas masuk kem sampailah ke pagi esok baru kita jumpa semula - yg kita sebagai keluarga yg harmoni mestilah nak bersama-sama raikan momen-momen indah ;)-Alhamdulillah apa yg kita rancang berlalu dgn manis-

 Okey,citer birthday ni akan di pecah part-by-part ;)

 Kek angka 4 utk anak kesayangan yg umur 4 tahun ;)
 Welcome ;)
Best sgt McD Kepong ni..sbb ruangan utk party dia buat ala-ala private room.
selesa sangat..sbb ruangan kita terpisah dgn luar~
 my love!
Happy Birthday :)
 masa ni dia malu sbb semua org sing birthday song utk dia ;)
 tiupppppp
 yeayy terpadam sbb mamy tiup dari arah tepi =P
kalau biarkan dia dok tiup habis berembeh air liur :")
 nak dapatkan kerjasama bergambar mmg tak dapat.
lagi2 ramai kwn2 yg dah tunggu utk game.
 Keluarga kecil saya :)
 angah-abang-along
kami 3 beradik :)

Kos,kek,baju,tetamu kita citer part lain pulak ya ;)

Alhamdulillah terasa sgt lapang dada bila majlis kecil-kecilan berlalu dgn sempurna :) 

happy read ;)

9 comments:

-Sara- said...

meriahh :)

cepat sambung tau :)

syariza09 said...

sib baik la mammy jiwa kental. mcm2 jugala yyg jd b4 bday party tu yer.cantik kek 4 tu. kakal peminat ultraman yer :)

ariana said...

seronoknya Haikal ye..cantik kek dia..:)
Ok juga buat kat MD ye..akak x pernah try plk..

miloais milo said...

meriah kek tu...
konpem rasa pun sedap!

wahida said...

biar kecil2an janji anak hepi...

Daddy Ziyyad said...

meriah betul kek Harraz tu kan...cantik...

Saya pun teringin jugak nak buat majlis besday macam ni kat McD..kena bayar berapa ya kat mereka utk tempahan?

Mimy Hamid said...

terima kasih mamy sbb jemput saya...berbesar hati nak pegi 1 mei tu...then mamy sms kata percepat ..memang tak dapat pegi sbb tarikh sama pegi bercuti cameron highland...sori yer mami..hepi besday to kakal hensem...muahh


p/s: mamy sabtu or ahad ni free tak?? jom dating :))

ieda said...

alhamdulillahhhh
majlis ringkas janji harraz haiqal suke dan happy , akk pun kalau bday bdk2 nie ajak saudara mara aje .. kecil2 lan janji bday boy happy kan yati .. ;)

ellynadyra said...

cantik kek harraz