Saturday, November 3, 2012

Permulaan November

Sabtu

Beli brg keperluan dapur utk seminggu..yg penting susu anak , 3in1 coffee , teh bunga kotak , pencuci pinggan dan lain-lain.. tak lah banyak mana .. janji dlm seminggu ni mami tak payah ulang alik ke kedai beli itu ini..

Tengah hari baba siap-siap nak naik Genting Highland kursus semingggu kat sana..dah kurang korum kt rmh ni..tinggallah mami dgn Harraz je..ni lah sebabnya kenapa mami nak sgt pindah duduk dekat rmh nenek..sebab ni lah..bila baba takde taklah kami berdua sunyi..seminggu baba tinggalkan mamy bukan pengakhiran..balik je dr kursus seminggu ni baba ke PD pula..kali ni bukan utk seminggu dua..tp utk waktu kekal! hmm department dia kena transfer ke PD !!
sabarlah wahai hati..

Siapalah suka hubungan jarak jauh mcmni kan? lagi-lagi anak tgh membesar..kalau boleh biarlah kita tempoh moment membesarkan anak tu  sama-sama .. tp apalah daya nak tentukan perjalanan hidup ini kalau ini mmg sudah di tentukan .. sebagai askar jadual baba mengikut arahan pihak .. bukan ikut jadual sendiri! ini mmg kami kena redho dan terima.. buat masa terdekat ni plan nak ikut baba belum di putuskan.. banyak perkara yg perlu di fikirkan .. senang cerita kita follow dulu .. masa-masa akan dtg biar Allah yg tentukan ..

Doa mami semoga Allah s.w.t satukan kembali keluarga kita suatu masa nanti.aaaaminnnn ya rabbal alamin.

Ahad

Dimulakan bfast spageti lebihan semalam ..oh ya..smlm cikngah dtg lepak2 sbb suami dia ada bola..jd mlm td lewat mlm gigih masakkan spageti utk cikngah..hari ni mmg tak ada plan apa-apa..nak masak pun tak lah kot .. tgklah nnt nenek mesti bg lauk hehe..

tengah taip enrty nih acu dtg bwk dunkin donut utk harraz..ok stp dulu nak g suap budak bobok tu makan..kang perut dia lapar mengamuk pulak .. huhu ai is serams kalau dia start buat perangai ;P


happy read ;)

7 comments:

norh said...

moga dipermudahkan.. amin

atuk said...

Assalamualaikum Mamy

Insyaallah
mengeratkan lagi kemesraan
moga dipermudahkan dlm semua hal

Ayie Abas said...

selamat bersantai bersama famili :)

Nai @ TPJ said...

Kasih seorang ibu mcm tu ler..

Daddy Ziyyad said...

Tentera, macam tu lah kan..Banyak berpindah randah...Tapi itulah pengorbanan...moga dipermudahkan urusan..

AiNuN FaUzI said...

Takpe kak.. Kuatkan semangat.. Abg askar pegi bertugas demi mencari rezeki utk keluarga.. Sentiasa menyokong beliau okehhh!!! *hugs*

atty's said...

semoga allah permudahkan segalanya utk yati dan family.amin